DURI fauziah ashari || astro prima


Assalamualaikum warahmatullah :)

Korang-korang..
Ek, korang tengok tak cite ni ? 
Kat prima kul 5-6 petang tiap hari Isnin-Khamis
Aah taktau la cane leh tertengok cite ni, macam best.
Rupanya adaptasi novel, patutlerr menarik.
Lagi2 penulis asal Fauziah Ashari.
alaa penulis novel Ombak Rindu yg meletopss tu, hihi.

Den pun google la sinopsis novel neh kat SINI, sebab tak tengok drdp awal,
so cam blank2 sket tengok..


Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi (Sufi) yang ditinggalkan oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam' tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga menemui ajal.

Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri (Nuri) yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman (Zhaf) iaitu abang kepada bekas kekasihnya.. 

Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar negara.

Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.

Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.

Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.

Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya, Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia sayangkan adiknya, Nuri. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya terhadap suaminya mula tercipta tanpa sedar....

OOhhh baru paham !
Jom layaaaann, now lahh tengah tayang,. 
hehe malam kang ade lagi ulangan kul 9
Yang bestt ade lagu Shahir- Dia Yang Kau Pilih
dengan lagu Firman - Kehilangan :) 

Pelakon : Shera Aiyob, Afiq Muiz, Izzue Islam [22 enseeeemm^^]

psstt..
Eh ape hallll plak hapdate drama kat cni,
xdek mende nak cite lettew :P

JCB :
Tegurlah jika nampak salah,
jangan membenci tanpa kata sepatah.
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

14 comments:

  1. memang best pun drama nii~ hehe ^^

    ReplyDelete
  2. Tgk iklan td..tp nampak berbelit-belit..kuikui byk betul cerita dari novel sekarang kan..pengarah dah takde idea ke ape..huhu

    ReplyDelete
  3. memang best!!!!
    remy dah beberapa hari dok layan cerita nie setiap malam.....
    memang berduri jln ceritanya....

    ReplyDelete
  4. Ada....perasan trailer dia...

    ReplyDelete
  5. macam jalan nak gi pahang,, berbelit,, tak suka sangat kot,, haha

    ReplyDelete
  6. bestnye rugi tak tgk...rumah sy xde astro...hehehe

    ReplyDelete
  7. wah...tudia...sinopsis dan review dari cik mar....sygnya saya mmg tak layan drama2 yg tegang camni...

    ReplyDelete
  8. rumah sy tak ada astro... berdasarkan pada sinopsis tu, sy mesti layan punya cite ni kalau ada astro...
    novelnya sy tak pernah baca...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum , DURI lakonan sheera tu kan? watak dia best! hihi sheila tak layan sgt citer ni sebenarnya. lagi feeling kalau baca novel je hihi

    ReplyDelete
  10. ruginya, cik siti tak dapat tgk cita ni...sbb busy nak exam..huhu

    ReplyDelete
  11. Amboi, berbelit2 jalan ceritanya dan memang berduri2 lah.. tapi macam menarik je.. Kalau berkesempatan lepas ni bolehlah tgk.

    ReplyDelete
  12. deno pun terngok cerita duri ni....

    ReplyDelete
  13. Mesti best cerita diaa.
    Kebanyakkan cerita2x dari novel semua best :)

    ReplyDelete
  14. dah pernah bca novel ni masa tahun 2005..lepas SPM...hehe
    mmng best..
    kalau cerita kat astro ni mmng tak tgk laa..sebabnya umah xde kuali atas bmbung..hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE