Yeahh ! Aku bangun hari ni untuk buat baik :)

Bismillah walhamdulillah.

Alhamdulillah Alhamdulillah. Siyes harini excited terlebey sangat ! amat ! Salam Sayyidul Ayyam sahabat-sahabat. Syukurrr alhamdulillah. Hari ni kita bangkit, dengan izin Allah. Dia bagi lagi kita masa untuk istighfar dan taubat. Dan, yeahh kita bangun hari ni untuk buat baik !! Kan ?

Paling penting, hari ni sangat-sangat istimewa. Dah la hari Jumaat. Bulan Ramadhan plaks tu. Alahaiiii moga kita semua dapat manfaatkan hari ni se-maxima mungkin ! Ye, macam ceq habaq mai tadi, kita bangun hari ni untuk buat baik. InsyaAllah :)

Buat baik tu banyak cara, banyak jalan. So, jangan berputus asa dalam berbuat baik a.k.a berbuat amal soleh. Yang mana dalam Surah Kahfi ayat 2 dan ayat 110, Allah berfirman :


(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.




"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Ha, nak highlight pada ayat yang di-bold tu. Orang buat baik ni Allah akan bagi balasan yang baik. Dan hanya orang yang percaya dan berharap pertemuan dengan Allah je WAJIB buat baik dengan syarat - takleh sekutukan Allah :). Nampak tak beza orang beriman dengan orang tak beriman buat baik ? Fikirkan bersama.

Mudahkan urusan orang, bermanis muka, sedekah, mendoakan orang lain, tulis yang baik-baik, saling menasihati, saling mengingatkan, bersangka baik.. haihh infinity laa ~ macam-macam cara nak buat baik, as long as kita mesti niatkan Lillahi Taala :)

Saya berpesan dan menyeru kepada diri sendiri yang sebenarnya. Semoga kita semua terus tabah melalui ujian dan cabaran yang mendatang. Always remember, Allah tak pernah bebankan kita apa yang kita tak mampu. Siyes, kadang-kadang rasa loser, but remembering Allah makes us stronger enough ;) I pray for you, they and me. Jom buat baik dan jangan lupa doakan saudara kita di Mesir, Palestin, Syria dan seluruh dunia :')

Astaghfirullahal 'Azim, we really need Allah. Thank You Allah T_T



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

17 comments:

  1. Time kita buat baik contohnya berdakwah pun kena uji . Sebab Allah nak kita dekat dengan Dia kan akak . Lepastu Dia nak tengok macam mana kita tabah demi menegakkan Islam . Heeee ...

    #rasa macam dina ni terkeluar tajuk je . Hehe :D

    ReplyDelete
  2. take note...
    jom jadi budak baik hari2..
    bkn hari jumaat jer :)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Syukur dengan nikmat yang di beri. Alhamdulillah kerana dapat menikmati Ramadhan yg mulia ini.

    ReplyDelete
  4. Semoga di bulan ramadan ni kita dapat meningkatkan amal soleh. :)... risau sangat dengan apa yang terjadi dekat mesir sekarang. dengar cerita hari ini ade demonstrasi besar-besaran dekat sane. harap2 semuanya selamat.

    ReplyDelete
  5. singgah baca artikel menarik di sini..sambil klik apa yang patut

    ReplyDelete
  6. masih tolong ingatkan...akan berusha utk berbuat baik cayokkkk! ;)

    ReplyDelete
  7. sentiasa ingatkan diri , yg buruk dtg drp diri sendiri dan minta allah permudahkan segala urusan ... inshaa Allah .

    ReplyDelete
  8. Singgah membaca perkongsian yang menaraik :)

    ReplyDelete
  9. saya pom nak berubohh jadik baik. tolong doakan sayaaaa. keep strong baybeh! ;)

    ReplyDelete
  10. insyaallah... sama 2kita amalkan :)

    ReplyDelete
  11. hadapi segala dugaan dengan senyuman dan ketabahan. InshaaAllah akan dipermudahkan segala-gaalanya :)

    ReplyDelete
  12. Bila kita buat baik tp tak dibalas dgn kebaikan, itu sebenarnya ujian buat kita. Apa pun, berbuat baiklah walau dgn siapapun. Itu lebih baik. Dan jadilah yg terbaik dari yang baik2 walaupun kita sering terleka sbb kita ni, manusia je bukan malaikat. Nice tazkirah. Tqvm

    ReplyDelete
  13. info yang menrik..mari2 sme2 jadi baik..=)

    ReplyDelete
  14. spe nk join kita jadibaik?jommm...amal makruf nahi mungkar

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE