BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat sekalian.
Rasa nak berkongsi satu hal yang rasanya macam biasa kita lihat kan,
iaitu sambung nama antara suami isteri. Pernah tengok tak ?
gambar hiasan jee :P

Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya : Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?

Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.

Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya (WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat (kafir).
Contoh : isteri Bill Clinton : Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham atau isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, dan lain-lain.

Hadith mengenai perihal penamaan ini Sahih. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

Semoga perkongsian ini bermanfaat :)

Credit to : I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad - jom like page ni :)

JCB :
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud :
 "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"
– Hadis Riwayat Bukhari

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE