Tips Pilih Tembikai Manis


sumber PDH

siyess teruja nak share sebab ni laa 'pertama kali' tawu. kehkehkeh. pahni teror laa pilih buah tembikai :P 

#Selamat Berbuka, nahh layan seketul dua tembikai ngan watemelongg juis ^_~




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Rahmat Ujian

Assalamualaikumm warahmatullah :)

#Ramadhan 13, cepatnyaaa masa berlaluu kan.
Banyak hutang bw nehh. Hehe pape pung, esok nak cube bw semampu mungkin. Hehe. Rindu nak buh komen pepanjang neh :) Terima kasih pada yang rajen komen banyak-banyak tanpa jemu. Sayang sangat-sangat  ♥ ♥ ♥
Jazakumullah Khairan Kathira ^_~

Anyway, special dedicated lagu ni untuk korang korang yang macam ada masalah. Eh kita tukar bukan masalah, UJIAN. Rahmat ujian. Seriuss suka sangat dengar lagu ni, rasa macam emm.. aa dengarlah sendiri.. hehe. Happy to share. Play this :)




Dalam derita ada bahagia 
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Sumber lirik : SINI


Kalau nak lagu ni versi youtube KLIK SINI  ;)

BAJU CLEARANCE STOK MURAHHH - KLIK SINI :)

JUBAH PROMOSI, MURAH & CANTEKK - KLIK SINI :D


NAK COMEL , KOMEN KAT BAWAH NI, OKEYY ? 

Hihi, waitt 4 my komeng oso at ur site :P
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

EseBidey Tuyu

Bismillah Walhamdulillah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Salam Sayyidul AyyamSalam Jumu'ah MubarakahSalam 10Ramadhan

Alhamdulillah Alhamdulillah. Today is Jumu'ah. Today is Barakah Day. Today is Muslim's Eid. Today is mustajab day, because there is a time when you're praying, Allah will 'maqbul' your prayer ;)

Alhamdulillah again, because today is my mom's big day. Alhamdulillah Allah still give her chance to live even without 'qudrah' anymore to walk and to take care herself. But at least, i still have her 'du'a' and i can see her in front of my eyes ! That's enough for me  Alhamdulillah !

Looking at her eyes at her age today, make me feel blessed. Too blessed. No words can describe how i feel and how i be grateful on this gift, a 'emak'. She through so hard life to grow us. May Allah show mercy on my mom, and my late father, as they have nourished me when I was young T_T

Haa kemain nak tulis bahasa ingelish. Haha tapi terakbur hambur ! Coyy ~ :P
Apa-apa lah, eden toraii eden toraii. Salah silap mohon pertunjukan. *_*

Anyway, hari ni 19Julai2013, Jumaat, 10Ramadhan1434, mak genap lah umor beliau 58 tahun. Alhamdulillah. Semoga mak panjang umur, and please kuat semangat dan sihat semula. Nanti kita boleh pi umrah @ haji sesama ! Ini betul-betul harapan dan impian utamaku !! Korang doakan yee :')

Mak, eseBideyy Tuyuu. Heheh.

Mak, iteeww xdok pitih nok beli hadiah. Kehkehkeh. Petang ni itew masak beh2 jela yeee. Sayangg die.. Semoga mak sihat sokmo lahh. Lebiyuu 

gambar time konvo. eheh anak die kn blurr sbb bukan watak utama. kesiaaan :P


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Rahmat itu untuk siapa dari siapa ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Zal Jalali Wal Ikram, amitna 'ala dinil-Islam. 

Ya Fattahu Ya 'Alim, iftah qulubana futuhal 'arifina. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh tetamu Ramadhan semuaa :)

Malam ni hujan membasahi bumi. Segala puji bagiMu Allah yang menurunkan hujan, lalu menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang mati. Maha Suci Allah :) Sejuk kurasakan kian menggigit. *Tak pasti sejak bila pulak si sejuk ni ada gigi. Heheh. Ditemani suara Munif Hijjaz memuji-muji Tuhan sekalian alam, melantun kerinduan pada sebaik-baik manusia, our Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Ah, merdu sungguh. Begitu caranya bersyukur, menggunakan nikmat untuk mengingati Allah 24/7.


Lalu, ku klik 'catatan baru'. *Oh blogger home saya gune bahasa melayu, almaklum laa pencinta bahasa jiwa bangsa. Kriik kriik :P

Sambung mengayat, lalu ku arahkan cursor ke ruang penulisan. Malam ini, aku mahu mencatatkan sesuatu untuk aku dan juga kamu. Moga ada keberkatannya tatkala mata masih belum mahu dipejam. Ayuh bermuhasabah.
  
Alhamdulillah pejam celik, dah pun nak masuk 9 hari kita berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Wahai jiwa, sudah terdidikkah engkau untuk takut pada TuhanMu dalam apa jua kondisimu ? >.<


Sweetnyaa iman :') Tatkala jiwamu dipenuhi rasa takut dengan Allah s.w.t, namun jauh di dalam hati, rasa berharap pada Allah tetap mengatasi segala rasa ! Segala yang dilakukan pasti dimulai dengan nama Allah. Menyatakan betapa Allah itu kita perlu, setiap saat setiap waktu. Dan Allah satu-satunya tempat berharap, tempat berlindung. Betapa hinanya diri, andai menjadikan selain Allah sandaran harapan !!

Rasakan Allah dalam setiap degup jantung, dalam setiap nafas yang dihembus, dalam setiap sel darah yang mengalir, dalam setiap kerlipan matamu. Rasakan sedalamnyaaaa.. Siapa yang mengizinkan ia berlaku wahai sahabat sekalian.. Tidak lain hanya Dia yang mampu, Dialah Allah. Dia lah Tuhan kita semuaa :') Subhanallah Subhanallah.


Bila setiap detik Allah ada dalam hati, apa bisa masalah jadi masalah ?? Atau masalah bisa jadi ujian ?? Dan ujian adalah rahmat. Dan rahmat itu untuk siapa dari siapa ?? Bukan kah dalam doa saban hari, kita yang meminta rahmat dan kasih sayangNya ?? Jadi, bila Allah mahu menurunkan rahmatNya, kita berkira-kira dan merungut ?? Astaghfirullah. Tak sedor dirinya lah kite >.<

Ustaz cakap, jika kita sentiasa senang tanpa ujian @ masalah, BERSEDIALAH ia tanda-tanda Allah tak sayang dan nak jauh daripada kita ! Wuuu menangisss bersyukurrr T_T Korang ada masalah ? Dia ada masalah ? Saya ada masalah ? Mereka ada masalah ? 

Wake up sahabat, itu bukan masalah, itu UJIAN ALLAH. Allah sayang kita. Allah nak rahmati kita. Lalu, dia titipkan sesuatu agar kita selalu ingat dengan Dia *nanges lagii T_T

Dapat sahabat bayangkan jika apa yang kita mahukan semuaaaa Allah kasik dan mudahkan ? Boleh jadi kita "mudah lupa diri". Boleh jadi kita "bagai kacang lupakan kulit". Kerana apa ? Kerana manusia sifatnya memang LUPA !

Bersyukurrlaahh. Bersyukurr kita masih punya ujian untuk di titi. Biar ujian itu di sini, di dunia. Kerana dunia sementara, penjara. Ia akan berakhir. Dapat sahabat bayangkan andai ujian itu kita lalui di sana, di akhirat nanti ?? Sedang akhirat lah tempat tinggal kita, ia kekal ! Menangisssss. Ya Allah.. kami tak mahu susah di sana ~ 

Takdir kami di tanganMu Ya Allah. Segalanya kami serahkan apa yang terbaik untuk kehidupan kami di dunia dan akhirat. Kami tidak tahu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui. 

"Jika kami susah Ya Allah, ingatkan lah kami akan saudara-saudara kami di Palestin, Syria, Mesir, dll yang jauh lebih susah hidup mereka ditekan. Tapi mereka kuat dengan pertolonganMu Ya Allah.  
Jika kami lapar Ya Allah, ingatkanlah kami akan Baginda Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang hanya berbuka dengan sebiji tamar. Allah ~ T_T 
Dan jika kami sedih Ya Allah, ingatkan lah kami dengan takdir anak-anak yatim, yang hilang ibubapa sejak dari kecil. Ingatkan lah kami sirah Baginda, yang tidak pernah jumpa ayah kandungnya, yang kehilangan ibu sejak kecil. Allah Allah ~ T_T  
Jika kami penat Ya Allah, ingatkanlah kami akan saudara-saudara kami yang tak punya mata, tak punya telinga, tak punya kaki, tak punya tangan. Tapi masih taat padaMu, masih bersyukur dengan kurniaanMu. 
Dan jika kami lemah Ya Allah, ingatkan lah kami dua nikmat yang tidak terhingga, yang tidak ada pada orang kafir, yang Engkau kurnikan pada kami Ya Allah.. Nikmat yang sejak dari lahir kami dapat, nikmat yang dengan izinMu ia subur dalam hati kami, nikmat yang dengan kehendakMu, ia masih berada dalam hati kami hingga hari ini, dan semoga selamanya ia kekal dalam hati-hati kami, iaitu nikmat Iman dan Islam..."







Bersyukurrlaahh. Bersyukurrlaaahhh. Bersyukurrrrrlaah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?

Masih mengeluh ? T.T

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Ketagihan

Assalamualaikum !

Selamat Monday eberibodi, eh selamat bekerja bagi yang bekerja. Eh, syok oo jadi penganggur tanpa gaji macam wa. Kehkeh makanya, bersyukur laa ekau hado keje. Susah senang bertabahlah ye belake. No job for freeeee. InsyaAllah, keje halal moga Allah redha nan kalian. Aamiin :)

Cafeland.




Perkara macam ni laa yang faling aku pantang sekali. Sobss. Dah lama tak main game tau. Lagi-lagi game kat pesebuuk ! Sepanjang-panjang makcik ade pesebuk tak pernah pernahh nyaa nak main game. Tiba-tiba semalam, dah kenapa tiba-tiba tangan cuba try test main. Eh eh bes pulokkk. Hahahaha.

Ha, betul lahh perkara camni laa aku faling pantang ! Dah start main, dia macam ketagih. Aiyooo. Dah bulan-bulan Ramadhan ni. Hok molek nya wat la yang berfaedah sikit kan. Huuu pity on me. Please anyone, help me. Siapa yang tahu cara nak hilang kan ketagihan main game !! Huhh ~

Sama gak tengok derama ke hape ke, melayu ke korea ke apa-apa la. Kadangg bukan taknak tengok. Bukan bajet mulia. Hahah. Tapi sebab ada penyakit 'mudoh over'. Haha kadang feeling terlebih. Kalah pelakon tu senirik. Selected. Tengok yang tak jadi kegemaran ramai. Baru la tak fanatik. #Inisemuapoyolahmeheni

Aah tah apa-apa aku merepek pagi Isnin ni. Haha maaf la ye. Kurang bermanfaat. Sekadar renungan bersama. Kalau benda yang berkaitan dunia buat lelama pun tak rasa lama. Faham tak ayat den. Contoh cam tengok tibi 3 jam. Watlekk je. Tak ase lama puun. Tapi kalo ber-ibadah, aiyak berkire je. Setengah jam je poon ase tapi ase uishh lamanye. Camtulah manusia ~

"Ya Allah bantulah kami supaya sentiasa mengingatiMu, sentiasa bersyukur  dengan segala nikmatMu dan kurniakan kami nikmat suka beribadah kepadaMu."-Aamiin

*Keep on praying for Syria, Palestin, Mesir, Rohingya, and all Muslims :')



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Yeahh ! Aku bangun hari ni untuk buat baik :)

Bismillah walhamdulillah.

Alhamdulillah Alhamdulillah. Siyes harini excited terlebey sangat ! amat ! Salam Sayyidul Ayyam sahabat-sahabat. Syukurrr alhamdulillah. Hari ni kita bangkit, dengan izin Allah. Dia bagi lagi kita masa untuk istighfar dan taubat. Dan, yeahh kita bangun hari ni untuk buat baik !! Kan ?

Paling penting, hari ni sangat-sangat istimewa. Dah la hari Jumaat. Bulan Ramadhan plaks tu. Alahaiiii moga kita semua dapat manfaatkan hari ni se-maxima mungkin ! Ye, macam ceq habaq mai tadi, kita bangun hari ni untuk buat baik. InsyaAllah :)

Buat baik tu banyak cara, banyak jalan. So, jangan berputus asa dalam berbuat baik a.k.a berbuat amal soleh. Yang mana dalam Surah Kahfi ayat 2 dan ayat 110, Allah berfirman :


(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.




"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Ha, nak highlight pada ayat yang di-bold tu. Orang buat baik ni Allah akan bagi balasan yang baik. Dan hanya orang yang percaya dan berharap pertemuan dengan Allah je WAJIB buat baik dengan syarat - takleh sekutukan Allah :). Nampak tak beza orang beriman dengan orang tak beriman buat baik ? Fikirkan bersama.

Mudahkan urusan orang, bermanis muka, sedekah, mendoakan orang lain, tulis yang baik-baik, saling menasihati, saling mengingatkan, bersangka baik.. haihh infinity laa ~ macam-macam cara nak buat baik, as long as kita mesti niatkan Lillahi Taala :)

Saya berpesan dan menyeru kepada diri sendiri yang sebenarnya. Semoga kita semua terus tabah melalui ujian dan cabaran yang mendatang. Always remember, Allah tak pernah bebankan kita apa yang kita tak mampu. Siyes, kadang-kadang rasa loser, but remembering Allah makes us stronger enough ;) I pray for you, they and me. Jom buat baik dan jangan lupa doakan saudara kita di Mesir, Palestin, Syria dan seluruh dunia :')

Astaghfirullahal 'Azim, we really need Allah. Thank You Allah T_T



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Hukum Masuk Air Dalam Badan Time Puasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam 1 Ramadhan saudarasaudari musliminmuslimat seantero dunia :)
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan Kareem. So, jangan persiakan. Selamat berpesta ibadah lah hendaknya belake kite kite. Masa ni la setiap amalan berganda-ganda pahalanya. Besbesbesbes.

Pasal entry semalam, harap tiada yang tersinggung. Lagi pun ia memang pengajaran untuk semua sebenarnya, bukan untuk adik puteri sorang je. So, sempena Ramadhan Kareem marilah kita semua saling mendoakan antara satu sama lain. Terima kasih pada semuaa blogger yang singgah dan drop komen. Alhamdulillah, korang masih ingat siapa hamba nan kerdil ini. Kehkeh. *Gue nggak sabar mau terjahhhh korang. Ghinduuu. Sabar yee take time. Heee :)


Jadi, hari ni kita nak kongsi bab persoalan batal ke tidak puasa ni. Yela, musim-musim puasa ni. Mesti ramai yang konfius bin keliru. Persoalan ni sebenarnya hari tu ada anak murid tanya, sebab mak dia baru lepas operate. So kena continue masuk air time puasa ni.

Jawapan ini sumber dari zaharuddin.net, Dr Zaharuddin Abd Rahman :

Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal. 
Hukumnya :
Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. 
Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. 
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : 
Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ). 
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
Semoga dapat merungkai persoalan dan kekeliruan masyarakat umum. Selamat berpuasa dan selamat menghayati Ramadhan dengan penuh keimanan ;)


Baju raya tudung raya --->> SINI dan SINI 


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Rahsia Couple 7 Hari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

Kakakss Adikss Abangss Pakcikss Makcikss :)

Apas khabars imans semuas haris inisss ? Haraps semuas nyass sentiasas berusahas memeliharas & muliharas imans yewss. *hohss sengalss.

Rasanya belaka mesti da tengok kan 'bidio romantis' by seorang adik yang sangat penyayang terhadap boiprennye. *Ho emm giee.

Saya tak la berniat nak sebarkan cerita adik tu or nak kutuk beliau kawkaw. Pasal-nya saya cuba meletakkan kasut saya ditempat beliau. Dan perasaan simpati dan kesian lebih menguasai. Pasal-nya adik tu penyayang, romantis tapi wrong-time diknon oi. Ni bukan masa nak bercintun. Ini masa adik belajo sungguh-sungguh dik. Siyes ahkak dulu pon main cintun time skolah. Menyesal tak sudahh sampai today taw :P *Opsss

Itu satu. Plus, baru la tujuh hari. Lahaiii. Speechless mak nak. Takpe lah, kita maafkan adik tu. Janganla sebarkan dah bidio romantis beliau lagi. Kasihan la dengan mak apak beliau. Mesti kena hantamm sama jiran-jiran. Sobss sedisnyeee.


Tu la kita patut bersimpati dengan generasi hari ini. Hidup dalam teknologi tanpa kawalan. Sedangkan mereka perlukan bimbingan dan dorongan. Supaya bila menggunakan teknologi lebih terarah pada kebaikan dan terdorong kekreatifan pada hal yang sepatutnya ! Sebagai generasi yang lebih senior atau super senior, 'kutukan' kita tidak akan menyelesaikan masalah ummat yang berakar umbi dari hilangnya rasa malu. We keep on praying for our kids. Then, be a gud 'role model'. That's all. 

Semoga kita semua Allah pelihara dari melakukan hal yang sia-sia :)

Eh, tajuk rahsia couple 7 hari. Mana rahsianya ? Tahh mana la cek tawuuu. Tanya la yang pakar. Herher :P

Malam ni tarawih. Jangan lupe ye ! 

Nak cuci mata ? Klik SINI ^^

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kembali Senyum

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuuhh fuhh tiuup sketttt. Ehemm assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

Hehe. Saya kembali senyum :)


Alhamdulillah blog masih seperti dulu. Mana laaa tuan dia menghilang. Lama tak menulis. Serasa kekok pulak nak menarikan jari jemari menaip. Emm macam orang baru nak berkenalan. Awkward !

Hohoh. 

Setiap kali takde idea mesti enter. Pastu berhenti di titik. Blank !

Heheh.

Apa khabar laa kawan-kawan semua ? Hopefully everybody sihat dan bersemangat nak sampai kat Ramadhan yang mungkin esok or lusa. InsyaAllah mudah-mudahan kita sempat menjadi tetamu Ramadhan hingga ke akhirnya. Excited !

Emmm.

Feeling 'terasing'. Mesti banyak ketinggalan. Plus mesti ada yang dah lupa. Plus mesti dah kena buang dari bloglist !! Hahahaha. 

Eh eh eh. Kembali senyum :)


Kemon laaa kenapa nak suuzzon dengan korang kan. Feeling 'happy'. Mesti korang selalu rindu kan. Plus korang takleh tido malam ingat kat jcb's writer. Plus mesti korang tiap-tiap hari doa supaya saya kembali ! Ya, kembali senyum !

Yiehaa..

Minda kita. Set la yang positif. Hati kita. Set la hok molek-molek. Ye dak ? Kan Allah bagi pinjam sebagai amanah. Tapi sibuk minda nak pikir hok yang negatif. Hati sibuuukk nak buh bintik-bintik. Kalau muka tau pulak taknak bintik. Kalau baju tau pulak nak hok molek-molek je. Alang-alang kacak luar biar kacak dalam. Eh ! Heee :)

Bebelan untuk diri sendiri. Orang putehmelati panggil, monolog dalaman.

Sekian.

Moral of the entry : ________________________
*Isi tempat kosong ikut sedap tekak kucing jiran :P

Haha. Tata.

Nak beli baju raya ? Klik SINI :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE