Mukmin yang bermanfaat :)

Mukmin yang beruntung adalah mukmin yang hidupnya di dunia sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Perbuatannya, ucapannya, nasihatnya, gerak kerjanya, tulisannya dan pandangannya semuanya membawa kebaikan dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3289)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Cuti Sekolah 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

Pejam celik, celik pejam pantas sungguh masa berlalu kan. Semoga setiap saat yang berlalu, pastikan kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman, orang yang berbuat kebaikan atau golongan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sebab perkara ni Allah dah sebut :

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah Al-Asr : 1 – 3)"

Daaaan, Imam Ghazali pun ade menyebut yang perkara paling jauuuhhhh dengan kita adalah masa yang sudah berlalu. Huhu betull sangat kaaan. Kengkadang dalam pada kita merungut, mengeluh, itu kurang, ini tak cukup, itu tak cukup, dalam tak sedar tu, umur kita makin hari makin meningkat. Makin hari kita bukan makin muda, tapi sikap, perangai, akhlak, hati kita, iman kita, ada pertambahan tak macam bertambahnya umur kita ? Moga-moga kita adalah orang-orang yang sentiasa beringat :)

Beringat umur satu perkara, satu perkara lagi beringat laaa nikmat-nikmat lain yang Allah bagi tuu.. tak terhitung banyaknya. Jadi, banyak-banyak laa bersyukur. Lagi kita bersyukur, lagi Allah tambah. Itu kita kena yakin ! Sebab kita ada Allah, watpe nak sama perangai dengan orang takde agama, ye dok ? Kalau kita tak reti bersyukur, memangg laah, Allah dah kata 'sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras'. Nah, sebab tuu la hidup tak pernah tenang, asyikkk tak kena jee. Kerja siang malam, tapi lupa Allah ? Nonsense sangatt hidopp kau. Rasakan la secebis dari azab Allah, hidup kau tak kan aman beb, hadooo je yang tak kena dan tak cukup. 

Eheh, ter-bebel penuh emo lak. Insaflah wahai diri yang bernama hamba, kita semua akan pulang menuju Allah. Maka, carilah redha Allah :)



Ehem, duk sembang pasal masa ni bukan apa, sekarang ni kan da nak habis bulan 10.. tak lama lagi habis la 2013. Kejaaap je, rasa baru je lagi kan ^^ Bulan Islam pulak lagi laa..hari ni je dah 20 Zulhijjah, lagi beberapa hari je nak menjengah 1435 Hijrah pulak. Maka, terbuka la satu lagi lembaran hijrah baru kita.. azam tahun ni semua dah terlunas ke.. hehe.

Berhijrah la setiap hari, jangan tunggu tahun baru je taw. Hihi pesanan ikhlas untuk diri sendiri yang tak sedar diri :P 

Bebudak SMK Kota Masai 2 neh hari Rabu depan dah startt coti sekolah 2013. Kemain sukee cuti awal. Bes lerr korang 2 bulan coti. Cikgu cikgi takleh cuti lagi, hujung bulan depan baru start. Naseb ler. Hehe ingatkan leh join budak-budak ni punya cuti, lamunan terhenti bila menyedari aku bukan pelajar lagi. Ngeh3. Anyway, selamat memanfaatkan masa anak-anak didikku. Jadilah generasi berakhlak :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Selepas Sebulan Dua Belas Hari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Masya Allah, lamanyee tak bertapak kat sini mak oiiii rinduuu amat sangatt. Ikut hati macam hari-hari nak menaip, tapi ikut diri bapak ar malass. Haha.

Buat yang masih mengenali diri ini, malahan merindui, jangan risauu. Kita kat sini sihat walafiat, alhamdulillah. Hehehe. Buat rakan-rakan follower baru, terima kasih sudi follow sini, ade mase kita follow balik. InsyaAllah okeyy. Buat yang nak tuntut hadiah sila la menuntut :)

Haish, selepas sebulan dua belas hari di sini, di bumi Johor a.k.a Kota Masai, macam ni la jugak. Tak balik raya, kasiaann dengan diri sendiri. 1st time tak balik. Hukhuk. Sabab musabab usah ditanya, mungkin ini sebahagian dari pengorbanan ? Mudah-mudahan laa kaan ;)

Apa yang buat aku paling bahagia kat sini ialah..... dapat kawan satu batch masa kat UM dulu sama-sama posting satu sekolah ! Yeahh. Alhamdulillah. Trillioonn syukurr kepada Allah s.w.t yang meghadirkan pelangi selepas hujan lebat di hatiku suatu ketika dulu. Eceh. Pangg sket. Hehe serious, bila ada kawan terasa segalanya dipermudahkan.

Dekat sini, aku duk menyewa dengan sorang cikgu bujang ni. So, kami bertiga la. Pegi sekolah pun boleh jalan kaki je, sebab sekolah depan rumah. Ada laa dalam 6 minit kalo jalan laju-laju sebab takut lambat. Tapi kalo lenggang lenggang kangkung ala-ala itik pulang petang cecah laa 10 minit. Kedai medai pun banyak, macam-macam market hado.. insyaAllah tak kebulor duk sini, leh jalan kaki je gi kedai, tapi sokmo nya naik motor lah dengan bespreng baru, Khalilah. Hihi :P

Motor lak, guna motor akak hausmet. Kak Ecah sempoi. siyess, memang sempoi and baiik hatii sangat. Hehe. Selepas sebulan duk sini, merata jugak laa kak ecah bawak kitorang berjalan. Alhamdulillah Allah hadirkan orang baik-baik di sekelilingku. 

Okeh tu je nak sharing. Lain kali sambung lagi kalo rajen. Honestly, mar selalu ingat dekat kawan-kawan blogger yang rapat-rapat. Huhu, korang selalu ada dalam doa taww. Jaga diri, jaga iman, moga Allah hari-hari sayang korangggg :)

#Selamat Hari Raya AidilAdha buat semuaa ^_^


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE