Speechless

Hasbunallah Hasbunallah Hasbunallah~
Hasbunallah wa ni'mal wakil. Allahu Akbar.

Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami.
Cukuplah Allah bagi kami dan Allah sebaik-baik perwakilan. Allah Maha Besar.

Allah.. phewww. Dah berbicara dengan Yang Maha Mengerti isihati, tarik nafas lega sikit :) Rentetan daripada kisah panjang yang dah saya kongsikan di sini, alhamdulillah persoalan dah terjawab, meski jawapan yang kami dapati agak mendukacitakan, namun apa yang mampu dilakukan sekarang ni hanyalah doa. Segala ikhtiar dah dilakukan selebihnya moga Allah lembutkan hati-hati mereka yang terlibat untuk tetap memasukkan nama kami dalam senarai. Mudah-mudahan :)

Kesimpulan dari perwakilan.
Alhamdulillah, kita telah merancang untuk berjumpa hari ini dan kami group 'Gerakan Ke Putrajaya' telah selesai berbincang dengan pihak KPM dan SPP termasuk di sebelah pagi berjumpa dengan Pejabat Fak. Sains dan API. Untuk pengetahuan semua, keadaan dan situasi graduan ISMP UM boleh dikatakan kritikal. Nama-nama graduan baru sahaja diterima oleh pihak KPM dan pihak SPP tidak bertanggungjawab dengan hal tersebut. 
Semoga doa kalian, amal soleh ulang alik ke masjid dan ke surau, zikir-zikir dan harapan kalian menjadi sebab kita termasuk dalam golongan yang layak di posting tahun ini juga. TERIMA KASIH SEMUA DENGAN KERJASAMA YANG KITA HARAP HARAPKAN INI.. 
Hikmah banyak amat. 
Sabar. Tenang. Senyum. Doa. Ukhuwwah. Kasih Sayang. Toleransi. Satu Hati. Syukur
ehh ce dengar lagu ni sedap gak, ngeeee :)


*Puas dapat nangis, bukan sebab posting sangat pun, tapi lebih kepada TERLALU RINDU dengan sahabat-sahabat se-SMPi, terlalu banyak kenangan dan dugaan yang dilalui bersama.
Terlalu berkali-kali kami dicampak ke sana sini. eh dicampak ke ? Hehe lebih kurang la..
Namun, masih banyak sebab untuk kami bersyukur :) Allahu Robbi, hebat ujian-Mu moga menambah keimanan kami, moga mengerat ukhuwwah yang sedia terbina ~

Salam Sayang untuk SMPI 08/09 ! Lebiuuuuuuuolsss ♥ ♥ 


Psstt.. takde niat nak aib kan sesiapa, kerana setiap pihak pastinya sudah melakukan yang terbaik. TERIMA KASIH UNIVERSITI MALAYA, tempat kami menadah ilmu. TERIMA KASIH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, menaja kami selama 6 semester, sangat membantu ! TERIMA KASIH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, kerana masih sudi bertoleransi dengan kami :) daann TERIMA KASIH kepada semua perwakilan yang dah turun padang :D
Moga2 Allah selesaikan masalah peribadi kalian :) *sungguh saya bersyukur*

Diriku cuma mohon doa pembaca agar dipermudahkan urusan kami. Segala ketentuan kami serah pada Ilahi, apa jua kesudahannya kami tetap redha. Andai itu takdirnya, tetap yang terbaik untuk kami. Kerana hidup bukan sekadar untuk memenuhi apa yang dihajati :) *Fokus setiap pekerjaan harian tetap sebagai suatu pengabdian pada yang Abadi^^ 

*Muahaha speechless pun berjela jugak :P
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE