Hukum Masuk Air Dalam Badan Time Puasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam 1 Ramadhan saudarasaudari musliminmuslimat seantero dunia :)
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan Kareem. So, jangan persiakan. Selamat berpesta ibadah lah hendaknya belake kite kite. Masa ni la setiap amalan berganda-ganda pahalanya. Besbesbesbes.

Pasal entry semalam, harap tiada yang tersinggung. Lagi pun ia memang pengajaran untuk semua sebenarnya, bukan untuk adik puteri sorang je. So, sempena Ramadhan Kareem marilah kita semua saling mendoakan antara satu sama lain. Terima kasih pada semuaa blogger yang singgah dan drop komen. Alhamdulillah, korang masih ingat siapa hamba nan kerdil ini. Kehkeh. *Gue nggak sabar mau terjahhhh korang. Ghinduuu. Sabar yee take time. Heee :)


Jadi, hari ni kita nak kongsi bab persoalan batal ke tidak puasa ni. Yela, musim-musim puasa ni. Mesti ramai yang konfius bin keliru. Persoalan ni sebenarnya hari tu ada anak murid tanya, sebab mak dia baru lepas operate. So kena continue masuk air time puasa ni.

Jawapan ini sumber dari zaharuddin.net, Dr Zaharuddin Abd Rahman :

Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal. 
Hukumnya :
Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. 
Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. 
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : 
Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ). 
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
Semoga dapat merungkai persoalan dan kekeliruan masyarakat umum. Selamat berpuasa dan selamat menghayati Ramadhan dengan penuh keimanan ;)


Baju raya tudung raya --->> SINI dan SINI 


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

13 comments:

  1. salam Ramadhan...Nice share. Moga ceria di 1 Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mar, yeayy mar kembali. mana menghilang selama ni? rindu tau. siap hantar email lagi kat mar. ahhahahaa. thanks sharing ilmu mar :)

    ReplyDelete
  3. nice sharing kakak tomey2x.. (^__^) hehee
    kak.! jom p jogging petang niee, ekekkee

    ReplyDelete
  4. sebelum ni pernah juga tertnya2 bab ni..so sekarang dah pham.. =)
    mekasih mar.. ehh, rindu dia jgk..lama menghilang.hhehe

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.. S3lamat berpuasa.. :-)

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk perkongsian ni.. :)

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg menarik...semoga takde la yg cari jalan nak inject masuk kuah megi kari pakai salur nanti....hehehhee

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah... deno buat dialsis air ubat masuk dlm badan 4 kali setiap hari... tak membatalkan puasa la kan sbb ianya rawatan utk deno setiap hari... :)

    ReplyDelete
  9. klu utk tujuan perubatan , mmg dibenarkan . thanks info . Selamat berpuasa ...

    ReplyDelete
  10. info yang sangat berguna..bagus2

    ReplyDelete
  11. dah tebiat akak ni, kalo masuk dlm blog yg akak minat, mesti akn belek entri sampai tak larat. BTW, terima kasih ats perkongsian ni sbb baru je jap td ada org tanya kat kak hal ni. tqvm ya cik Mar :)

    ReplyDelete
  12. oo mcm tu erk..maknanyer org yg msuk air msih leh berpuasa

    ReplyDelete
  13. rmai yg keliru kak..kdg2 ada plak org tu tny kita then buat kita was2 plak nk jwb

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE