kanToi Puasa ke-4!!

Ekk?
sape kantoi?
Ish3 astaghfirullahal Azim!!
Pasai pa tak posa nak oiii..
Posa kan WAJIB!

Allah dah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 :
"Wahai orang2 yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa 
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat2 yang sebelum kamu,
mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Err.. Err..
Dengar dulu.. saya bukan taknak puasa begini kisahnya :
Pagi tu lepas je solat dhuha, lebih kurang kul 10 lebih..
tetiba 'ana' terpandang air yang sangat jernih di dalam sebuah botol.
Lalu terdetik di hati 'ana'.. "Jernih sungguh air ni, maklum la air penawar yang dibaca dengan 30juzuk alQuran, hadis2 dan selawat Nabi. mestilah airnya jernih"

Lalu, dengan konfidennya, 'ana' pun duduk dan baca bismillah serta selawat 3x.
"Guk..guk..guk....Alhamdulillah, sedap sungguh air ni"


Tiba-tiba lepas je simpan semula air yang berbaki,
terasa ada sesuatu yang tak kena.
Eh!
Eh!
Eh!
Eh!
Eh!
Kan bulan pose neh!!
Yang aku pi minum air siang2 hari ni pasai paaaaa!
Adoyaiiiii~
Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Acaner laaaa boley boley lak telupe!
Dah pose ke-4 tu yang tak tahannya, bukan 1st day..

Oh, baiklah itu sahaja. 'Ana' dalam kisah benar ini terpaksa dirahsiakan. Sekian.

JCB : Hati-hati bukan di jalanraya je! Di mana2 sahaja ye ^_^

Sekiranya makan minum secara tidak sengaja tidak membatalkan puasa 
berdasarkan kepada hadis nabi SAW : 

‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ‏ : عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 ‏ ‏قَالَ ‏ ‏إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Dari Abi Hurairah R.A, Sabda Rasulullah S.A.W : 
" Siapa yang lupa bahwa ia berpuasa, lalu ia makan atau minum(kemudian dia ingat),
 maka hendaklah dia sempurnakan puasanya,
 maka sesungguhnya Allah telah memberi makan dan minum kepadanya.

(Hadits riwayat Muslim)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

JoM JoiN iNi ! :D


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ehem2 helo helo.. buat pertama kali nya saya men'join' kan diri dalam segmen sebegini ya..
Haha maQa nyaa persyilakan untuk joinn jugakk yaa :)
Ayuhhh~

Ahaa! segmen ni anjurkan oleh : en Caer Sasuke :)
Beliau dgn rajinnya menganjurkan segmen ini 
untuk membantu rakan2 blogger meningkatkan trafik blog sesama komuniti blogger.
Terima kasih en Caer ^^

Maklumat lanjut boleh lah terjah beliau yer!

Saya mahu tag ini dua budak cumel : Pandan dan Jumud

Oke sekian sahaja!

JCB : Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian.... sila sambung senirik! :P

~ SALAM RAMADHAN ~
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Pertama Ramadhan bersama Anak-Anak Chowkit :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
(^_^)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Dah masuk 2 Ramadhan 1433 H pun hari ni.
Sementara tunggu azan Asar berkumandang, apa kata hapdate cite skett! ^^
Alhamdulillah semalam first day Ramadhan, kitorang sempat meluangkan masa bersama-sama anak-anak terbiar kat Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chowkit.

Majlis berbuka puasa tu di sponsor oleh somebody, tapi tak tahu lah siapa gerangannya.
Kitorang datang pun dijemput oleh seorang ibu kepada anak autisme di Fakih Intelek.
Time berbuke puasa tu ramai la anak-anak.
Kecik-kecik lagi semua... comel comel :)
Pas berbuka diorang balik rumah memasing.

Kami difahamkan, mereka hanya datang berbuka 
dan hanya sebilangan je yang memang tidur dan menetap kat situ.
Pengalaman yang menarik, sebab dapat merasai ketandusan kasih sayang diorang.
Walaupun kehadiran kami, tak lebih 3 jam pun tapi terasa kemesraan yang ada.

Sempat menunaikan solat Maghrib & Isyak berjemaah sekali ngan teraweh!
Alhamdulillah mereka semua seronok nak solat teraweh.

Next time kalau ada masa, boleh la kita sama2 berbuka dengan golongan macam ni kan.
At least dapat didik hati untuk sentiasa berSYUKUR dengan apa yang kita miliki.
dan Alhamdulillah bulan puasa ni memang orang berlumba2 nak sedekah dan bagi bantuan pada mereka kan kan ^_^

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah :)

kami berenam, dari kiri : Nad, K.Syida, Amy, Lin, Zu & Mar.
Adek kecik depan : Solehah & Aida :)
shamsuddin yang suke minum air & aida yg rajen solat ^^

ceria ekkk..

lintang pukang bergambar.. kat belakang tu tempat diorang tidur :)
Oh baiklah sekian sahaja!

JCB : Jom tingkatkan ibadah! Rajin tilawah & tadabbur- solat sunat plusplus^^
 banyakkan sedekah! kurangkan pelahap tawtaw :-)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Mencintai Allah & Ibubapa Saya Satu KEWAJIPAN... ♥

Lelaki : Awak Cintakan Saya Lebih Dari Keluarga Awak

Perempuan : Tak...

Lelaki : Kenapa? Sampai Hati Awak Buat saya Camni

Perempuan : Saya Ada ALASAN Tersendiri....

Lelaki : Baiklah Saya Nak Dengar Dari Hati awak Sendiri..

Perempuan : Bila Saya Mula Melihat Alam Dunia, Bukan Awak Yang Tolong Azankan Saya Tapi Abah Saya. Bila Saya Menangis Di Tengah-Tengah Malam Bukan Awak Yang Tolong Tenangkan Saya Tetapi Emak Saya Tolong Dodoikan Semula, Jadi Tanpa Kesabaran & Kesungguhan Mak Bapak Saya. Siapalah Saya ?? Sebab Tu Saya Lebih Sayangkan Keluarga Saya Daripada Awak. Macam Saya Cakap Sebelum Ni, Menyayangi Mu Satu KEHARUSAN Akan Tetapi Mencintai Allah & Ibubapa Saya Satu KEWAJIPAN... ♥


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

seLaMat uLangtahun SayaMmm :)

Alf Syukr Ya Allah!!


بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم إنك تراها 
 فإن رأيت أمي مذنبه فاغفر لها 
 وان رأيتها حزينه أسعد قلبها 
 وان رأيتها فرحه فاتمم عليها فرحها 
 وان كانة مريضه، فيا رب اشفها 
 وان كانة مهمومه، فيا رب ابعد همها
 وان كانة مرهقه، فبشرها بالأجر العظيم

Ya Allah, 
Engkaulah yang melihatnya (ibuku)
Jika Kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa, 
maka ampunilah dosanya
Jika kau melihat ibuku dalam keadaan sedih, 
maka gembirakanlah hatinya
Jika kau melihatnya dalam keadaan gembira,
 maka sempurnakanlah kegembiraannya
Jika dia sakit, 
maka sembuhkanlah sakitnya
Jika dia gelisah bimbang, 
maka jauhkanlah kegelisahan & kebimbangannya
Jika dia letih, 
maka sampaikan berita gembira padanya tentang ganjaran yang sangat besar
Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

selamat ulangtahun yang ke-57 tahun.
-19 Julai 2012-
Mak.. izinkan anakmu ini menjadi anak yang solehah
anak yang mampu membawamu ke syurga.
Jika itu tidakku mampu,
jangan sampai aku jadi anak yang derhaka
hingga terpaksa mengheretmu ke Neraka.
Nauzubillah! Nauzubillah!

Terima kasih atas segalanya mak!
Doa anak ini tidak pernah berhenti.
Semoga mak sihat2 selalu & di panjangkan umur~
Kasih Sayangmu nyata tiada tandingan!
Alf Syukr Ya Allah!
Alhamdulillah Alhamdulillah kerana mengurniakan aku seorang ibu :)
Saya Sayang Mak Saya ^_^

puan Aliah yang comel!! peaceee yooo :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Manusia Dengan Kebijaksanaan Berbeza


Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yg luas dgn sebuah sampan yg didayung oleh seorang pakcik pendayung. 

Di tengah perjalanan, profesor bertanya "Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak, tuan. Saya buta huruf," jawab pendayung sampan.

"Oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yg tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan terus bergerak meredah sungai yg luas itu. Sejurus kemudian, profesor bertanya lagi. "kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan?"

"Tiada tuan. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan," jawab pendayung sampan lagi. "Kalau begitu kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan.

Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam!

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya kepada profesor, "Tuan! Tuan pandai berenang?"

"Er, er, saya tidak tahu berenang!" jawab profesor panik.

Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"


Pengajaran: Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai "kepandaian" yang berlainan. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tidak ada mnusia bodoh, yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza.
JCB : kita BERBEZA kerana kita saling menyempurnakan :))
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE