Kesinambungan kes cerai

Assalamualaikum sahabat blogger :)
Kes cerai ? Siapa yang bercerai ? Na'uzubillah, penulis kat sini mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan serta berkekalan hingga ke syurgaNya buat semuaa pasangan suami isteri.

Saja nak taip, kesinambungan tajuk semalam. Sebenarnya, saya bersetuju dengan beberapa komen blogger yang singgah bagi pendapat dekat post semalam. Antaranya bro +Hanif Idrus , +Raudzah Zahari dan ibu +Nor Salmi :) eh tapi ramai lagi komen semalam, terima kasih hehe.. nanti mar mention lain entry eh :D


Tu la nak katanya, betapa ilmu dan iman sangat penting dan perlu bergerak seiring. Orang lelaki, walaupun hak melafazkan cerai terletak di tangan awak, tapi tak lah sewenang-wenangnya lafaz tu boleh disebut. Sekarang ni banyak sangat dah kes cerai, terrrrlaluuu banyak ! Memang banyak faktor yang boleh disebutkan tapi percayalah, ini semua berpunca dari tiadanya agama dalam jiwa. Terpisahnya agama dari hati. Semua pincang !! sedangkan institusi kekeluargaan lah yang pertama-tama patut dibina, sebelum sebuah negara bertamadun dapat dibina. Allahu Robbi, semoga Allah pegang hati-hati kita, dan pilih hati-hati kita untuk tetap dalam imanNya.



Iman ni turun naik, kita bukan malaikat yang imannya tak turun dan tak naik. Sebab tu sangat perlu untuk kita perbaharui iman kita setiap hari. Huhu. Eh saya melalut ke ? Emm back to topic, baik suami baik isteri mesti berganding bahu, topup ilmu ! Ilmu je penyelamat kita.. dengan ilmu insyaAllah, suami mampu mendidik, dan isteri terdidik. Dan semoga anak-anak juga terhasil dengan didikan yang sempurna, insyaAllah. psst ilmu yang benar bukan menyesatkan oke ~

Kita dah ada role model, manusia agung, manusia hebat, guru terbaik, pemimpin yang sangat adil serta suami paliiiing penyayang. Itulah Baginda Sallahu 'Alaihi Wasallam. Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wasallim. Baca kisah Baginda sebagai suami di SINI.

Zaman sekarang jangan cakap takde masa, takde wang, takde macam-macam alasan lagi untuk dijadikan sandaran yang kita tak sempat nak topup ilmu ye. Tepuk dada tanya iman, jangan biarkan hati, emosi dan tindakan kita dipandu nafsu semata-mata. Pesanan ini saya highlight untuk diri sendiri, bukan senang nak jaga iman. Nak atau taknak, pilihan ada di tangan kita.

Hehe. Itu jelah, nanti sampai 7 m/s tak habis, hihi. Cukuplah Allah menjadi sebab segalanya. Moga Allah redha ~

Psst.. tapi jangan mudah judgemental pada yang bercerai, kita taktau apa yang mereka tanggung dan lalui, cukup bersangka baik dan saling mendoakan. Rezeki masing-masing :)

Ce dengar lagu ni, sweet ah, i loiikkee :D  

JCB :
Hanya pada Mu ~
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta Mu abadi
Hanya pada Mu ~
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

14 comments:

  1. itula..macam dah jadi trend pulak kes cerai berai ni..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pendapat mar, talak, cerai tak boleh main2 itu adalah kehidupan, sama2 pikul tanggungjawag, memahami, InsyaAllah...kebahagian sentiasa bersama kita..

    ReplyDelete
  3. Mesti tahu berkahwin untuk apa..kalo semata-mata untuk nafsu..mungkin tak akan berpanjangan sebab bila isteri@suami tidak mencapai kepuasan seks mesti akan ade masalah dan akhirnya bercerai berai..Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan..perlu ade rasa tanggungjawab, toleransi yang baik dan paling penting keimanan yang kuat..kalo anda impikan seorang muslim untuk membimbing anda, perlu jadi muslimah sebagai pelengkap,sekiranya mimpikan suami sebaik Nabi Sulaiman, perlu laa ada sifat Balqis dalam diri..:)

    ReplyDelete
  4. Betul kak..zaman sekarang nak cerai pun guna sms..alahai..makin maju teknologi, makin banyak perkara pelik di buat. Sedap lagu tu kak, nak downloadlah. Hijaz kan? Tajuk lagu dia apa kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..dah dapat kak..permaisuri hati kan..hehe.

      Delete
  5. nak kahwin pun bukannya mudah...dan nak cerai pun bukannya mudah... macam2 prosedur kena lalui... heran jugak kenapa orang2 kat luar sana yang bercerai berai x fikir dulu sebelum buat tindakan... memang x dinafikan ada sesetengah perkara memang dah apa pun x bley...cerai jalan akhir...ini yang masih boleh diselamatkan dan dibawa berbincang... hu hu hu...ntahlah kadang2 heran jugak dengan cara2 orang lain berfikir...

    ReplyDelete
  6. ilmu banyak tapi tak tau nak guna tak leh ppakai jugak, iman je mampu tolong saat diri berkobar2 nak marah kat isteri or suami.. na'uzubillah la kena kat kita,,huhu

    ReplyDelete
  7. ni yang jadi takut nak kawin...huhu

    ReplyDelete
  8. kes cerai makin meningkat...
    tak nak ulas banyak sebab sy tak kahwin lagi... setiap pasangan ada masalah masing-masing...
    sekian. ^^

    ReplyDelete
  9. betul. tambah2 cerai kan perkara halal yg paling dibenci Allah.

    hopefully, perkahwinan kite nanti dirahmati dan diberkati olehNya nanti. Aaminn.

    Kan cik mar! =)

    ReplyDelete
  10. ehmm kdg2 ada jugak org yg "berilmu" terlibat dgn kes cerai ni....mungkin ada masalah yg kita tak tau...

    ReplyDelete
  11. yg penting saling tolak ansur...memahami......terima kekurangan dengan seadanya......

    ReplyDelete
  12. Sesungguhnya, ilmu, iman dan amal tu kena selari..

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE