Masalah ibarat Kopi yang Pahit

Awal kalam, Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Hadirin yang saya kasihi lagi dihormati,

Berdirinya saya di pentas 'tulisan' petah berbicara ini, 
ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk ..... 
"MASALAH ibarat KOPI yang pahit".

Pagi hari pergi ke pekan,
Pergi ke pekan bersama Che' Lah,
Hari-hari hidup tertekan,
Hidup tertekan kerana masalah.

Tuan-puan yang saya muliakan,
Masalah itu pasti akan datang dalam hidup kita, 
kerana hidup kita sememangnya adalah untuk diuji. 
Sebagaimana Allah telah berfirman dalam mu'jizat teragung, 
mafhumnya :
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan;  
dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Jadi, apa kaitannya dengan KOPI?
 Analogi ini diceritakan oleh Ustaz Badlishah 
dalam rancangan Selami Jiwa, Dr Fadzilah Kamsah * my peberet*
Ustaz Badshah cakap, eh sebelum tu, perhatian ek 
cerita ini saya olah sebab ingat2 lupa, hehe mahap.. 

|| Pada zaman dahulu ada seorang lelaki ni pergi bertemu dengan seorang yang tua yang alim, lelaki ni merungut yang dia selalu ada masalah dan ingin meminta nasihat orang tua itu. Lalu, orang tua yang alim itu menyuruh lelaki tersebut pergi ke dapur dan ambil segenggam kopi. Lelaki itu yang dalam kehairanan tetap menurut arahan. Kemudian, orang tua itu menyuruhnya bubuh kopi tu dalam segelas air dan minum. Lelaki ni pun buatla jugak, pastu dia cakap laaaa PAHIT koott. huhu.

Selepas itu, orang tua itu menyuruh lelaki itu ke luar rumah pulak, bawak lagi segenggam kopi yang lain, dan bubuh lak kopi tu dalam telaga depan rumah, pastu minum. Lelaki ni buatla sekali lagi, pastu orang tua tu tanya rasa apa? Lelaki tu jawab TAK RASA APA-APA

Lalu, orang tua itu pun memberitahu, begitulah masalah yang hadir dalam hidup kita, masalah tetap masalah, sama dengan kopi tetap kopi, pahit tetap pahit. Lalu, apa yang membezakan ialah bekas air kopi itu, 'semakin besar bekas untuk mengisi kopi, semakin kurang kePahitan yang dirasa'. Dan bekas itu diumpamakan seperti JIWA kita. 
"semakin BESAR JIWA kita menghadapi sesuatu masalah ,
 semakin kurang kePeritan yang ditanggung"  ||

Begitulah kisah masalah ibarat kopi yang pahit. 
Saya berharap kisah ini dapat menjadi iktibar buat kita 
agar lebih memiliki jiwa yang besar & tabah. 

 Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

P/s : Ustaz Badshah pesan lagi, 
satu kesusahan Allah datangkan, 
dua kesenangan Dia akan bagi, 
so.. berlapang dada, milikilah jiwa yang besar sebesarnya,
supaya masalah yang datang 
menambah IMAN dan
mendekat padaNYA.

*Kisah ini tidak termasuk kopi yang dicampur gula oke. yang tu kompem manis & sodap*

google sponsor gambar :)

JCB :
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE