Showing posts with label doA. Show all posts
Showing posts with label doA. Show all posts

Doa Untuk Mendapat Zuriat


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allahummaftah 'alaina hikmataka wansyur 'alaina min khazaa-ini rohmatika Ya Arhamarrohimin :)

Harini nak kongsi sebuah doa, yang boleh kita amalkan, khusus untuk pasangan-pasangan yang sudah berkahwin, dan berhasrat untuk mendapatkan zuriat. Haa untuk yang belum berkahwin jangan sukesuki lak, hehe nak doa boleh, takde masalah, yang penting zuriatnya hadir selepas kahwin ye :) *Heee gurau je^^

InsyaAllah doa ni perkongsian dari page Oh My Islam, like ye, banyak ilmu kat sana :)


Selamat Beramal. Kita ikhtiar, kita doa, kita tawakkal. Selebihnya kita serah pada Allah. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang :)

JCB :
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah,
tidak membantah malah mentaatinya,
halus peribadinya mencontohi Rasulullah,
tingkah lakunya dijaga hanya kerana Yang Esa :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa Apabila Ditimpa Sakit



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Jumaat Hari Barakah, semoga semua sihat-sihat hendaknya. Selamat meneruskan kehidupan, dan jangan lupa menyandarkan segala aktiviti hanya kerana Allah :)

Actully hari ni nak post pasal lain tapi tak menyempat la pulakss. Hehe, so kita kongsi doa apabila ditimpa sakit. Haa khas buat siapa-siapa yang ditimpa sakit, tak kisah la sakit apa. Ingat, sakit jugak satu rahmat. No worries. InsyaAllah ada hikmahnya kalau kita sabar :)

Ni mar kongsi daripada fb page Fattabiouni ^^

Apabila kita sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. 
Harus diingat doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah. Maka perbanyakkanlah doa untuk diberikan perlindungan daripada penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. 
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya“
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Bacalah doa ini jika anda berasa sakit...


Jaga kesihatan diri ye semuaaa.. Jangan lupa jaga kesihatan rohani jugak! Hati & Iman :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa Menangani Anak-Anak Nakal


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
Haiyya Sollu 'Ala Nabiyyuna Muhammad fi Hazihil Yaumul Mubarakah!

Siapa dah ada anak angkat tangan ~ anak-anak korang ada yang nakal tak ? anak-anak nakal tu normal la kan, nama pun budak-budak. Tapi ada sesetengah tu yang nakal nye opsss terlebih sudah ~ haa so kat sini, anak-anak tak boleh dipersalahkan, sebab ibubapa yang mendidik dan mencorakkan mereka. Mereka kan ibarat kain putih :) 

Bagaimana mahu menangani ? *Psstt saya belum berpengalaman, sekadar berkongsi untuk panduan ibubapa di luar sana. Mudah-mudahan anak-anak kita mudah dibentuk akhlak nya, menjadi penyejuk di mata, dan pembekal pahala bila kita dah tiada nanti. Aamiin :)


DOA MENANGANI ANAK-ANAK NAKAL

1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7x dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

comelllllllllnyeeee ~~~~~

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.


4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali.
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu.


Doa Nabi Daud : "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi"

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir "Ya Latif" sebanyak 129 kali diikuti  surah As-Syura ayat 19 :

"Allah Maha Lembut pada hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar.


8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 :

" Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.


10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 :


" Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan Surah Ibrahim ayat 40 :



 "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang mendirikan sembahyang, wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

comel x pose saya ?? siapa sudi didik saya ? :P
Okeh, itu sahaja. Hafal je semua doa-doa tu dan amalkan setiap kali lepas solat 5 waktu, insyaAllah mudah-mudahan anak-anak kita lembut hati. Kita minta pada yang pegang hati-hati kita, Allah :)

JCB :
Pagi jumaat beli ikan,
beli ikan dengan Pak Sakan,
sayang isteri tinggal-tinggalkan,
sayang anak tangan-tangankan :D

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa agar keadaan kehidupan sentiasa baik :)

google :)

Assalamualaikum warahmatullah ^^

Selamat malam kalian yang saya kasihi kerana Allah . .

Alhamdulillah, insyaAllah dalam kondisi yang ringkas
saya nak kongsikan satu doa.

Doa agar keadaan kehidupan sentiasa baik :) 

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِينَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَة أَمْرِنَا،
 وأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتي فِيهَا مَعَاشُنَا،
 وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنا الّتِي إِلَيْهَا مَعَادُنَا،
 وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِي كلِّ خَيْرٍ،
 وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

Ya Allah, perbaikilah agama kami yang merupakan penjaga urusan kami
Perbaiki dunia kami yang merupakan tempat hidup kami
Perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami
Dan jadikan hidup ini tambahan bagi kami dalam setiap kebaikan kami
serta jadikan kematian sebagai istirahat bagi kami dari setiap kejahatan. 
H.R. Muslim

Jom sama-sama kita amalkan :D
Jadikan doa kekuatan kita 
Jadikan doa pengikat kita dengan cinta hati kita, 
(◕‿◕)  ALLAH   

JCB :
Daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Doa itu bermanfaat bagi perkara yang turun dan yang belum turun. 
Oleh itu, kamu perlu berdoa, wahai hamba ALLAH"
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

DOA KETIKA BARANG HILANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian kalian yang saya rindui.

Apa khabar kalian, moga sentiasa dalam rahmat Ilahi,
moga setiap yang kalian lakukan sentiasa mendapat pandangan Rabbul Izzati :)

Allahumma, pilihlah kami untuk bersama-sama
menjadi jiran Nabi & para sahabat baginda di syurga.
Aamin.

Sebelum meneruskan perkongsian doa kita hari ini ,
renungi kata-kata hikmah ini :

"Teman sebenarnya adalah 
mereka menganggap bahawa diri kita adalah dirinya yang kedua"

Oke, so hari ni saya nak kongsi DOA KETIKA BARANG HILANG.
Pernah hilang barang x?
Mar ? selalu kooootttt.

Hilang bukan sebab ape.
Neh, CUAI nehh.
plus PELUPA !
Astaghfirullah taktau la byk mkn semut ke byk ketawa :/

Sebelum tu nak sharing sket,
doa-doa jugak, yang penting YAKIN !
YAKIN dengan KUASA ALLAH :)

Doa sebagai wasilah je ^^
Mar pernah hilang pendrive, pendrive tuuu dh la halus kot.
kecik cenonet je. kalo hilang memang nak jumpa, hemmm :|
Masa tu memang nak sangat gune,
sebab dalam tu ada maklumat penting untuk register, memang down la masa tu !

pastu baca doa ni banyak kali,
taktau la bape kali, 10x yg pertama 
cam tak yakin sebenarnya akan jumpa balik.
So, memang tak jumpa la !

pastu baca lagi, lebih 10x sungguh2 ni...
masih belum ade rezeki, wat keje lain dulu malas pikir.
Malam tu, pas solat maghrib, baca lagi banyak kali. huhu
finally alhamdulillah !
Allah bagi ilham nak tanya dengan anak buah,
tah tiba2 teringat yang macam pernah tertinggal kat rumah die.
Padahal sebelum tu KONPIDEN je ade lam beg !
So, alhamdulillah memang pendrive tu ade kat sana.
Hihi, alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah selalu tolong saya, tapi saya ? :(

meleret pulak, ok lah ni doanya :)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Wahai Allah Yang Mengumpulkan Manusia
pada hari yang tidak ada keraguan padanya
.kumpulkanlah apa-apa yang hilang kepadaku semula


Ingat, beramal dengan sepenuh keyakinan !!

Ada tambahan info, 
mar terjumpa kat sini
kalau kehilangan tu BESAR, maka BESARkan lah usaha kita.

(ˆˆ)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

nak wajah suci berseri ..?

Bismillahirrahmanirrahim
:: Bismillahi Kaafi, Bismillahi Syaafi, Bismillahi Waafi ::

Assalamualaikum to all readers! 
V(^_^)V
peaceeeee~
cool tak tajuk entry saye hari ni??

Anda inginkan wajah yang suci?
Wajah berseri?

Kehkeh dapatkan pencoci berikut :

.
.
.
.
.

Ekkkk..
Soriii bile mase lak saye ade pencoci utk dijual.
Takdo2!
Hehe just nak share doa!

Yupp DOA PENYERI WAJAH :)
Baca la time tengok cermin, mase pakai mosturizer ke bedak ke..
Aaa insyaAllah yang memandang pasti 'sejuk mata memandang'
tenang gitu..Auuuwww :P

Apa pun niat mesti betul, semuanya biiznillah :)

Baca 2 DOA ni oke! 

1.

- Surah Yusuf Ayat 4 -





2.

- Surah Ali-Imran ayat 31 -




P/S : Segala Yang Indah Milik Allah, Yang Maha Indah adalah Allah,
Yang Maha Menghendaki hanyalah Allah, Segala Puji bagi Allah!

~ Ikhlaskan niat, tak perlu dizahirkan niat itu, cukuplah Allah Maha Mengetahui ~

 JCB : Didiklah wanita dengan keimanan..
Bukannya harta ataupun pujian,
kelak tidak derita mengharap..
pada yang binasa! 
:: Hasbunallaha Wa Ni'ma Wakil ::

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

seLaMat uLangtahun SayaMmm :)

Alf Syukr Ya Allah!!


بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم إنك تراها 
 فإن رأيت أمي مذنبه فاغفر لها 
 وان رأيتها حزينه أسعد قلبها 
 وان رأيتها فرحه فاتمم عليها فرحها 
 وان كانة مريضه، فيا رب اشفها 
 وان كانة مهمومه، فيا رب ابعد همها
 وان كانة مرهقه، فبشرها بالأجر العظيم

Ya Allah, 
Engkaulah yang melihatnya (ibuku)
Jika Kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa, 
maka ampunilah dosanya
Jika kau melihat ibuku dalam keadaan sedih, 
maka gembirakanlah hatinya
Jika kau melihatnya dalam keadaan gembira,
 maka sempurnakanlah kegembiraannya
Jika dia sakit, 
maka sembuhkanlah sakitnya
Jika dia gelisah bimbang, 
maka jauhkanlah kegelisahan & kebimbangannya
Jika dia letih, 
maka sampaikan berita gembira padanya tentang ganjaran yang sangat besar
Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

selamat ulangtahun yang ke-57 tahun.
-19 Julai 2012-
Mak.. izinkan anakmu ini menjadi anak yang solehah
anak yang mampu membawamu ke syurga.
Jika itu tidakku mampu,
jangan sampai aku jadi anak yang derhaka
hingga terpaksa mengheretmu ke Neraka.
Nauzubillah! Nauzubillah!

Terima kasih atas segalanya mak!
Doa anak ini tidak pernah berhenti.
Semoga mak sihat2 selalu & di panjangkan umur~
Kasih Sayangmu nyata tiada tandingan!
Alf Syukr Ya Allah!
Alhamdulillah Alhamdulillah kerana mengurniakan aku seorang ibu :)
Saya Sayang Mak Saya ^_^

puan Aliah yang comel!! peaceee yooo :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

doa CINTA :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Suka di sini cikmatahari nak kongsi doa CINTA :)
Cinta Allah Cinta hakiki. Remember ini!

Jom mohon bantuan Allah untuk beribadah kepada-Nya. 

Amalkan DOA yang diberikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Sayyiduna Muaz bin Jabal. 

Doa CINTA;

اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

~ Allahumma a'inni a'la zikrika wasyukrika wahusni i'badatika

* Ya Allah ya Tuhanku, bantulah aku mengingati-Mu, bersyukur di atas ni'mat anugerah-Mu kepadaku & bantulah aku memperelokkan ibadahku kepada-Mu.


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE