Perlu ke buat entry ?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Eh, selamat malam awak-awak yang pakai baju pink, baju hijau, seluar hitam, seluar coklat, tudung merah, tudung kuning, songkok biru dan songkok kelabu :D

Motif introduction cenggitu ? Tanda penghargaan ^^
Ecehh jap.. kalau kita nak buat penghargaan kan, perlu ke buat entry ?

Apa pendapat kalian ? :)

Ini pendapat saya la kan, perlu lah.. sebab kita kan ade blog, so, apa salahnya, sebagai tanda penghargaan, kita taip la karangan lebih kurang.. haaa pastu publish. Mesti kembang kuncup orang tersebut sebab nama beliau dipetik.. kekeke.

Bukan susah pun. Emm macam kehidupan seharian kita pun cenggitu jugak. Ucap je 'terima kasih' sebagai tanda penghargaan. Kalau kita nak lagi ummpphh balas budi, laagi cun. Orang tua-tua cakap apa, orang berbudi kita berjasa, barulah hidup aman sentosa. Ewaahh :)

Ok straight to the point, well actually entry ni di taip sebab nak ucap TERIMA KASIH kat blogger +Hatimi Tahirruddin, sebab hari tu susah-susah dia edit kod untuk accordian tab kat sidebar belog jcb tu. Kalo korang perasan la kan, sebelum ni dia statik je xleh tutup pun. Hehe. So, nampak serabut la. Beliau dengan baik hatinya memantau permasalahan itu *atas permintaan* Sooo baik hati. Terima Kasih ! :D

Ahaa selain itu, TERIMA KASIH kat +Dik bee, sebab buat tutorial pasal accordian tab tu.. hehe kite terpikat sebab blog beliau kemas je dengan adanya a-t tersebut. *aah aku da macam testimoni pakai produk jenama Z je*

Seterusnya, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada +miz ruha sebab dengan pantas dan lajunya sudi berkongsi kod yang diminta. Hihi, kod apa ? biorlaahh rahsiaa.. sebab tak jadi lagi, so tak boleh bagitau *bajet orang nak tau sangat*

Akhir kata, saya tersangat berTERIMA KASIH kepada semuaaaaaaaaaaaaaa yang membaca di sini. Ya membaca di sini ! Saya sangat menghargai kalian.. saya sedang belajar bagaimana mahu menghargai semuaa yang tak pernah jemu memberi sokongan dan masih setia bertandang ke sini, blog picisan menumpang kasih :)


Tanpa kalian siapalah saya -romantik tak ? :P

Ok lah selamat beradu awak semua yang selalu saya rindui dalam jaga mahupun lena, ahakk


JCB :
   Kamsahamnida
   Gratias
Xie xie
Terima Kasih :)




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE