جمع المذكر السالم


كيف حالكم جميعا ؟

 :) ادعوكم بالخير دائما 

Sambung tajuk hari tu oke, tajuk Al-Ismu
So, hari tu da belajar isim mufrad & isim muthanna kan ^^

Tak ingat pi study balik.
Tak paham, hayun tangan, taip soalan, post comment ;D

Jayyid, maudhu'una fi hazal yaum :
*tajuk kita pada hari ini*

adalah tentang 

 Jama'  @  جمع

Jama' kat sini bermaksud banyak @ ramai.

Kata Jama' terbahagi kepada tiga iaitu,

جمع المذكر السالم
جمع المؤنث السالم
جمع التكسير

Untuk lebih pemahaman lihat rajah berikut :



Oke takpe, insyaAllah kita akan zoom in satu demi satu :)

So, hari ni kita FOKUS pada yang pertama, sebelah kanan sekalii ^^


جمع المذكر السالم

Jam'ul Muzakkar As-Salim 
iaitu 

Kata Nama untuk sekumpulan lelaki yang ramai, 
*ramai lebih daripada dua.

Jam'ul Muzakkar As-Salim 
jadi, bagaimanakah penggunaannya ?

* Hanya tambah WAU dan NUN pada kata nama yang ingin di jama'kan.

contoh kat atas, MUSLIMUN.

kata nama yang asal adalah MUSLIM = seorang lelaki Islam

tapi bila kita nak kata sekumpulan lelaki Islam, yang lebih dari dua orang,

kita tambah WAU dan NUN, maka jadilah MUSLIMUN.

MUSLIMUN = sekumpulan lelaki Islam 

atau dalam bahasa mudah, orang-orang Islam LELAKI laa, hehe :)

* Ok bagi tambahan YA dan NUN iaitu MUSLIMIN
pun sama je maksudnya kalau 
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. 
Cuma dalam Bahasa Arab penggunaannya di tempat berbeza,
 itu nanti kita belajar oke ^^

Baiklah, untuk hari ni itu sahaja.
Senangkan ?
Mudahnyaa belajar bahasa arab, hihi.

Hayya solawatu 'alannabi :)

Sallallahu 'Ala Muhammad
Sallallahu 'Alaihi Wasallam
Wa 'Ala Aalihi Wa Ashaabihi Ajmain 

 Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Wa Habibina Wa Syafi'ina
Wa Zukhrina Wa Maulaana Muhammad 




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE