Tasik Bera

Assalamualaikum readers :)

Sapa kat sini tawu, pernah dengar atau pernah pergi ke tasik bera ?

Jom kita berkenalan serba ringkas ^^



Tasik Bera terletak di barat daya Pahang. Ia adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35 km dan selebar 20 km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Tasik Bera juga merupakan tasik air tawar terbesar di Malaysia yang unik dan terpencil. 


Dikelilingi hutan dipterokarp tanah rendah yang kering, persekitaran tasik ini adalah kawasan-kawasan hutan paya gambut. Ekosistem Tasik Bera kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan serta menjadi tempat tinggal orang Asli suku Semelai.

Tasik ni jugak penuh dengan daun-daun pandanus yang mengelilingi terusan-terusan sempit yang menghala ke tasik. Pelbagai spesies paku pakis, anggerik dan tumbuhan menumpang dapat dilihat di batang dan dahan pokok, sementara batang-batang rotan berduri berlingkar di lantai hutan. Periuk kera berwarna hijau dan merah tumbuh di rumpunan ‘reed' dan hutan tebal di tengah tasik.


Tasik ini dan kawasan sekitarnya menjadi tempat pelindungan lebih daripada 200 spesies burung, 50 mamalia dan 90 spesies ikan. Kawasan hutan tanah rendah yang kaya dari segi biologi, dengan kepelbagaian, menjanjikan peluang yang banyak untuk aktiviti ‘jungle trekking' dan pemerhatian alam semulajadi.



Tasik Bera telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar yang pertama di Malaysia. Tasik Bera sangat di kenali di kalangan kaki pancing seluruh Malaysia kerana terdapat lebih 100 jenis spesies ikan di sini.




Sekian :)

Rujukan : SINI

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

2 comments:

  1. oooh sini citer selanjutnya pasal tasik bera tu....agaknya mmg ada ikan kelisa besar mcm kat tugu tu dlm tasik ni...

    ReplyDelete
  2. @Hatimi Tahirruddin aah buat kat sini, nnt sarat lak kat sana.. haha tahla ade la kot gamaknye :P

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE