Dasar Pencuri


Assalamualaikum !

Korang suka mencuri tak ? Kalau ye apakah ciri-ciri barang yang korang curik-kan ? Muahaha. Suka hati je, ingat mencuri tu kerja mulia ke ha ?? Meh baca ni, Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 38 yang bermaksud :
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dan seksaan daripada Allah, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
Meskipun perintah potong tangan ni bukanlah sesuka hati dilaksanakan, ia mesti memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mukallaf, barang yang dicuri bernilai lebih dari tiga dirham dan lain-lain lagi. Namun, mencuri tetap hukumnya haram.


Mencuri ialah mengambil harta orang lain secara sembunyi dan diambil dari tempat simpanan harta itu. Eh, nak ceritanya lah kan, korang pernah tak jumpa orang yang suka mencuri ni ? Tak kisahlah curi apa-apa, yang pasti hobi dia adalah mencuri, even orang sekeliling dah syak atau dah tau, dia tetap dengan kegiatan mencurinya ! Pernah tak ?

Alkisahnya, masa saya asasi dulu, masa tu kat kelantan. Masa tu kecohh sangat pasal kes kecurian duit. Siap kitorang kena bersumpah dengan al-Quran. Jadi, nak diringkaskan cerita, akhirnya pencuri itu kantoii ~ 
Inipun rakan sebilik dia yang bercerita pada saya. Diorang ni lebih tua daripada saya, berpangkat akak. Bilik diorang selang sebuah je dari bilik saya. Yang saya unbelieveble nye, yang mencuri tu bapaklah segala cun ! serius cun
Menariknya, kerjaya mencuri dia bukan sekadar curi duit daripada dompet, loker dan lain-lain. Tapi, melalui kad atm bank ! See ? betapa hebatnya dia dan kerjayanya . Haha. Haa tak cukup itu dia bukan mencuri dari seorang individu, malah 3 orang ahli biliknya semua pernah jadi mangsa !! Memang malang sebilik dengan beliau ~ 
Lagi bertambah malang, kerjayanya berkembang ke bilik-bilik orang lain juga, dan yang berkawan rapat dengannya tentu saja menjadi mangsa. Bahkan, dia bukan hanya mengambil duit, tetapi juga barang-barang lain, seperti skirt, jam tangan, gelang dan bermacam-macam lagi. 
Orang kata, 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'. Ya, dialah tupai itu.. Ngeh3. Kerjayanya menemui nasib malang bila, pihak polis berjaya mengenalpasti identiti beliau melalui cctv dekat mesin atm. amekawww. 
Seingat saya, selepas kantoi tu, semua kawan-kawan 'toce' dia dalam sebuah bilik. Diorang akan cuba maafkan, minta ganti rugi dan tidak akan membawa ke pihak atasan atau pihak polis, asalkan dia mengaku segala perbuatan dia. Tapi yang bestnye dia ni, yakin dan berani walau di mana jua. Dia tak pernah mengaku !  
Saya lupa dah apa pengakhiran kisah dia ni, yang saya masih ingat, ia dibawa sehingga peringkat Timbalan Pengarah Akademi kitorang. Laptop dia dijual untuk bayar balik duit-duit yang dah dia curi. Orangnya pandai, sebaya dengan saya, tapi dia lompat kelas ke camana tah, jadi dia sama level dengan senior saya. Berasal dari negeri tuutttt ~ hehe. Serius cantik orangnya. Ngeeee hati-hati dengan orang cantik ye :P Hahaa. 
Kakak yang menceritakan pada saya bagitau, dia alami tekanan perasaan, dia mengaku lah kot akhirnya, sebab dia kata, dia mencuri sekadar suka-suka, dia suka mencuri, dia akan mencuri barang seseorang bila dia tak boleh dapat barang tu. Dia kan pandai, diorang kata kat rumah, ayah dia asyik paksa belajar je ~ *perhatian ibu ayah, jangan terlampau beri tekanan pada anak-anak :)

Seorang anak murid saya masa berpraktikal dulu, juga pernah melalui benda yang sama. Hobinya mencuri, curi barang yang dia tak boleh dapat. *kesiaan sangatt, hmm*

Masa saya sekolah dulu pun ada spesis ni, huuu ~
Korang pernah jumpa tak orang macam ni ?

JCB :
*Pencuri hati macamane pulak ? ^_^
Engkau penjaga hatiku,
pendamping jiwaku, cerahkan hidupku ~


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

21 comments:

  1. Salam,
    Betul tu..bak kata org tua, bercakap bohong lama2 mencuri.
    Jika di perhatikan, kebanyakannya berpunca dari didikan yg tidak betul dari ibu bapa.

    ReplyDelete
  2. tak elok mencuri...nak mintak...tak dpt beli sendiri...takde duit kumpul dulu....itu yg sebaiknya....kan

    ReplyDelete
  3. bila dh terbiasa ambil brg org. tu la padahnya kan.

    ReplyDelete
  4. wah hebat dan cun...dah kawen ke belum dia tu? rasa mcm nak berkenalan pulak....:P

    ReplyDelete
  5. Kehkeh..pencuri hati akak? Saya dah lama dah curi..maaf tak dapat pulang. Kesiannya dia, mesti tekanan kan.. macam2 sebab mencuri ni sebenarnya. Desakan hidup, suka2, atau macam2 lagi. Tapi yang salah tetap salah.Walaupun sukar hidup, carilah yang halal. Pasti selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  6. erk... kalau hati dicuri, mmg tak bleh buat apa dah... hehe

    ReplyDelete
  7. Barang curian tak manfaat dunia akhirat.. :)

    ReplyDelete
  8. kalo yg curi hati camna tu kekeke. sy prefer maafkan and halalkan je perbuatan spesis org camne. coz i believe rezeki Allah ada di mana2. just have to berusaha to get things yg dicuri tu for e.g. kumpul duit once again hehe.

    jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. pelikkan bila dorang jadikan 'mencuri' tu sebagai hobi..punya bnyk keje lain, kje mncuri juga yang dia nak buat..ish2..

    ReplyDelete
  10. isk isk jahatnye...tulah benda2 budak2 problem gini kite kena tgok dari rumah dan ibubapanya juga...kalo kes bdk skola la...

    ReplyDelete
  11. Pernah kena curi dompet ms kat kolej. Ada kwn pulangkan, katanya budak tu curi sbb dia dengki kat akak sbb org sll tanya akak mcm2. seb takde benda hilang.
    hehe... ending entri tergelak kak membacanya
    Akak tag cik Mar dlm ni>> http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/segmen-siapa-blogger-bertuah.html

    ReplyDelete
  12. curi sekadar suka-suka...? dah jadi kerjayanya...
    mudah-mudahan dia insaf dan tak mencuri lagi...

    ReplyDelete
  13. dina pernah jugak kena... tertinggal dompet bawah meja kat kelas.. esoknye, 30 hengget lesap... pastu takde sape ngaku.. grrr...

    ReplyDelete
  14. waktu sekolah dulu ade sorg. suke mencuri.. sampai mencuri brg koperasi.. cikgu brapa kali tahan dia.. sekrg dia jadi freelance artis. umm. tak tau la dikira berjaya ke tak tu. ngeh nggeh..

    kakak pernah sebilik dengan pencuri.. satu hostel dia pernah curi.. tudung, jam, gelang, rantai.. mcm2.. sebab tu almari dia ade mangga. kantoi jugak akhirnya tapi kwn2 xbagi hukuman cuma pulaukan. Bila dah posting dengar cite dia dpt geng suke mencuri.. duit banyak, mungkin tu hobi.. hhaha. xpun duit byk sebab dia tak guna pon duit dia.. dasatkan... kesian. kesian kat dia sebab dia suke mencuri, benda yg salah..~~

    ReplyDelete
  15. tak baik mencuri..x pasal2 dosa betambah..dlm akhirat nanti lg azab..huhu

    ReplyDelete
  16. Hehehe.kalau pencuri hati nak tangkap camane?hewhew..

    ReplyDelete
  17. Semasa saya study, pernah ada pengalaman barang dicuri.

    Yang pelik tu, kain batik buruk saya yang dicurinya. hadeh. Sebelum tu, t-shirt baru saya..turun2 dari bilik,nak ambik kain kat tmpt jemuran, dah hilang baju tu..huhuhu..

    Urm..kalau yang mencuri hati,aaa..takpa..hehehe >_<

    ReplyDelete
  18. "tunggu!jangan lari..itu hati saya!" hehehe..comell

    masa belajar dulu pon ade kawan yang mencuri kad atm..huhu..tak sangka sbb nampak baik..lepas curi, dia letak kad tu sebijik ditempat yg sama..sedar2 dh ilang duitnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE