Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahillazi La Yadhurruhu Ma'asmihi Syai-un Fil Ardhi Wa La Fis-Samai
Wa Huas-Sami'ul 'Alim :)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan ^_^
Harini nak kongsi "petua memilih kawan dari Imam al-Ghazali".
Indahnya Islam, nak berkawan pun ada panduan :)
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Ahaaa siapa kata tak perlu memilih kawan ? Nabi Muhammad s.a.w pun ada pesan taw,
Daripada hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Ehemm.. renung-renungkan. Hehe, tapi jangan sombong plak takmo berkawan dengan orang, bergaullah dengan semua, cuma perbataskan, dampinglah yang baik-baik supaya kita jadi baik. Dekatilah yang kurang baik, supaya mereka dapat ikut sama jadi baik :)
konklusinya, jom jadi baik sesama. hehe^^
Indahnya ukhuwwah andai kerana Allah. Huu miss my friends T_T
JCB :
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
tak pernah pon jumpe kawan yang bile tngok je ingat mati. ingat nak lari ade la. heheh =D terima kasih atas infonye :)
ReplyDeleteinsyaAllah dik, kt jd dlu seperti itu :)
Deletewahh..bagus info nie....kalu nak pilih kawan kena pilih2...k
ReplyDeletemselim3
pilih2 demi masa depan :)
Deletesaya tentang kawan ni...occay jer nak kawan dengan sesiapa pun mar...tapi kalau kawan rapat tu memang perlu, harus dan wajib dipilih... dah betul2 kenal hati budi...baru boleh officiate as good friend...a.k.a. sahabat...
ReplyDeletenice info and nice sharing... ^_^
em sama la.. berkawan biar beribu, hehe..
DeleteKawan yang baik adalah kawan yg sentiasa ade dikala susah Dan senang..thanks mar..
ReplyDeleteye betul tu kak.. susah nak cari sekarang ni :)
DeleteSatu perkongsian yang bagus.
ReplyDeleteKawan penting dlm hidup ini, anda boleh berkawan dgn sesiapa sahaja tapi pemilihan kawan baik penting kerana kawan akan mempengaruhi kita kearah kebaikan atau sebaliknya dan sentiasa bersama dikala susah dan senang.
setuju 200% :)
Deletesahbat ialah cerminan diri kita.. ;)
ReplyDeletebetul2.. nak tgk ssorg.. tgk siapa shbtnya :)
Deletebtul wak..pilila kwn yg akan mmbawa kta kpd kebaikkan...jauhilah kwn yg akn mmbawa kta kpd kburukkan~
ReplyDeletepilihan di tgn kita :)
Deletekawan ni pengaruh dia besar dalam kehidupan kita . kadang-2 kita rasa lebih selesa dengan kawan berbanding dengan keluarga . sebab tu kena pilih kawan yg betul-2 ;D . thanks sharing ye kak .
ReplyDeleteaah betul tu.. huhu tp akk pernah terbaca pasal melebihkan kwn dr keluarga petanda nak kiamat, wallahu 'alam :)
Deletesetuju dgn kata2 cik mar..."dampinglah yang baik-baik supaya kita jadi baik, dekatilah yang kurang baik supaya mereka dapat ikut sama jadi baik"
ReplyDeletePS: tetiba rasa rindu dgn kawan2 lama...
timi, barulah betul.. sebab tu Nabi berdakwah kan, supaya semua org jd baik hehe :)
Deletesetuju ngan kata2 ayie tu... takut jugak salah pilih kawan
ReplyDeleteemm tu lah, kdg susah nak telah org kan dikbi huu~
Deletewslm ayie, betul3.. huhu boleh terjebak sama. bahaya tuu..
ReplyDeletepetua yg bagus...kena berhati2 pilih kawan...tersalah pilih.... hilang haluan....
ReplyDeleteyg no4 tue setuju sikit,,hihihi
ReplyDeleteBetul..sebab itu ada banyak kategori..Kawan, Sahabat, Teman.. Susah sangat nak jumpa teman sejati. Kata Luqman Al-Hakim..carilah kawan yang mana kalau dengar perkara baik tentang kita dia heboh hebohkan, kalau dengar tentang keburukan kita dia tutup rapat2. SubhanAllah, indahnya jalinan persahabatan kerana Allah. Terima kasih kak atas perkongsian yang hebat.
ReplyDeleteperlu kita memilih kawan utk kebaikan diri kita..berkawan dgn org2 yg baik kita akan kekal bahagia..jgn pilih kawan yg menipu dan tikam kita dr belakang dlm diam2
ReplyDelete