Ada apa dengan BR1M 2.0


Assalamualaikum dan salam Selasa nan selesa ;)
Tuan-tuan, puan-puan, tahukah anda mengenai BR1M ? Ya, bijak. BR1M adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Ia amat sesuai untuk rakyat seperti saya. Adakah tuan-puan sudah memohon ? Dan adakah anda sudah memperolehnya ? Jika belum, silalah bermohon sembah, sembah berhajat, hajat berasal kayangan puri, hamba puteri imbas berempat. STOP. kak noraniza sesat ~ sila maafkan dia.

Baiklah, berbalik kepada tajuk utama kita. Ada apa dengan BR1M 2.0 ? Oh sukacita saya ingin maklumkan yang BR1M 2.0 kali ni, saya telah berjaya menebusnya menjadikan ia sebuah duit. Hoye Hoyee ~ *tepukan gemuruh berserta kilat sabung menyabung* 

Kronologi pengambilan baucar di mana sepatutnya, sesi penyampaian baucar itu bertarikh semalam iaitu 25 Februari 2013, namun disebabkan saya bijak bertempat, maka hari ini barulah saya menampilkan diri dengan hanya pergi ke Pejabat Daerah dan Tanah, yang mengambil masa tak sampai 10 minit untuk sesi itu. Sangat bahagia *senyuum sampai Kanada*

Eh, korang pun mohonlah ye, dapat jugak RM250, boleh buat beli beras. Haa musim janji ditepati. Katanyeee.. ehemm rezeki jangan ditolak hokey. Undi tetap undi hehek. Kbai. Tu je nak bagitau, BR1M 2.0 ada duitlah, takkan ada bunga rampai lak. Ek, bunga rampai ? ^_~

ni la encik surat yang bertanggungjawab

Alhamdulillah 'Ala tatimmussolihaat 
Alhamdulillah, Wa Hua 'Ala Kulli Syain Qodir 
Alhamdulillah 'Ala Kulli Halin 
Salamun 'Alaika Ya Rasulallah
Salamun 'Alaika Ya Habiballah 
Solawatu wa Salamu 'Alaika ^_^


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE