DOA KETIKA BARANG HILANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum kalian kalian yang saya rindui.

Apa khabar kalian, moga sentiasa dalam rahmat Ilahi,
moga setiap yang kalian lakukan sentiasa mendapat pandangan Rabbul Izzati :)

Allahumma, pilihlah kami untuk bersama-sama
menjadi jiran Nabi & para sahabat baginda di syurga.
Aamin.

Sebelum meneruskan perkongsian doa kita hari ini ,
renungi kata-kata hikmah ini :

"Teman sebenarnya adalah 
mereka menganggap bahawa diri kita adalah dirinya yang kedua"

Oke, so hari ni saya nak kongsi DOA KETIKA BARANG HILANG.
Pernah hilang barang x?
Mar ? selalu kooootttt.

Hilang bukan sebab ape.
Neh, CUAI nehh.
plus PELUPA !
Astaghfirullah taktau la byk mkn semut ke byk ketawa :/

Sebelum tu nak sharing sket,
doa-doa jugak, yang penting YAKIN !
YAKIN dengan KUASA ALLAH :)

Doa sebagai wasilah je ^^
Mar pernah hilang pendrive, pendrive tuuu dh la halus kot.
kecik cenonet je. kalo hilang memang nak jumpa, hemmm :|
Masa tu memang nak sangat gune,
sebab dalam tu ada maklumat penting untuk register, memang down la masa tu !

pastu baca doa ni banyak kali,
taktau la bape kali, 10x yg pertama 
cam tak yakin sebenarnya akan jumpa balik.
So, memang tak jumpa la !

pastu baca lagi, lebih 10x sungguh2 ni...
masih belum ade rezeki, wat keje lain dulu malas pikir.
Malam tu, pas solat maghrib, baca lagi banyak kali. huhu
finally alhamdulillah !
Allah bagi ilham nak tanya dengan anak buah,
tah tiba2 teringat yang macam pernah tertinggal kat rumah die.
Padahal sebelum tu KONPIDEN je ade lam beg !
So, alhamdulillah memang pendrive tu ade kat sana.
Hihi, alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah selalu tolong saya, tapi saya ? :(

meleret pulak, ok lah ni doanya :)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Wahai Allah Yang Mengumpulkan Manusia
pada hari yang tidak ada keraguan padanya
.kumpulkanlah apa-apa yang hilang kepadaku semula


Ingat, beramal dengan sepenuh keyakinan !!

Ada tambahan info, 
mar terjumpa kat sini
kalau kehilangan tu BESAR, maka BESARkan lah usaha kita.

(ˆˆ)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE