Sensitif Biar Bertempat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Eheh, hari ni iols nak tanya pendapat uols. Boleh tak ? apa pendapat uols tentang sensitif ?
Ok fine, secara literasi sensitif ni banyak maksud, antaranya :

1. mudah tersinggung perasaan; mudah berasa; peka - Kamus Pelajar
2. mudah merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung perasaan, peribadi dan lain-lain.
3. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yang menyukat seperti jangka suhu, neraca dan lain-lain, mudah bergerak balas (alat, mesin dan sebagainya).
4. kesensitifan perihal keadaan sensitif, ke-pekaan, sensitiviti - Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aah, banyak pulak definisi nya, so yang kita nak highlight kat sini, yang no 1 ngan no 2, iaitu mudah tersinggung perasaan atau mudah terasa. Siapa kat sini mudah terasa @ sensitif ? *saya sedang angkat tangan*

yang ni den suko :P
Yepp, memang saya mengaku, saya sensitif yang amat.. dulu la, dulu.. sampai dalam family panggil saya 'cengeng' sebab suka sangat merajuk. sikit-sikit merajuk. at last, takde orang pujuk pun, sakit hati sendiri je. haha rasa cam tahpape masa tu. sampai lah naik form 2, saya macam baru tersedar sendiri. eheh a.k.a kador ke diri. Yelah masa tu, dah masuk asrama, duduk dengan kawan-kawan, so, kalau kita suka merajuk, asyik nak merajuk, ikut angin sendiri, sape nak kawan dengan kita ye dak.. 

Start situ, saya belajar untuk kebalkan sikit hati, jangan mudah terasa kalau orang gurau-gurau. Nak terasa boleh, tapi jangan tunjuk sangat, cover-cover sket. Hehe, lepas pada tu cam da tak kisah sangat, siap diri sendiri kaki gurau and kaki buli :P heheh

So, apa pendapat korang dengan orang yang sensitif ni ? Fokus pada sensitif yang kuat merajuk @ berlebihan. Korang ada tak adik ke, kakak ke, abang ke, kawan ke, boss ke, isteri ke, suami ke, yang sensitif melampau ni.. hehe.


Sifat sensitif ni ada yang positif, sebab orang yang sensitif ni dia mudah bersimpati dan  mempunyai empati yang tinggi. So, kalau kita ada kawan @ pasangan macam ni, kita akan rasa lebih tenang kalau cakap dengan dia. Tapi, yang tak bes nya, sensitif berlebihan -  selalu sangat nak sensitif @ mudah terasa, payah jugak, hal kecik pun nak besar-besar kan, nak merajuk 3 tahun, ehehe.. 

So, untuk anda-anda yang sensitif berlebihan, jom kita cuba ubah ia menjadi sensitif yang normal - iaitu sensitif pada hal yang seharusnya je :)

Nak terasa boleh, tapi jangan lama-lama, kecik hati kawan-kawan kita, adik-beradik kita, pasangan kita kalau asyik nak terasa @ merajuk je.. diorang pun ada perasaan. Cara nak cover sensitif yang berlebihan, kita kena ingat yang nobody's perfect. It's normal, kadang-kadang ada yang terlebih, ada yang terkurang. Kita kena terima hakikat tu. Kita pun kadang ada gak kan buat orang terasa, tapi orang tu tak tunjuk sangat, sebab dia sayang kita. Tapi kita ? Ahaa berpada-pada la :) *Biarbertempat*

Segalanya bermula dalam diri kita, nak badmood ke nak ceria. Kalo rasa layan perasaan, ikut angin sendiri dan badmood tu best dan boleh bahagiakan diri dan hati, go on aja dong... :D psstt tapi ingat banyak hati yang akan terluka, eh silap banyak orang akan rindu keceriaan kita, ehemm keep living in happiness and very thankful to Allah, Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal ^^


JCB :
Cinta suci bukan untuk dinodai 
Kasih jangan dikhianati 
Lamarlah belas simpati 

Kesucian cinta 
Ikhlas tak diundang 
Perliharalah..




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE