Kenapa hak cerai bukan pada isteri ?

Assalamualaikum korangzz :D
Hari ni kat mayam sepanjang hari hujan daripada pagi. Tempat korang lak cane ?
Apa pun keadaan cuaca, bersyukur Alhamdulillah. Warna-warni kehidupan :)

Tiba-tiba rasa nak kongsi dengan korang pasal cerai. Kenapa ek hak menceraikan terletak di tangan suami ? Hehe jawapan yang sebenar Allah Lebih Maha Mengetahui. Sesungguhnya apa yang telah Allah tetapkan tu adalah yang terbaik untuk hambaNya.

Haa kaum isteri pulak, tak boleh lah nak persoalkan hukum Allah ni. Tu la pentingnya kita hidup ni, buat apa pun mesti kena ada ilmu. Eh teringat drama tv3 malam tadi, Syurga Seorang Isteri.. huu sedihh gile. Na'uzubillah la dapat suami macam tu. Duit ni kalau jadi matlamat, memang sesat la hidup.. Moga akhirat jadi matlamat kita, dan cukuplah Allah jadi sebab untuk kita buat segala sesuatu.

Baca kisah santai ni, kita ni hidup saling melengkapi, lagi-lagi suami isteri, takde makna 'saya selalu betul' dan 'awak selalu salah'. Hargai kelebihan, lengkapi kekurangan :)
Emm lagi satu suami-isteri, ingat perkahwinan adalah amanah, bertanggungjawab la secara vertical dan horizantal *memetik ayat adik +Nurul Aini  hehe ^^

Saya doakan suami-isteri di luar sana, teruskan berusaha menggandakan pahala dengan ikatan yang telah dibina. Sayangi keluarga anda. *Pesanan ini dibawakan oleh kementerian kebahagiaan rumah-tangga sedunia* :P


Bini : Abang, kenapa hak Cerai itu diletakkan pada suami ya ?
Aku : Sebab perempuan akalnya pendek.
Bini : Macam mana akal pendek tu?
Aku : Ada masa, nanti abang cerita.

****************************************************************

Sambut Happy Anniversary 2 mereka di Loh Pok Kong.

Bini : Abang, beli ar gelang emas ni. Ayang teringin nak pakai.. Pleasee.
Aku : RM17,000 ? Mak ai..mahai kemain.
Bini : Beli la. Abang sayangkan ayang tak ?
(sambil buat muka kesian,muka comel,muka sedih semua ada la)

Setelah 2 minggu.

Aku : Ha, awat tak pakai dah gelang-gelang tu ?
Bini : Berat la bang. Lenguh tangan. Nak basuh baju susah. Nak basuh berak susah. Nak basuh pinggan susah. Nak tidur pun rimas ja. Nak bawak pakai jalan-jalan lagi la takut..takut kena tetak tangan ka pa ka.. Kena ragut lagi la. Hish ! Takuuut.

Aku : Habih tu, dulu merengek-rengek nak beli buat apa ?
Bini : Biaq ar ! Abang yang bayar, bukan duit ayang. Wekkk !!

****************************************************************

Kalau lafaz cerai tu kat perempuan, gerenti aku kena cerai dah ,time kat kedai emas.
Sebab apa ? Sebab tak bayar duit beli gelang emas tu...

Credit to : fb page Bercinta Selepas Nikah

psstt.. orang perempuan ni sweet kan ? ahak ahak sebab tu la hak menceraikan bukan pada orang perempuan. Kalau tak, hilangla sweet kitorang men cerai-cerai. Kekeke :P


JCB :
Engkau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur 
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi

Terima Kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari..
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya
di syurga Sana :)



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

17 comments:

  1. Tempat saya pun hujan juga. Pahang memang hujan kot kak..hehe..semalam ada tengok cerita tu, sebab itu talak bukan dekat isteri kan kak, saya tengok cerita tu semalam, rasa nak cerai-ceraikan suami dia..haa. Hakikatnya, perempuan bila gaduh sikit, kita putus-putus-putus, buat keputusan dalam emosi. Tengok depan mata sendiri pun ada, isteri minta cerai dekat suami padahal hal kecil je. Suami sabar je. Hebat jadi lelaki ni dan berat tanggungjawab. Perempuan pun. ^___^

    ReplyDelete
  2. kdg2 org lelaki ni tak amik serius bab2 cerai ni...

    ReplyDelete
  3. best dialog 2.. agak santai senang faham. Ada hikmahnya Allah meletakkan hak cerai kepada suami.. Keputusan Allah x penah salah....

    ReplyDelete
  4. hehe org perempuan biasanya akan bertindak ikut emosi (bukan semua lah...)....jadi mmg ada hikmahnya kuasa lafaz cerai letak pada lelaki....wallahualam

    tapi bila ada teknologi canggih skang ni, lelaki pon susah nak kawal emosi dah...siap boleh sms nak cerai lg...haha

    ReplyDelete
  5. nasib baiklah KY tak suka barang kemas...kalau tak rasanya habis penuh satu badan nak pakai heeeee

    hidup kita ini cuma sekali, kan? buat yg terbaik yg penting jangan sesekali pertikai kemampuan Allah swt...jadi orang yang beriman dan bertakwa InysaAllah...

    ReplyDelete
  6. annoying lah dpt isteri yg mengada2 mcm tu huhu.

    ReplyDelete
  7. pempuan cepat beremosional..kalau letak kat pempuan,,habislah,,

    ReplyDelete
  8. Tidak dinafikan memang kaum wanita ni lebih beremosi. Mungkin itulah antara hikmah mengapa talak di tangan lelaki. Namun disebabkan lemah iman, ada juga lelaki yg langsung takde emosi hingga ada isteri digantung tak bertali.

    ReplyDelete
  9. Informasi yg sangat santai.....
    Tapi sekarang ni aku lihat lelaki banyak menyalah gunakan keistimewaan tersebut...
    Sikit2 gaduh cakap cerai...huhuhuhu.

    ReplyDelete
  10. Rasa-rasanya nak setuju aje dengan Hanif coz sekarang ni ramai yang rasa-rasanya senang aje nak lafaz cerai ... kena banyak compromise baru bahagia kot..

    ReplyDelete
  11. bahaya..nnt apa pempuan tk dpt..dia trus cerai.. kih kih khi

    ReplyDelete
  12. haha lawak jugak . tapi ada betulnya . wanita ni mudah emosi sikit . tergesa gesa bila buat keputusan . setiap kejadian Allah , ada hikmahnya ;)

    ReplyDelete
  13. kat tempat saya pun hujan jugak. hmm. hihi Loh Pok Kong..
    mengada ngada yang perempuan macam tu. huh.
    ohh faham faham kenapa hak cerai bukan pada isteri :) senang faham xD

    ReplyDelete
  14. bukan akal pendek...tapi terlalu ikut perasaan.... kekadang nak buat sesuatu...tak fikir panjang......

    ReplyDelete
  15. Hukum allah ada sebab ditentukan macam tu kan.. :)

    ReplyDelete
  16. Allah maha bijaksana... sebab tu hak cerai bukan pada isteri kan kan ekeke... btw, sweet nye gambo tu keh keh =)

    *komen entri lame eheh !!*

    ReplyDelete
  17. haha kelakar jugak cerita ni tapi memang terkesan :)
    lagi 1 kan, dalam Islam lelaki yang kena pikul lebih banyak tanggungjawab berbanding perempuan.. dosa orang perempuan kebanyakannya lelaki yang tanggung.. jadi dalam kes cerai ni seelok-eloknya biarlah suami yg berkuasa.. wallahualam, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang kan.. ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE