Kisah Kaunter

Bismillahi Walhamdulillah ~

Assalamualaikum korangz. Hehe biase jumpe dok spesis kakak @ makcik yang kerja jaga kaunter tapi muka ketat, kerek, bajet, semua dia laaa.. Haha mulut den, coii ~

Hehe saya mintak maaf pada semua, bukan niat nak mengata atau mengutuk. Saya tau tak semua macam tu, masih ramai yang berdedikasi, bermanis muka, bersantun dalam berkata-kata dan bertabah melayan 1001 kerenah pelanggan. Alhamdulillah, memang tabiks la, hanya Allah yang layak memberi pahala di atas kesabaran kalian.

Tapii tapii tu lah, majoriti yang saya jumpa, mak aiii kerek siot. Haa kan dah kua siot. Haha. Takdela kadang-kadang mende tu small matter je kot, tak perlu tinggi-tinggi suara sampai satu ofis dengar kan ? I is tak pekak lagi okeyy ~  Apa salahnya, cakap molek-molek, dengan senyuman. Sejuk sikit mata menengoknya.

muke ketat adek ni xpe la comeiii :D

Ni bukan sesi nak luah perasaan ke apa, tapi lebih pada pleasee la buat anjakan, ke transformasi ke, lagi-lagi yang duk kat muke pertama a.k.a kaunter-kaunter, termasuk la kaunter pertanyaan, kaunter pendaftaran atau segala jenis kaunter yang melibatkan pelanggan. Korang ni muka pertama @ wajah syarikat, atau wajah sesuatu organisasi. If korang wat spoil, satu bangunan tu dapat nama tau.

Yeahh maybe she is penat kan. Tapi apa kejadahnya kalo pepagi dah badmood. Kuikuikui. Aa tak pun spesis yang bajet hot tutup kaunter awal-awal. Haihh kalau nak cite pasal wajah kaunter ni, macam-macam pengalaman dah, baik dari sektor kerajaan, swasta, mall, bank semuaa hade feel memasing. Sian bigbos dapat pekerja camtu. kahkah. 

Or maybe, dia memang selalu kena marah dengan bigboh, pastu dia bantai marah kita yang naif ni. Sobsob.. Sedih mak ~

Eh, tapi moment paling best, bila dia tengah emo tu kan pastu kita wat muka slumber dan cakap, rilek la kak, takyah memarah, saya tanya je. Takyah cakap kuat-kuat, saya dengar. Then, masa tu dan-dan dia senyum nampok gigi sutir due. Hek ele pandaiii senyuumm rupenye, ingat memang semulajadi ketat. Hahah.


Okey dats all. Hehe last but not least, a big thankful to all kakak @ abang @ pakcik @ makcik yang kerja kat bahagia perkhidmatan pelanggan, kerana tanpa korang siapalah kami rakyat jelata. Pasti kucar kacir urusan tanpa kalian. Kesabaran kalian, we salute. Bekerjalah seikhlasnya, insyaAllah Allah balas setiap kesabaran dan senyuman kalian dengan SyurgaNya ^_~

 
JCB :

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE