Alat Penimbang Berat

Assalamualaikum korang..
Haha suke tak dengan alat penimbang berat ??
Honestly, aku tak berapa suka dengan makhluk ni, kekeke..
Ala korang faham-faham jela, dia tak pernah tau nak tunjuk berat idaman aku :P
Almaklum la orang feremfuan kan sensitip bab berat2 ni heheh.


Haha, berat nak ringan, diet maleh kekeke.
Nak wat cane, hehe.. dah itu ketentuanNya, haha ayat nak escape aje !
Oke fine, bukan nak cerita sal alat penimbang yang itu,
ni alat penimbang blog.. ahaa tadi masa jalan-jalan kat blog kak +Mia Liana ade dikongsikan laman web untuk timbang blog korang ~

Ahaa jangan ingat manusia je hade berat, belog pun hade.
Untuk menjamin kesejahteraan pengunjung blog anda, kena la ringankan blog kita.
Supaya senang pengunjung nak berkunjung. *ayat cam ulang-ulang jep*
Emm lain-lain sebab korang kaji sendiri la ehh ^^

Ni belog jcb punye :

gambo blurr -_-" *ringan kot, ke cane ?

Ce try test timbang kat SINI, kalau ringan, nak angkat blog korang jadi kakak, abang @ adik angkat boleh tak ? pleaseee :P


JCB :
Kesihatan itu penting
jagalah kesihatan anda
pesanan ini khas dari uganda ~




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat sekalian.
Rasa nak berkongsi satu hal yang rasanya macam biasa kita lihat kan,
iaitu sambung nama antara suami isteri. Pernah tengok tak ?
gambar hiasan jee :P

Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya : Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?

Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.

Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya (WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat (kafir).
Contoh : isteri Bill Clinton : Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham atau isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, dan lain-lain.

Hadith mengenai perihal penamaan ini Sahih. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

Semoga perkongsian ini bermanfaat :)

Credit to : I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad - jom like page ni :)

JCB :
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud :
 "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"
– Hadis Riwayat Bukhari

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Mini Library Inspiration




JCB :
Cintai Ilmu :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Cerita HURUF P :)

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. 
Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. 
Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. 
Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, 
Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. 
Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas.
Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngah Pulun. Pakngah Pulun Pelan-
Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk.
Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. 
Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas,
Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. 
Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. 
Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah
Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. 
Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok.

Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah.
Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung
Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. 

Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. 
Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal
Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal
Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal
Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat.

Predit Pfor Pesbuk :P kiki ~ #mood takde mood nak menaip :D

haha teka gambar. heh ~


JCB :
selamat berbahagia semuaa :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Tudung Labuh Khaila Nurkasih



UPDATED ! TUDUNG BARU ! KLIK SINI :)


Assalamualaikum berita baik berita baik.. !

Minat pakai tudung awning ? Nak yang trendy ? Tapi tak cukup labuh ? Labuh, tapi mahal sangatt la pulak ~ Jangan runsing.... ;)

Ni haa.. mempersembahkan, tudung khaila nurkasih ;)
Labuh menepati syariat.. Cantik pun cantik...Murah pun murah..^^

MATERIAL : LYCRA CHIFFON
MATERIAL AWNING : DENIM
PANJANG TUDUNG : 55-60CM
SAIZ : XL



labuh depan dan belakang :)


terdapat pelbagai warna lagi :)



Berminat tak ? Jangan risau, ada macam-macam colour lagi.. hehe *tolong promot 
Kalau nak jugak, email mar kat sini okay : haynee.ar@gmail.com
Boleh kasi DISKAUN MURAH punya :D Cepat2 tawaran seminggu sahaja :)

Heheh tiba-tiba jual tudung plak.. heee :D

JCB :
"Lelaki yang hebat adalah lelaki yang sentiasa 
memastikan wanita yang disayanginya menutup aurat"
"Dunia adalah perhiasan. Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah"
^_^V

UPDATED ! TUDUNG BARU ! KLIK SINI :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Nama-nama Indah Anak Islam

Assalamualaikum semuaa, hehe semangat cari nama-nama indah untuk my new baby :)
Tak sabar.. tahun ni insyaAllah dapat dua new baby ! Hehehehe ~
Not my own, my sis-in-law la.. hehe a.k.a anak abam-abam i :D

Pastu abang cakap nak nama huruf A dengan Z.. gigih i google.. Pastu jumpa la nama-nama berikut, unik dan sedap maksudnya :

Nama Lelaki :
Aatif - Belas Kasih
Aatik - Pemurah, yang murni
Absyar - Yang bergembira
Aflah - Yang beruntung
Ahsan - Yang terbaik
Aisar - Yang senang
Aisy - Mewah, kaya-raya
Afham - Yang memahami
Amzar - Yang mulia
Aryan - Kekuatan penuh

Nama Perempuan :
Arissa - Azam kuat
Adelia - Keadilan
Azzalea - Kekal abadi
Atifah - Bersimpati, penyayang

Daripada awal lagi, diorang minat nama Aatif.. kalau perempuan diorang nak letak Arissa. Yang mencabarnya, nak gabung dengan pangkal Z.. hihi, maka terhasillah nama-nama berikut :-

Nama Lelaki :
Zarif Amzar - Periang yang mulia
Aatif Zarif - Belas kasih periang
Aatif Zahriri - Belas kasih berseri-seri
Alfatih Zulfan - Pembuka taman

Nama Perempuan :
Arissa Zahirah - Azam berkilau
Arissa Zarin - Azam emas
Zara Arissa - Puteri azam
Adelia Zulfa - Keadilan kedudukan yang dekat

Emm taktau la.. berbelit gak nak sebut.. hihi, tengok lah nanti mana pilihan mereka.. dulu anak yang pertama dia letak Risha Irdina, yang kedua Muhammad Azfar Zafri.. Hehe dua-dua dah sekolah, boleh la tambah cawangan hihik.. Aaa abang yang sorang lagi pon nak letak nama mula huruf Z.. sebab dua orang lagi dah A, Aliff dan Aisyah.. Haha berebut2 nak huruf Z plak.. konpius makk~

Ok lah saje je nak kongsi, korang nak undi x nama mana yang berkenan? Atau nak bagi cadangan ? Hehe, tinkiyuu ^_^

kakak dina dengan abg zaf ;)
abg aliff dengan adik aisyah :D



JCB :
Anak-anak adalah anugerah dan amanah :)




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa dipermudahkan sakaratul maut

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warga maya ~

emm tadi masa jalan-jalan kat fb, jumpa satu kisah yang sangat menyayat hati. Kisah adik yang sangat tabah ini. Baca kisah dia kat SINI. Sungguh, tersentuh sangat, terpana, tiba-tiba rasa satu renjatan.. benarlah, mati xmengenal usia kan.. bersediakah aku ? :(

Dakwah takkan pernah berhenti dalam diari hidup seorang umat Muhammad. Setiap aliran darah, adalah darah perjuangan menegakkan Islam. Adik Siti Hajar benar2 bagi inspirasi. Seluruh keluarganya benar-benar hebat. Semoga Allah menempatkan adik Siti Hajar bersama orang-orang yang soleh. dan beruntungnya ibubapa dia, memperoleh anak solehah di dunia, bukan setakat solehah, malah mujahidah.. Allah.. saham terbesar buat mereka.

google

So, rasa dah lama jugak tak share doa kan.. terpanggil nak kongsi doa yang pendek dan ringkas, yang boleh kita amalkan selalu.


Sahabat-sahabat, setiap daripada kita pasti akan rasa sakaratulmaut. Ia suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan. Nabi pun rasa sakit dan pedihnya sakaratulmaut, itu Nabi, semulia-mulia insan, kita ? Allahu Akbar ~

Justeru, ayuh kita amalkan ye.. mudah-mudahan ada pertolongan Allah di saat-saat sukar kita, yang mana masa ni, iblis berusaha sedaya upaya menyesatkan kita buat kali terakhir, walya'uzubillah ~ So, kita kena mohon pengakhiran yang baik dalam hidup kita iaitu, husnul khatimah :)

Ada dua doa, satu doa dipermudahkan sakaratulmaut :

اللهم هون علينا في سكرت الموت


“Allahhumma haw win ‘alaina fii sakaratil maut”
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut)

Yang kedua, doa semoga kita memperoleh pengakhiran yang baik, husnul khotimah :

 اللهم تختم علينا بحسـن الخاتمة 
ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Allahhumma takhtim 'alaina bi husnil khotimah, 
Wala takhtim ‘alaina bi su-il khotimah”
(Ya Allah, sudahilah kami dengan kesudahan yang baik 
dan janganlah sudahi kami dengan kesudahan yang buruk)



Selamat beramal. Moga kita selalu yakin akan keberadaanNYA setiap waktu.


JCB :

Nabi saw. bersabda : “Sesiapa yang akhir ucapannya : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه 
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, 
dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud]


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahillazi La Yadhurruhu Ma'asmihi Syai-un Fil Ardhi Wa La Fis-Samai
Wa Huas-Sami'ul 'Alim :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan ^_^
Harini nak kongsi "petua memilih kawan dari Imam al-Ghazali".
Indahnya Islam, nak berkawan pun ada panduan :)

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..


Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Ahaaa siapa kata tak perlu memilih kawan ? Nabi Muhammad s.a.w pun ada pesan taw,
Daripada hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Ehemm.. renung-renungkan. Hehe, tapi jangan sombong plak takmo berkawan dengan orang, bergaullah dengan semua, cuma perbataskan, dampinglah yang baik-baik supaya kita jadi baik. Dekatilah yang kurang baik, supaya mereka dapat ikut sama jadi baik :)
konklusinya, jom jadi baik sesama. hehe^^
Indahnya ukhuwwah andai kerana Allah. Huu miss my friends T_T

JCB :
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Siapakah sahabat baik Rasulullah s.a.w semasa kecil?

BismillahWalhamdulillah :)
Lau Kaana Bainanal Habib~
Ya Rasulallah Ya Habiballah, kami rinduu padamu.
Allahumma Solli Wasallim Taslima 'Ala Nabiyyuna wa Habibuna wa Khaliluna.

Salam Maulidurrasul buat semua. Rancakkan lagi selawat dan salam kita ke atas Baginda, bukan masa maulidurrasul je, tapi setiap masa, tak semestinya kuat-kuat, perlahan-lahan pun boleh, dalam hati, sentiasalah nama baginda meniti di bibir dan hati kita, insyaAllah :)

Sahabat-sahabat tawu tak siapakah sahabat baik baginda sewaktu kecil ?

Semua tahu kan Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat baik Nabi s.a.w, sahabat yang setia menemani baginda semasa peristiwa Hijrah. Abu Bakar juga merupakan sahabat yang sentiasa membenarkan kata-kata baginda, sebab tu lah beliau digelar As-Siddiq. Tapi tahukah anda, Abu Bakar As-Siddiq juga adalah sahabat baik baginda sejak kecil lagi !

Selepas Abu Bakar dilahirkan, Abdul Mutalib datang melawat dan mengucapkan tahniah kepada ayah Abu Bakar dan ibunya, iaitu Abu Quhafah dan Salma.

"Siapakah budak yang tuan bawa ini ?" tanya Abu Quhafah sambil menunjuk ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh Abdul Mutalib.

"Inilah cucu saya yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ibunya bernama Siti Aminah. Sejak kecil anak ini dipelihara oleh ibu susunya yang bernama Halimatus Saadiah. Muhammad baru sahaja dihantar kepada kami," jawab Abdul Mutalib sambil menyatakan rasa gembiranya kerana cucu kesayangannya sudah dikembalikan.

"Anak ini sungguh comel dan baik budi pekertinya. Semoga dia menjadi sahabat kepada anak kami, Abu Bakar," kata Abu Quhafah pula.

"Nama dia Muhammad. Satu nama yang belum pernah diguna oleh orang Arab. Mengapa dia diberi nama Muhammad ?"tanya Salma pula.

"Siti Aminah yang minta supaya anaknya dinamakan Muhammad. Katanya ada yang membisikkan ke telinganya supaya anak ini dinamakan Muhammad. Nama itu amat serasi dengannya," jawab Abdul Mutalib.

Kemudian katanya lagi, "Ayah Muhammad sudah meninggal dunia. Ibunya pula balu yang miskin. Tetapi kasih sayang saya kepadanya melebihi anak sendiri. Pada hari dia dilahirkan, saya kendong budak ini lalu saya bawa masuk ke dalam Kaabah. Kemudian, saya bawa dia tawaf mengelilingi Kaabah. Itulah hari yang paling menggembirakan bagi saya," kata Abdul Mutalib sambil menceritakan detik-detik kelahiran Muhammad.

"Apakah yang menyebabkan tuan begitu sayang kepada Muhammad?" tanya Abu Quhafah pula.

"Pada hari Muhammad dilahirkan, suasana amat tenang dan tenteram. Hati saya terlalu gembira menyambut kelahirannya. Siti Aminah yang melahirkan anaknya pula tidak berasa sakit. Bidan yang menyambut kelahirannya terasa seperti dibantu oleh makhluk-makhluk ghaib," jawab Abdul Mutalib.

Disebabkan Muhammad tidak mempunyai ayah dan ibunya pula miskin, maka tidak ada yang sudi mengasuh dan menyusukan dia kecuali Halimatus Saadiah. Sebaik sahaja Halimatus Saadiah melihat wajah Muhammad lantas dia berasa sayang lalu bersetuju mengambilnya sebagai anak susuan.

"Muhammad lahir membawa tuah. Itu diakui sendiri oleh Halimatus Saadiah," kata Abdul Mutalib lagi.

"Menurut Halimatus Saadiah, keajaiban yang mula-mula dialaminya apabila unta kurus kering yang ditungganginya bersama Muhammad dapat berjalan pantas sehingga dapat mengejar unta-unta yang berjalan dahulu daripada mereka. Kemudian kehidupan keluarganya juga semakin senang dan bahagia. Pohon-pohon kurma mereka berbuah lebat, kambing yang mereka ternak membiak dan banyak susunya."

Abu Quhafah dan Salma tertarik dengan apa yang diceritakan oleh Abdul Mutalib. Mereka juga berasa jatuh hati kepada Muhammad dan berharap kelak beliau bersahabat baik dengan Abu Bakar.

Sejak hari itu, Muhammad dan Abu Bakar sering bertemu. Walaupun rumah mereka agak berjauhan kerana Abu Bakar tinggal di Masfalah dan Muhammad di Syiab Ali yang terletak di bahagian atas kota Mekah. Kadangkala Siti Aminah yang datang berkunjung ke rumah Salma membawa Muhammad. Pada hari yang lain, giliran Salma pula yang datang berkunjung ke rumah Aminah membawa Abu Bakar. Mereka mempunyai ikatan kekeluargaan yang rapat.

Semenjak kecil Abu Bakar dan Muhammad diberi didikan dengan penuh kasih sayang. Mereka berkawan rapat. Tambahan pulan kedua-duanya sama-sama berbudi pekerti mulia dan disenangi oleh masyarakatnya. Mereka berdua tidak pernah menyembah berhala, meminum arak dan melakukan maksiat yang biasa dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda. Allah.. Allah.. 


sumber asal : Khalifah-khalifah yang benar - Abdul Latip Talib ;)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Takdek kat pasaran

LVE - FRIEND$ - HPPiNE$$ - TiME - DREM$ - Wi$H 

Alhamdulillah tatimmussolihaat,
 ingat INI sokmo lahh :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Sensitif Biar Bertempat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Eheh, hari ni iols nak tanya pendapat uols. Boleh tak ? apa pendapat uols tentang sensitif ?
Ok fine, secara literasi sensitif ni banyak maksud, antaranya :

1. mudah tersinggung perasaan; mudah berasa; peka - Kamus Pelajar
2. mudah merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung perasaan, peribadi dan lain-lain.
3. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yang menyukat seperti jangka suhu, neraca dan lain-lain, mudah bergerak balas (alat, mesin dan sebagainya).
4. kesensitifan perihal keadaan sensitif, ke-pekaan, sensitiviti - Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aah, banyak pulak definisi nya, so yang kita nak highlight kat sini, yang no 1 ngan no 2, iaitu mudah tersinggung perasaan atau mudah terasa. Siapa kat sini mudah terasa @ sensitif ? *saya sedang angkat tangan*

yang ni den suko :P
Yepp, memang saya mengaku, saya sensitif yang amat.. dulu la, dulu.. sampai dalam family panggil saya 'cengeng' sebab suka sangat merajuk. sikit-sikit merajuk. at last, takde orang pujuk pun, sakit hati sendiri je. haha rasa cam tahpape masa tu. sampai lah naik form 2, saya macam baru tersedar sendiri. eheh a.k.a kador ke diri. Yelah masa tu, dah masuk asrama, duduk dengan kawan-kawan, so, kalau kita suka merajuk, asyik nak merajuk, ikut angin sendiri, sape nak kawan dengan kita ye dak.. 

Start situ, saya belajar untuk kebalkan sikit hati, jangan mudah terasa kalau orang gurau-gurau. Nak terasa boleh, tapi jangan tunjuk sangat, cover-cover sket. Hehe, lepas pada tu cam da tak kisah sangat, siap diri sendiri kaki gurau and kaki buli :P heheh

So, apa pendapat korang dengan orang yang sensitif ni ? Fokus pada sensitif yang kuat merajuk @ berlebihan. Korang ada tak adik ke, kakak ke, abang ke, kawan ke, boss ke, isteri ke, suami ke, yang sensitif melampau ni.. hehe.


Sifat sensitif ni ada yang positif, sebab orang yang sensitif ni dia mudah bersimpati dan  mempunyai empati yang tinggi. So, kalau kita ada kawan @ pasangan macam ni, kita akan rasa lebih tenang kalau cakap dengan dia. Tapi, yang tak bes nya, sensitif berlebihan -  selalu sangat nak sensitif @ mudah terasa, payah jugak, hal kecik pun nak besar-besar kan, nak merajuk 3 tahun, ehehe.. 

So, untuk anda-anda yang sensitif berlebihan, jom kita cuba ubah ia menjadi sensitif yang normal - iaitu sensitif pada hal yang seharusnya je :)

Nak terasa boleh, tapi jangan lama-lama, kecik hati kawan-kawan kita, adik-beradik kita, pasangan kita kalau asyik nak terasa @ merajuk je.. diorang pun ada perasaan. Cara nak cover sensitif yang berlebihan, kita kena ingat yang nobody's perfect. It's normal, kadang-kadang ada yang terlebih, ada yang terkurang. Kita kena terima hakikat tu. Kita pun kadang ada gak kan buat orang terasa, tapi orang tu tak tunjuk sangat, sebab dia sayang kita. Tapi kita ? Ahaa berpada-pada la :) *Biarbertempat*

Segalanya bermula dalam diri kita, nak badmood ke nak ceria. Kalo rasa layan perasaan, ikut angin sendiri dan badmood tu best dan boleh bahagiakan diri dan hati, go on aja dong... :D psstt tapi ingat banyak hati yang akan terluka, eh silap banyak orang akan rindu keceriaan kita, ehemm keep living in happiness and very thankful to Allah, Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal ^^


JCB :
Cinta suci bukan untuk dinodai 
Kasih jangan dikhianati 
Lamarlah belas simpati 

Kesucian cinta 
Ikhlas tak diundang 
Perliharalah..




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

FAKTA atau AUTA ? || Lunch

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Pegi surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku amik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa.Duduk. .
39. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Amik sudu n garpu
44. Duduk
45. Minum air
46. Start makan
47. Tengok-tengok orang sambil makan
48. Makan separuh..kenyang
49. Sebab dah minum air
50. Letak sudu, letak garpu
51. Pinggan tolak tepi
52. Kata makanan tak sedap
53. Borak2..tgk orang
54. Pukul 2, naik opis..
55. Ambik beg makeup, pegi surau!!

Haha xley blah.. asal x senarai sampai 100 banyak lagi lorr :P



JCB : 
Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkan kami seorang
Insan sempurna berjasa.. Sollu 'Ala Nabiyyuna :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Tips cinta jarak jauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Emm ada suatu hari, hari tu la lama dah..
hehe entry ni pun duduk lam draft baik punya, berminggu-minggu suda..
ulang balik, hari tu kan, ada dengar prof muhaya dekat ikim. Topik apa tak ingat dah.

Yang ingatnya, kebetulan masa tu ada caller dari Indonesia, mintak pendapat prof Muhaya tentang bagaimana mengurus cinta jarak jauh. Caller tu bertunang dengan orang Malaysia, so diorang duk jauh-jauh la kan. Kire cam susah la nak kenal-mengenal Hantara satu sama lain.

Dia minta tips cinta jarak jauh :)
So, saya kongsikan cadangan prof muhaya :

 PEMIKIRAN & TUJUAN mesti SAMA ^^

Prof cakap suami & isteri mesti mempunyai pemikiran dan tujuan yang sama. 
Saya setuju sangat, tujuan kedua-dua pasangan berkahwin mesti jelas, iaitu sama-sama nak raih redha Allah. If sorang kahwin bertujuan nak kaut harta, sorang lagi kahwin sebab nafsu, maka hanyut lah kan. Haa tujuan ni mestilah yang baik, atau khusus lagi mesti kerana agama, kalau tujuan sama, tapi pada perkara yang fasad nak buat ape, silap haribulan tak dan 2 minggu karam. opsss :X

Hehe so acano nak tawu pemikiran dan tujuan kita & bakal pasangan adalah sama ?
Ahaa? ni lah tips cinta jarak jauh ye, tuan-puan, akak-abam, adik-adik, atok-nenek, pakcik makcik, dato' datin, jiran-tetangga, kucing-kucing dan jerung :P

Pemikiran dan tujuan boleh dinilai melalui PENULISAN.

Bagaimanakah ? bagaimanakah ? Perlukah setiap orang menulis di blog ?
Oh jangaaaaan sesak ruang maya :P


Hehe, prof kasik contoh maa..

Contohnya : Kongsikan satu artikel melalui emel, then share pandangan.
Aiyaa, sikalang zaman sudah maju maa,..
sesaat kau hantar, sesaat dah sampai, kemunculan  emelmu.. penuh misteri.. sungguh mulianya dirimu, memberiku artikel untuk dikongsi.. Kaulah idaman kalbuku, pastiku tak rugi milikimu ~ *sila ikut tone kak melah
Ehem2. betulkan balik pitching suara. Oh ya, so masa masing-masing kasik pendapat, kita boleh tengok la encik @ cik tunang kita tu bagaimana dirinya, ya qaaan.. Emm tak semesti emel artikel, share video kat youtube pun orite maa :)

Yang fenting prof pesan.. 
jadikan pencarian ILMU dan pencarian ALLAH adalah VISI UTAMA.
Yepp visi utama saya, awak, kami dan mereka ! ^^ 
Oh kemon, ayuhh luaskan skop pemikiran, 
setiap langkah mencari ilmu, setiap detik mencari Allah :D

Psst.. siapa tahu kenapa mesti pemikiran ? Kenapa tak tanya, awak ada kereta bape bijik? Atau, awak pakai pencuci muka apa? Atau, eh awak dulu pernah jatuh longkang tak ? uff -.-

Anyone ? Anyone ? Sape dapat jawab, mak kasik lolipop *senyuumsampaitinge*


Eheh, takyah penim-penim pikir ye, ini adalah kerana..
PEMIKIRAN membentuk segala-galanya. Ia menentukan emosi & tindakan :)

Sehingga ketemu lagi, bobaiiii.. Assalamualaikum !

JCB : 
 La Ilaha Ilallah La Ilaha Ilallah La Ilaha Ilallah
Muhammad Rasulullah, Alaihi Solatullah 

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

5 sebab JOZAN juara Maharajalawak Mega 2012



Berikut disenaraikan 5 sebab JOZAN juara MaharajaLawak Mega 2012,..

1. Sebab Zizan sorang pon dia boleh buat orang gelak, caya la jijang.

2. Sebab hidung Zizan bawak tuah.

3. Sebab jambang Johan smart.

4. Sebab dah memang rezeki diorang untuk menang.

5. Sebab yang paling tepat... sebab dah ramai orang UNDI ! haha :P

Ok, fain sebab-sebab di atas suka-suka je, sape tah yang sebut semalam.
no hard feeling okeyh ~ :D

petikan status fb seorang sahabat,
Juara Maharaja Lawak Mega menang dapat RM500k, semua bersorak..ustaz yang sebar agama, terap wangian wahyu, luang masa datang buat sharing, mohon duit minyak sikit sebab jauh pun kena 'shoot' dikata tak ikhlas sebar agama, hampeh betul. -Mahmud Fahrurrazi, 2013
psst.. dah terlampau banyak sekarang, kalau bab hiburan, masyarakat kita bukan main pemurah ya amat.. tapi kalau bab agama, ada je madah berhelah dan alasannya kan.. hmm Astaghfirullahal 'Azim, moga kita tak tergolong dalam kalangan yang berkira dalam agamaNya..

JCB :
Semalam kire bintang di langit ade 100,
Hari ni kire-kire tinggal 99,
eh mana hilang lagi satu ? 
:P

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

جمع المذكر السالم


كيف حالكم جميعا ؟

 :) ادعوكم بالخير دائما 

Sambung tajuk hari tu oke, tajuk Al-Ismu
So, hari tu da belajar isim mufrad & isim muthanna kan ^^

Tak ingat pi study balik.
Tak paham, hayun tangan, taip soalan, post comment ;D

Jayyid, maudhu'una fi hazal yaum :
*tajuk kita pada hari ini*

adalah tentang 

 Jama'  @  جمع

Jama' kat sini bermaksud banyak @ ramai.

Kata Jama' terbahagi kepada tiga iaitu,

جمع المذكر السالم
جمع المؤنث السالم
جمع التكسير

Untuk lebih pemahaman lihat rajah berikut :



Oke takpe, insyaAllah kita akan zoom in satu demi satu :)

So, hari ni kita FOKUS pada yang pertama, sebelah kanan sekalii ^^


جمع المذكر السالم

Jam'ul Muzakkar As-Salim 
iaitu 

Kata Nama untuk sekumpulan lelaki yang ramai, 
*ramai lebih daripada dua.

Jam'ul Muzakkar As-Salim 
jadi, bagaimanakah penggunaannya ?

* Hanya tambah WAU dan NUN pada kata nama yang ingin di jama'kan.

contoh kat atas, MUSLIMUN.

kata nama yang asal adalah MUSLIM = seorang lelaki Islam

tapi bila kita nak kata sekumpulan lelaki Islam, yang lebih dari dua orang,

kita tambah WAU dan NUN, maka jadilah MUSLIMUN.

MUSLIMUN = sekumpulan lelaki Islam 

atau dalam bahasa mudah, orang-orang Islam LELAKI laa, hehe :)

* Ok bagi tambahan YA dan NUN iaitu MUSLIMIN
pun sama je maksudnya kalau 
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. 
Cuma dalam Bahasa Arab penggunaannya di tempat berbeza,
 itu nanti kita belajar oke ^^

Baiklah, untuk hari ni itu sahaja.
Senangkan ?
Mudahnyaa belajar bahasa arab, hihi.

Hayya solawatu 'alannabi :)

Sallallahu 'Ala Muhammad
Sallallahu 'Alaihi Wasallam
Wa 'Ala Aalihi Wa Ashaabihi Ajmain 

 Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Wa Habibina Wa Syafi'ina
Wa Zukhrina Wa Maulaana Muhammad 




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

FAKTA atau AUTA ?


Fakta ke auta? Mohon pencerahan.


BENDA YANG ADA DALAM WALLET LELAKI

1) MyKad
2) Duit kertas atau duit syiling
3) Kad ATM




BENDA YANG ADA DALAM PURSE/BEG TANGAN POMPUAN

1) Mykad
2) Duit
3) Kad ATM
4) Kad keahlian
5) Kad daftar klinik/hospital
6) Kad jemputan kahwin
7) Kad ucapan raya tahun 2000
8) Surat pajak
9) Resit beli kopok lekor
10) Resit beli pau kacang
11) Roti canai semalam
12) Lipstik tahun lepas
13) Buku 555


Hahaha tergelakgelak den baco ni. em jumpa kat fb semalam. 
eh ada ka patut kad ucapan raya tahun 2000? 
beli kepok leko ngan pau kacang ada resit ka? aiyak roti canai semalam... !
Ni kejaam neh, korang sengaja kan nak kenakan pompuan ~ haha kuang asaam.

SURELY, AUTA OKEYYY :P
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

1st Giveaway By Puterikasih.com


“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About Craft, Dikbi, Azie Namico, Josrevalution @JR, Nurul Syarafina, Azziamiza, Zuhanif, Kiosk Vitamin, Cik Yaya, Kimmie,  Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia

Ehem2 korang-korang yang baca
wojib JOIN GA ni taw,
kenapa ?
sebab... bile korang join GA ni kire cam kite join celebrate ..
1. ulangtahun yang kedua puteri sebagai seorang blogger 
daan..
2. perasmian blogshop puteri yang pertama iaitu All About Craft

Haa.. seronok kan tumpang gembira dan bahagia orang lain :D
*semoga puteri dimurahkan rezeki*

Ehemm..
dengan ini gue mau tag adik Yana :)
dikk.. xrugi join sebab ada 
1 Hadiah misteri untuk entri paling kreatif
(akan dipilih oleh puteri sendiri)

Ehemm Ehem..
Tag korang-korang yang baca jugak laa..
tawu x kenapa ?
sebab..
 hadiah manyak amatt hihik
antaranya.. koleksi kristal, top up, t/shirt, jam tangan mutiara (handmade), 
GLA Shaklee, one drop perfume dan banyak lagi …
ahaaa bestt kan ^^
Lagi pun, pemenang-pemenang untuk hadiah-hadiah 
ini akan dipilih berdasarkan random.org !
Ahaa mane tawu ade rezeki kan ?
*kenyitmata*

So,

Terpikat tak ?
Tak terpikat klik banner !
Terpikat join GA !

mekaceh +Ayie Abas.com tag ^^

Eheh
daaa
Assalamualaikum :)





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Listen jadi fenomena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
warga maya sekalian.



Listen Listen Listen.
"Listen jadi fenomena"
Iyee x tipu.. ia jadi fenomena.
Kalo x caya, ce tanya warga maya,
siapa yang ada fb, twitter, blog, 
mustahil tak tahu tentang perkara ini :)

Unbelieveble, in 1 days,
korang boleh jd famous dengan hanya 
sebuah video, sebut listen dan bercerita tentang haiwan. pfft
eh seriusly, pada mulanya, saya berfikir malas mahu menulis 
tentang hal ini. nanti banyak yg disasulkan.
Tapi mengapa tulis jugak ??

Emm mungkin sekadar nak berpesan pada diri sendiri,
yang mana zaman hari ni,
nak CAKAP apa,
nak TULIS apa,
nak BUAT apa-apa,
pleaseee THINK carefully,
and USE your brain.

u CAKAP hal yang tak sepatutnya,
ur VIDEO will be uploaded. and spread
u TULIS hal yang tak berfaedah,
ur WORD will be printscreen. and spread

nak-nak hal yang melibatkan MALAYSIA ku tercinta !
beware... ramaiii warganegara yang sangat prihatin :)
we  malaysia

psstt.. google je segala segi yang berkaitan.
opss Ustaz Hasrizal dah tarik diri dari viral ini,
korang lebih2 kaan.. hehe  
biar manusia belajar dari kesilapan :)

booo PAH. hidup BAWANI, eh ^^
korang jangan tepuktangan boleh takk #aptb

JCB :
do respect others.. we're same human :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Masjidil Haram :)




Semoga sampaii ke sini suatu hari nanti. Aamiin Aamiin Aamiin :)

*keinginanyangmendalam*
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Jangan Lupakan Mereka Yee

Assalamualaikum warahmatullah semuaa :)


Korang-korang, dah tengok muka mak ayah tak hari ni ?
Ohh korang-korang tak duduk sekali ye ? Dah berkeluarga dan tinggal sendiri ?
Belajar tempat lain ? Mak ayah duduk kat oversea ? Hehe. xpe.. talipon kan ade,
dan segala macam bentuk komunikasi boleh dicapai zaman ni :)

Korang-korang, dah kol mak ayah tak hari ni ?
Ohh apa? tak sempat ? sibuk ? banyak kerja ? nanti petang ?
Ohh xpe.. janji kol, atau sms lagi senang. sekadar bertanya khabar pun jadi lah :)
Mereka sedang menunggu tu, mereka tak cakap tapi kita anak jangan lupa ye..
Pasti mereka tersenyuum :)

Tak boleh kol ? Mak ayah dah xde ?
Takpe, kirim dengan Allah. Nanti Dia sampaikan. Dah sedekah al-fatihah ?
Kalau dah alhamdulillah, kalau belum, jom baca.
Mereka menunggu kita punya kiriman^^


Korang-korang dah berdoa untuk mereka ?
Mereka selaluuu menunggu anak-anak mereka.
Mereka tak pernah lupakan anak-anak.
Tapi anak-anak selalu lupakan mereka.

Jangan Lupakan Mereka ye..
Walau korang-korang dah ada anak sendiri.
Bukankah sepatutnya bila ada anak sendiri,
korang lebih meRASAi rindu mereka itu,
lebih meRASAi penantian & kerisauan mereka.
Jangan Lupakan Mereka ye..

Nak kongsi sebuah kisah :)

Pagi itu, Tasha duduk di sebuah kerusi yang diperbuat daripada kayu dan dilengkapi dengan meja. Berhampiran tapak pasar malam dan hentian bas rapidkl. Lebih tepat lagi, di luar pagar sebuah flat perumahan. 
Tiba-tiba datang seorang pakcik yang agak berumur, berjalan menuju ke arahnya. Tasha memerhatikan langkah pakcik yang boleh dikategorikan sebagai warga emas, sedikit bongkok, memakai baju batik dan songkok. Di tangannya memegang payung panjang. 
Lalu, pakcik itu duduk di kerusi berhadapan dengan Tasha. Dikeluarkan sapu tangan dari poketnya, lalu di lap peluh yang memercik di dahi. Dari wajahnya, Tasha dapat melihat yang pakcik tu kelihatan agak penat.  
"Pakcik dari mana ?", sapa Tasha. 
"Dari flat sana...", balasnya bersahaja sambil senyum-senyum dan seolah-olah masih semangat mahu meneruskan perjalanan.   
Tasha terkejut, sebab flat yang pakcik tu maksudkan agak jauh. Jauh tak jauh la, tapi kalau Tasha sebagai orang muda pun, penat jugaklah berjalan. Timbul rasa kagum, tapi lebih banyak kasihan dalam hati Tasha. 
"Pakcik sorang je ke ? Nak pegi mana?" 
"Aah sorang je. Pakcik nak pegi amik duit pencen dekat sekian-sekian, anak-anak dah keluar pagi-pagi lagi, yang perempuan cikgu mengajar dekat blablabla..tak sempat nak hantar" terang pakcik tu sambil senyum-senyum lagi. Seolah-olah tidak mengapa dia berjalan seorang diri dan dia tetap bangga dengan anaknya.

Agak panjang Tasha berbual dengan pakcik tu, dari hal mahu ambik duit pencen hingga cerita arwah isteri pakcik tu dan zaman mudanya sebelum merdeka. Lepas hilang lelah dan penatnya, pakcik tu mintak izin mahu meneruskan perjalanan, katanya takut orang ramai kalau lambat. Bingkas pakcik tu bangun dan mengambil payungnya, memberi salam dan berjalan semula. 
Tasha sekadar memerhati, dalam fikirannya kenapa dibiarkan pakcik ini seorang diri. Memanglah dia masih mampu untuk berjalan, tapi bukankah sepatutnya ada seseorang yang boleh bawakan dia. Atau, bukankah sepatutnya duit pencen bukan lagi keutamaan dia. hemm atau apa-apalah yang patut. Yang pasti tak patut pakcik yang sudah 8 abad itu berjalan sebegini jauh semata-mata duit pencen dia yang tak seberapa. Tasha sekadar bersangka baik. 

Korang-korang suka lupakan mereka kaaann..
Suka buat-buat lupa jerih payah mereka kaann..
Suka buat-buat lupa kerisauan melambung mereka kaan..
yang tak pernah padam tu, sejak dari dalam kandungan sampai besar cam tong drum, eh !
Hehe.. korang-korang ni bukan korang-korang yang baca, 
ni korang-korang yang kat Pulau Maldibesh sana, ehehh 
saya tauu korang-korang yang kat sini baik-baik. insyaAllah. Aamiin :)


JCB :
Mereka ada hanya sekali seumur hidup kita.
Mereka satu je, satu ibu, satu bapa.
Redha Allah letak pada redha mereka.
Berani kita hidup tanpa keredhaan mereka ?
Berani kita mati tanpa keredhaan mereka ?


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kenapa Saya Sayang Dia ??


Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi :

1 - Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT.

2 - Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.

3 - Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.

4 - Saya meminta KEBERANIAN dan Allah memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.

5 - Saya meminta CINTA dan Allah memberi saya orang-orang BERMASALAH untuk DIBANTU.

6 - Saya meminta NIKMATdan Allah memberikan saya PELUANG.

7 - Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.

Itulah sebab saya sayang DIA. Hanya DIA yang memahami saya :)

Saya Sayang ALLAH. Tuhan saya !! Tuhan awak, Tuhan mereka, Tuhan kucing, Tuhan laut, Tuhan semua ! Ya, DIA Tuhan kita, ALLAH :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

PETUA UNTUK SEMUA


Full credit to FB Resepi Bonda
cepat2 sila like, manyak resepi kat sana :D


gambo pun dr resepi bonda ^^

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2. Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tu..

3. Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..

4. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

5. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

6. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

7. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

8. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

9. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...

10. Mengempiskan Perut - Jangan Makan & Jgn Minum...

11. Mengekalkan Kecantikan Kekalkan Mekap - Jangan Basuh2...

12. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...

13. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

14. Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..

15. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga

Ahahahaha gurauan semata-mata, rilex2 sudeyy :D

Ok lah selamaaatt berhujung mingguu semuaaaaa ^^

Assalamualaikum :) 

XOXO 
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

"Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"


SPONSOR BY :

  mGosip
Shida Radzuan

TAG :

contestlover
lovelymine
lovemummydaddy

finally DONE !
Demi jiwarosak, si penjual janggut berdaftar,
ohh i like janggut. eh shy laa
dan juga kroni kroninya yang bersusun tu.
ku gigih jugak klik satu demi satu,
menanti loading yang memakan masa seminggu !

Mak aiii nak patah tangan, haha.

Demi hadiah yang bersusun senanye. pheww =.='

Ok, tak tahan sangat dah nak publish ni,
seminggu duk lam draf :)

Good Luck semuaa yang join !
Hopepuli ada CANN, yeayy
 tapi tadi jengok dah ade 84 gigitan ! Huhh
#aptb

Hokai la, janji join lepass hajat :P

Assalamualaikum semua :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Segmen : Saya Blogger Negeri .......


Assalamualaikum bloggersszz :D
Saya blogger negeriii ....

PAHANG DARUL MAKMUR 
Sapa satu geng sep skett :)

what can i say about my hometown..
hemm hemm secara umum, pahang memang banyak tempat-tempat
yang mengekalkan nilai-nilai natural gitu kan ?
Sapa yang suka pada alam, memang sesuai lah duk pahang, ahakk gurau je :P

Pasal daerah lain, sure ada blogger lain dah pun mention kan,
so aku nak cite pasal daerah yang aku duduk, iaitu
daerah BERA :)


Sebagaimana yang korang tawu, 
sungai pahang adalah sungai terpanjang kat semenanjung ni kan.
So, rumah aku xde kena mengena dengan sungai ni pun, ahaha..
aku duk kawasan felda dekat gugusan bera.


Korang pernah dengar tasik bera?


Ehemm bagi aku, ni la kot tempat yang menarik yang berdekatan dengan aku kot.
sebab apa menarik ?
sebab... tasik ni adalah tasik air tawar terbesar di Malaysia yang unik dan terpencil.
Memang terpencil puuuuunn hihi.

Tasik Bera :







gambar semua ehsan google :D


Aku ? pernah pegi sekali je kot huahuahua ;P

dun ever ever gelakkan nama my hometown oke ! 

Hehe, ok la.. tu je kot.
Ahaa fakta kat SINI ^^
Nak tawu lebih lanjut, talipon apak dafi, opsss

XOXO

psst jap.. thanX fizGraphic buat segmen camni ! Best kot :D
saya tag si DIA :)





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE