Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah

Tajuk Over je lebih. Cakap jela cikgu. Suka sangat membelit-belit kan lidah orang. Haha.

Alhamdulillah dapat posting dah. Johor pun Johor lah. Ek Pasir Gudang lak tu. Oh okeyy redho redho. Bersyukur marhaini... at least ada penempatan :)

Jauh perjalanan luas pemandangan kaan kan. Ku pujuk-pujuk hati. Ku relakan diri demi sebuah amanah dan tanggungjawab. Ye, ini pilihan Allah. Pasti ianya terbaik untukku, ibuku, juga agamaku :')

Ku pohon doa kalian. Serius, kembara ini menuntut pengorbanan besar. Semoga Allah memudahkan urusanku, sahabat-sahabat seperjuanganku. Di mana jua tempatnya, semoga kita semua ikhlas mendidik. Kita semua bukan buat perkara biasa-biasa, tapi menyambung risalah dakwah Rasulullah s.a.w. Semoga kuat, semoga tabah :)

Dan Allah lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik perwakilan. Hanya kepada Allah kami serahkan untuk menjaga orang-orang yang kami tinggalkan. Allah, jagakan dia, dia ibuku. Kasihani dia sebagaimana dia mengasihaniku sewaktu kecil :')

Warga Kota Masai 2, aku datang ! Hohoho :P

Okey tu je nak bagitau.

Hehe.

Tata.

Assalamualaikum :)



Berkat Jumaat. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kisah Kaunter

Bismillahi Walhamdulillah ~

Assalamualaikum korangz. Hehe biase jumpe dok spesis kakak @ makcik yang kerja jaga kaunter tapi muka ketat, kerek, bajet, semua dia laaa.. Haha mulut den, coii ~

Hehe saya mintak maaf pada semua, bukan niat nak mengata atau mengutuk. Saya tau tak semua macam tu, masih ramai yang berdedikasi, bermanis muka, bersantun dalam berkata-kata dan bertabah melayan 1001 kerenah pelanggan. Alhamdulillah, memang tabiks la, hanya Allah yang layak memberi pahala di atas kesabaran kalian.

Tapii tapii tu lah, majoriti yang saya jumpa, mak aiii kerek siot. Haa kan dah kua siot. Haha. Takdela kadang-kadang mende tu small matter je kot, tak perlu tinggi-tinggi suara sampai satu ofis dengar kan ? I is tak pekak lagi okeyy ~  Apa salahnya, cakap molek-molek, dengan senyuman. Sejuk sikit mata menengoknya.

muke ketat adek ni xpe la comeiii :D

Ni bukan sesi nak luah perasaan ke apa, tapi lebih pada pleasee la buat anjakan, ke transformasi ke, lagi-lagi yang duk kat muke pertama a.k.a kaunter-kaunter, termasuk la kaunter pertanyaan, kaunter pendaftaran atau segala jenis kaunter yang melibatkan pelanggan. Korang ni muka pertama @ wajah syarikat, atau wajah sesuatu organisasi. If korang wat spoil, satu bangunan tu dapat nama tau.

Yeahh maybe she is penat kan. Tapi apa kejadahnya kalo pepagi dah badmood. Kuikuikui. Aa tak pun spesis yang bajet hot tutup kaunter awal-awal. Haihh kalau nak cite pasal wajah kaunter ni, macam-macam pengalaman dah, baik dari sektor kerajaan, swasta, mall, bank semuaa hade feel memasing. Sian bigbos dapat pekerja camtu. kahkah. 

Or maybe, dia memang selalu kena marah dengan bigboh, pastu dia bantai marah kita yang naif ni. Sobsob.. Sedih mak ~

Eh, tapi moment paling best, bila dia tengah emo tu kan pastu kita wat muka slumber dan cakap, rilek la kak, takyah memarah, saya tanya je. Takyah cakap kuat-kuat, saya dengar. Then, masa tu dan-dan dia senyum nampok gigi sutir due. Hek ele pandaiii senyuumm rupenye, ingat memang semulajadi ketat. Hahah.


Okey dats all. Hehe last but not least, a big thankful to all kakak @ abang @ pakcik @ makcik yang kerja kat bahagia perkhidmatan pelanggan, kerana tanpa korang siapalah kami rakyat jelata. Pasti kucar kacir urusan tanpa kalian. Kesabaran kalian, we salute. Bekerjalah seikhlasnya, insyaAllah Allah balas setiap kesabaran dan senyuman kalian dengan SyurgaNya ^_~

 
JCB :

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Maksud Simbol 4 R4BIA





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Subhanallah walhamdulillah, Allah izinkan saya untuk berkongsi simbol 4 yang ramai dah mula gunapakai di laman-laman sosial. Alhamdulillah bagi yang turut sama memberi sokongan. Walaupun nampak kecil, moga ianya besar di mata Allah.

Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir.

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !

You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity !

‪#‎mesirkini‬
#R4BIA

sumber : Mesir Kini



 ALLAH Tujuan hidup kami !

RASULULLAH ikutan kami !

Al-QURAN panduan hidup kami !

MATI di Jalan Allah impian kami !



Saya menyeru diri saya sendiri dan juga rakan-rakan blogger yang disayangi. Ayuh kita sebarkan semangat berjuang untuk saudara kita. Kita lakukan apa yang termampu melalui penulisan dan kemahiran media. #JomPeduliUmmah

Jangan sampai kita menyesal di sana nanti bila melihat saudara saudara kita yang syahid di Syurga dan kita tidak turut serta bersama, kerana di dunia kita tidak peduli dengan hal mereka ! Allahu Akbar !!

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Apa sebenarnya yang berlaku di Mesir ??

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanaka inni kuntu minazzolimin T_T

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat sahabat sekalian :')

Sungguh, saat ni nak tulis entry happy rasa tak mampu, tersekat mengenangkan saudara kita di Mesir. Mereka di seksa, dibunuh sesuka hati. Nak senang lenang duduk bersila ngadap laptop memang tak mampu lah kan. Tak dapat bayangkan ketidaktenteraman mereka. Namun, jiwa mereka teguh,. tenang, yakin melawan tentera-tentera taghut !! Allahu Akbar ~

Kita tak pernah rasa perang kan ? Dats sewaii kita suka watlek, wat tutup mata, pekakkan telinga, bisukan mulut untuk bersuara. Di mana nilai persaudaraan kita ? Ya Allah ampunkan keterbatasan kami dalam menghulurkan bantuan kepada mereka T_T

Kami hanya mampu berdoa. Doa dengan yakin. Kami yakin dengan pertolonganMu Ya Allah. Tapi pedihnya hati kami menahan kemarahan tidak dapat berbuat apa-apa saat saudara kami dibantai dan diseksa !! Ampunkan dosa kami :'(


Apa masih ada yang sampai hari ni tak jelas dengan "apa sebenarnya yang berlaku di Mesir ?" Jika tak tahu, tapi ada usaha untuk mengetahui dan memahami, insyaAllah moga Allah nilai usaha kita untuk cakna isu ummah. Yang susahnya, tak tahu tapi berlagak tahu, dan takde usaha langsung nak cakna cerita sebenar. Yang dilakukan hanyalah ambil bulat-bulat dari berita yang jadi lidah syaitan tu, dok propa yang Presiden Morsi dikatatorlah, pejuang kebenaran jadi pemberontak, pastu sibok duk amik kenyataan dari menteri-menteri dari kerajaan haram tu ! Puii. Allah saksi semua ini. Dunia akan binasa, fitnah kalian kami tuntut kat akhirat nanti !!

Bagi yang nak tahu serba ringkas "apa sebenarnya yang berlaku di Mesir" sekarang ni, jcb rasa penulisan Angel Pakai Gucci ni compact. InsyaAllah dapat menyuluh kekaburan dan meningkatkan semangat perjuangan kenapa mesti kita bela dan sokong Egyptian neh. Bukan buat-buat buta macam takde apa yang berlaku. At least, we do something. Berdoa pun, kita mesti tahu kenapa kita berdoa untuk mereka, dan apa sebenarnya yang kita doakan ~

Klik sini untuk baca artikel APG tentang konflik di Mesir.

Doakan mereka. Mesir, Gaza, Syria, All Muslim. Kami bersama kalian.

''Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
 
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.


Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.


Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.''

P/s : Do we (Malaysian) really 'aman' ? @_@


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Cuba teka gambar siapa ? :D

Assalamualaikum warahamatullah. 

Rindu blogwalking ! Haihhh. Rasa lemau lama tak teruja dalam ber-blogging. Hehe. Apo nak dikato. Too much thing to write, tapii @_@ 

Abaikan permasalahan kendiri itu. Jom main teka teki teka tekuk nak ? :D Siapa dapat jawab bleh wat Amin adik angkat or abang angkat. Sebab sian Amin no sibling. Pasni leh meriahkan keluarga Amin. *Merepeks. He mari membantu menyelesaikan teka teki ini ! Yeahh XD


JCB :
"Doa seorang muslim untuk kawannya yang tidak hadir dikabulkan Allah."
(HR. Ahmad)

#PrayForMesirGazaSyriaAndAllMuslims :')
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Berlumbalah Wahai Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :')

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin muslimat, khususnya kepada sahabat blogger yang dirindui, kaumkuage, sedaremare, kengkawan serta semua yang mengenali diri ini. Jutaan kemaafan dipohonkan andai sepanjang perkenalan pernah menggores rasa di hati kalian. Diri ini hanya insan biasa yang tak lepas dari kesalahan. Mohon maaf zahir dan batin yee zerozero taw^^

Alhamdulillah, aidulfitri. Kembali kepada fitrah. Alhamdulillah Ya Allah. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah. Subhanallah, pejam celik hari ni dah 8 Syawal kan. Huu rasa masih rindu dengan Ramadhan ngan pagi 1 Syawal ! ;)

Dalam kegembiraan dan keterujaan kita menghayati Ramadhan dan menyambut Syawal, ternyata amat berbeza sekali dengan apa yang saudara kita di Mesir, Palestin, Syria lalui. Mereka SENGSARA. Kita SELESA T_T



Astaghfirullah T_T Hati ni bagai dirobek sama. Luluh. Sampai macam tu sekali zalim sisi tu layan umat Islam. Wahai penzalim, Jangan ingat kami pejam mata. Kat akhirat sok, kami tuntut setiap titis darah yang ditumpahkan !!! 

Huhu pagi raya kita berkumpul adikberadik merayakan Aidilfitri tanda kemenangan. Sedang mereka, kehilangan kaumkeluarga, kehilangan ayahibu, kehilangan anak demi sebuah kemenangan. Kemenangan untuk memenangkan agama Allah. Menyokong kebenaran. Kekejaman ! Kejamm ! Menyokong yang haq, akan ditembak ! Allah Allah... tak terjangkau bagaimana jika kita diuji begini. Moga Allah tetapkan hati kita dalam Islam T_T

Saat ini, usah bicara hal-hal remeh tentang hidup kita lagi. Perbaikilah diri. Sekarang saat dunia dah semakin tenat. Muslimin di luar sana diancam nyawa demi sebuah aqidah yang mahal. Moga ancaman kenikmatan, keamanan dan keselesaan kita di sini hari ini tidak menjadi asbab kita menjadi golongan yang tercicir untuk termasuk dalam kalangan mereka yang syahid, bertaqwa, atau dalam kalangan mereka yang Allah beri nikmat !!

Berlumbalah wahai diri. Berlumbalah dalam hal kebaikan. Sudah banyak Allah tekankan dalam Al-Quran bahawa hidup ini hanyalah permainan dan senda gurau. Kita akan diuji dengan kelaparan, kesusahan musibah dan sebagainya. Kita juga akan diuji dengan kekenyangan, kesenangan, nikmat yang banyak. Segalanya semata-mata untuk menguji siapa di kalangan manusia, yang paling baik amalannya ! 

Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Manusia itu sendiri yang menzalimi diri sendiri dengan memilih jalan hitam. Ayuh kita kembali. Kembali kepada Tuhan yang menciptakan kita. Berhenti mementingkan material dunia semata. Pandanglah dengan hati yang merindui akhirat. Yang merindukan pertemuan dengan Tuhan. Apa kita bersedia bertemu Allah dalam keadaan sekarang ? Sementara Allah bagi kesempatan. Mari kita cuba sedaya upaya. Moga-moga Allah pandang usaha kita yang sekecil ini :')


Jika saudara kita di Mesir, Syria, Palestin perjuangan mereka berkisarkan titisan darah, airmata dan kehilangan mereka yang tersayang. Kita juga berjuang untuk memerdekakan diri dari cintakan dunia. Perjuangan kita adalah menuntut ilmu demi membebaskan diri dari kejahilan. Perjuangan kita menghapuskan sifat mazmumah dalam diri, seterusnya menyuburkan sifat mahmudah yang Rasulullah teladankan pada kita. Di samping berjuang untuk sama-sama saling memperingati saudara saudara seagama kita di Malaysia. Merawat penyakit-penyakit sosial dalam kalangan remaja kita. Merawat penyakit-penyakit derhaka dalam kalangan anak-anak, suami dan isteri. Allah...'amar makruf nahi munkar' - satu perjuangan :/

Moga perjuangan kita ada progressing sehingga ending dijemput Ilahi. Tidak hanya starting tapi pause di pertengahan tewas dengan kelemahan iman. Kita saling memerlukan. Bantulah sesama kita untuk berlumba. Mereka di Syria, Mesir, Palestin berjuang. Kita mampu hulurkan sumbangan dan doa. Doa lah dengan sepenuh keyakinan. Janji Allah pasti berlaku. Islam agama tertinggi. Allah pasti memenangkan Islam. Sabarlah wahai saudaraku juga diriku. Kita juga sedang berjuang melawan hawa nafsu. Moga tetaplah hati kita mencintai, menyukai dan suka mengerjakan kebaikan atau kebajikan.

Bantulah sesama kita yang berada di sini untuk sama-sama berlumba membuat kebaikan. Jalan kebaikan itu sangat banyak. Terrrlalu banyak cara untuk kita berbuat baik. Bersungguh-sungguh lah. InsyaAllah, kita usaha Allah yang tentukan. Kita berlumba berbuat kebaikan, agar kita sama-sama dapat berkumpul di Syurga. Allahu Robbi :') 
Cemburu mereka di sana mati syahid ? :') Ayuh kita berlari mengejar mereka. Nak sama-sama dengan mereka. Nak rebut cinta Allah juga. Allah Maha Pemurah. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Kaya. Kita di sini berbakti pada diri sendiri, dalam rumah, persekitaran, negara. Di sini tanggungjawab kita. Hal di sini akan dipersoalkan ke atas kita kelak. Tanpa melupakan doa buat mereka. Moga Allah menguatkan hati-hati kita, hati-hati saudara kita di sana. Kita sama. Kita menyembah Allah yang satu. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah !! Allah tujuan hidup kita. 

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Nota Pagi Jumaat

Alhamdulillah, bertemu Jumaat lagi. Alhamdulillah masih in Ramadhan zone lagi. Tapi sedihnya, harini adalah Jumaat terakhir dalam Ramadhan. Huhu sekejapnya masa berlaluu.

Assalamualaikum sahabat blogger yang dikasihi, juga readers yang saya sayangi. Em jarang dah menulis sekarang ni, macam bizi sangat je hehe. Saja kumpul azimat banyak2 bulan pose ni, beruzlah kononnye. Puii :P

Tengok tajuk kemain bernota bagai kan haha. Sebenarnya saja test menaip guna tab ni sesambil tunggu nak bersahur jap lagi. Mak aii lenguh jari mencabar sungguh. Hihi selalu kai laptop. Apa barang menaip kat skrin kat keyboard baru cool :P alahai apala yang aku merepek ni haha maaf ye siapa yang membaca.

Hajat hati nak tulis muhasabah tapi ni dah kelaut dah tulisannya. Astaghfirullah. Jom kita banyak2 doa hari ni. Kita ni banyak dosa, suatu hari kita akan balik jumpa Tuhan kita. Dan kehidupan slepas tu la yang kekal abadi. Kita mohon agar Allah ampunkan dosa2 kita yang telah lalu, sekarang dan akan dtang. Nobodys perfect, everyone make mistake. Tapi yang Allah paling sayang dan suka mereka yang bertaubat.

Jom jadi golongan taaibuun. Guna mata, telinga, akal untuk memerhatikan dan memikirkan kebesaran2 Allah. Jom cakna dengan perintah dan larangan Allah kalau kita nak Allah cakna dengan kita di akhirat nanti.

Salam sayang dari JCB ~ keep praying for lailatul qadr, moga kita terpilih untuk menjadi orang2 yang beruntung~

#dun forget to read alkahfi guys ^_~ xoxo
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE