Membawa apa sahaja benda yang tertulis padanya ayat-ayat al-Qur’an mahupun zikrullah ke tandas hukumnya adalah makruh. Termasuk juga dalam hal ini nama-nama yang dimuliakan seperti nama-nama Allah, para nabi dan malaikat-malaikatNya sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.
![]() |
gambar sekadar hiasan dari gugel :) |
Imam asy-Syirazi Rahimahullah berkata dalam kitabnya al-Muhadzdzab : “Jika ada seseorang ingin memasuki tandas dan bersama-samanya ada sesuatu yang terdapat padanya zikir-zikir Allah, maka baginya menjauhkan benda tersebut daripada dirinya (tidak membawanya masuk ke tandas), kerana telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak memasuki tandas, Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar, ini kerana di atas cincin Baginda itu ada tertulis perkataan محمد رسول الله yang Baginda jadikan sebagai mohor atau cap Baginda dalam urusan surat menyurat.”
Imam an-Nawawi Rahimahullah ketika mengulas kata-kata pengarang kitab al-Muhadzzab ini telah berkata : “Para ulama asy-Syafi‘eyyah telah bersepakat mengatakan bahawa adalah sunat dijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketika seseorang itu hendak masuk tandas dan tidaklah wajib ianya dijauhkan daripada dirinya (membukanya).”
Full kredit untuk fanpage Sham Kamikaze
So, better tak payah bawak sekali lah ye, sunat jauhkan - kalau terbawak gak makruh. Mari kita muliakan al-Quran, petunjuk sepanjang zaman :) semoga bermanfaat.
JCB :
Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran
Jadikanlah al-Quran imam, cahaya dan petunjuk bagi kami
dan jadikanlah al-Quran hujjah bagi kami di akhirat nanti. Aamiin.


thanks for sharing mar... cop...gambar quran yang pinjam dari Kak Google tu macam sweet sangat... he he he...macam nak carik jer Quran yang macam tu...
ReplyDeletenice sharing... :)
ReplyDeletekhalimah suci dan ayat2 sebolehnya.....kita sentiasa waspada.......
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKadang2 benda kecil seperti ini ramai yg tidak tahu atau kurang ambil peduli.
Bagus utk pengetahuan semua.
salam, apapun yang terbaik adalah kita jaga al quran lebih daripada diri kita sendiri. sebaiknya kita letak tempat yg selamat kecuali kita rasa selamat ia bersama kita walau di mana sahaja. Insyallah kita jaga al quran ia akan menjaga kita, bukan sahaja di akhirat malah di dunia lagi... ia bukan kalam insan tetapi kalam allah.. azzawajalla.. amin
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini... menjadi peringatan pd sy sebab slalu bawa bag masuk tandas... maklumla kdg2 dlm beg ada bawa buku2 yg ada ayat2 alQuran.. lepas ni cuba di elakkan.. Insya Allah.
ReplyDeleteayat suci nak bawak masuk tandas bekas najis ape sume.. euww tak hormat la gitu,.. hoho =)
ReplyDeleteInshaa Allah. Kadang2 xley elak.. letak luar takot dengan beg2 lesap.. maklumla.. jalan sorang2 kan.. hehe. kalau berdua tiga empat lima enam orang tak pe, ley gilir2 kan.. hehe..
ReplyDeletenice share tq mengingtkan
ReplyDeleteha'ah kan... thanks sharing^^
ReplyDeleteRamai yang tak perasana perkara macam ni..sama la macam ringtone hp..dalam tandas berbunyi ayat2 Al-Quran..tambah lagi, belum habis baca dah diangkat..tak ke lain maksud ayat tu..
ReplyDeletenice info...kalau boleh elak jom kita elak....
ReplyDeletebetul, kalau ilang pun, anggap je sedeqah... kan3? (^___^)
ReplyDeletelepas nie kena beringat la ya..saya pon selalu bawak masuk beg yg mengandungi kad2 zikir yg diletakkan dlm purse..thanks for sharing the entry..:-)
ReplyDeleteterima kasih di atas info yang diberikan.. mmg sebaik2nya cuba elak bawa ayat2 quran @ tulisan quran dalam tandas kecuali situasi darurat.. :)
ReplyDeleteJemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^
http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html
Sentiasa beringat dan jangan ambil mudah dalam hal sebegini..
ReplyDeleteIni dalam hal tulisan quran n apa2 yang berbentuk zikir......tapi gane plak dengan barang yang dibacakan ayat2 quran..bleh dak bwak msuk tandas? cth, minyak kasturi syifa
ReplyDeleteIni dalam hal tulisan quran n apa2 yang berbentuk zikir......tapi gane plak dengan barang yang dibacakan ayat2 quran..bleh dak bwak msuk tandas? cth, minyak kasturi syifa
ReplyDeleteInsyaAllah mar, walaupun tak pernah buat begitu, terima aksih untuk mar yg mengingatkan, kitakan manusia kadang2 terlalai, kalau selalu diingatkan baguskan?
ReplyDeleteBetul kak..saya pun ada dengar kalau nak sebut nama Allah pun, kalau boleh elakkan. Kadang2, bawa beg dalam tandas kan kak..itu yang selalu lupa sebenarnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum mar, insyallah sheila akan ingat. terima kasih yang :)
ReplyDeleteAssalamualaikum mar, insyallah sheila akan ingat. terima kasih yang :)
ReplyDeleteKekadang tak teringat buku zikir dalam beg bila masuk tandas..kena hati-hati pasni..berkenan kat quran warna warni tu..comel ^^
ReplyDeletebetul tu, yang ni kena alert sangat2.. terima kasih kak Mar atas perkongsian, sayam dia ketat2.. :D
ReplyDelete