Resepi Baby Barbeque



Bismillahirrahmanirrahim, Bismillahi Syafi Bismillahi Kaafi, Bismillahil Mu'afi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Malam tadi pas tengok masterchef ingat nak bw, sekali line ada gangguan daaa.. apa pun tak boleyh. Maka nya hari ni pagi-pagi lagi dah sibuk online. Hehe. Apa pun update dulu, pasni baru menyemak kat blog orang. Akan cuba membalas jejak sebaik mungkin. Horhorhor ^^

Emm, since baby yang ditunggu-tunggu tak keluar-keluar lagi - syok agaknya duk lam perut mama dia, kitorang plan nak bakar-bakar rumah ayam malam ni. Setel basuh ayam, pastu konpius nak buat bahan perapan ayam. *Almaklum laa selama ni tukang makan je, muahaha. Mujur ada internet membantu masalah saya yang boleh menjejaskan keharmonian sejagat :D

Makanya, ikut jela resepi paling mudah dan semua bahan yang dah sedia ada kat rumah ! Tapi.... kaann.. cek konpius beza jintan manis dengan jintan putih. Aishhh mujurlah internet membantu sekali lagi. Haha gigih kau, search perbezaan jintan manis dan putih. Hemm lantak la korang nak cakap ai ni tahpape ~ rempah ratus pun tak kenal ada hati nak join masterchef ! Haha XD

Bagi yang taktau jugak, sep sikit.. kita geng ! ^__^

cer teka cer teka, yang mana jintan putih, jintan manis dan ketumbar ? :P
Eh entry ni bukan ai nak share resepi pun, saja nak bagitau guna resepi dari myresepi, and saja gatai letak nama barbeque kitorang malam ni baby barbeque - sebab menanti baby airis yang tak kunjung tiba ni. Haha kakak dina dengan abang zafri dah sedia nak buli ni :P
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Tahi Lalat


Assalamualaikum, hepy monday eberibodi..... dah petang baru dapat update, urusan rumahtangga dah selesai baru selesa dan damai nak menaip penuh perasaan. Kekeke. First of all, tenkiyuuu much-much pada yang bagi support dan sedekahkan al-Fatihah untuk ayah mar. Korang memang baik hati. Semoga Allah merahmati kalian, dan memandangkan kalian dengan penuh kasih sayang. Aamiin :)

Sebenarnya konfius nak letak 'title' apa. Hehe kisah berkaitan jerawat dan tahi lalat. Ek nak buh dua-dua cam tamak lak. Makanya, kita letak 'tahi lalat' cukuplah. Tak cukup leh tambah, buat macam rumah sendiri ek :P

Apa kono eh jang tibo pasal tahi lalat lak. Ni semua abang zafri punya mulut laa. Haha hampeh sungguh ! Ada ka patut dia kata eii maktam ada tahi lalat besar. Ek, aku pun konpius, bila pulak ?? Dia ulang 44x, ayat tuh. huhh. Rupanya jerawat tak rasmi yang wujud di celahan muka aku ~ Wekk haha jerawat ni memang besar pun. Sabar jelahhh. Cepat-cepat lah hilang. Kelainan sungguh rasanya ~.~

Tamatlah kisah jerawat yang kelihatan seperti tahi lalat. Haha, aku nak cite pun rasa macam tak senonoh je !! Dah laa tukar topik lain ~ Euww @_@

Ini encik beliau yang kepoh ^^

Tata XD 

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Tiga Tahun Lepas


Hari tu hari rabu, petang. Satu sms masuk ke ruang inbox. Lepas baca, terasa ada yang kurang sedap di hati. Segera mendail. 

Keputusan diambil. Aku mesti segera pulang ke kolej, dan terus bergerak ke rawang. Tiba di stesen ktm bersama adikku. Abangku sedia menanti. Kami akan pulang ke kampung. Ketika itu, seingat aku sudah masuk waktu maghrib. Kami tidak melengahkan masa, meneruskan perjalanan melalui highway ke timur. Sebaik sahaja melalui tol gombak, satu panggilan masuk ke telefon bimbit abangku. Selepas panggilan ditamatkan, meski tanpa diberitahu apa isi perbualan, kami faham. Al-fatihah. Blank seketika. Kemudian air mata bercucuran tanpa henti selama 4 jam perjalanan.

Tiba di perkarangan rumah, kelihatan ramai jiran-jiran memenuhi setiap pelosok ruang rumah. Tapi bukan itu yang jadi tumpuan, langkah segera masuk, mata melilau mencari kelibat mak. Segera bersalam. Tirai di penjuru rumah dibuka. Airmata makin laju meluahkan rasanya. Ku singkap kain yang menutupi wajah dia yang teramat ku sayang, ku kucup dahi, pipi dia yang sudah tidak bernyawa lagi. Tiada suara. Tiada gerakan nafas. Tiada apa-apa lagi. Mimpi ?? Tidak. Ini kenyataan. Kami segera mengambil wudhu', bacaan yaasin dialunkan tanpa henti. Bergilir-gilir bila malam semakin larut. Terus membaca hingga pagi ditemani airmata tanpa tindakbalas dari ayah lagi. Satu persatu kenangan menerjah, airmata semakin meluah rasa.


Pagi itu, kami sibuk memandikan, mengkafankan dan solat. Kucupan terakhir diberikan sebelum kain putih itu ditutup rapat dan diikat buat selama-lamanya. Airmata langsung tak dapat dibendung. Membuak-buak, kalau disediakan baldi, mungkin mampu memenuhi sebuah kolam. Usai jenazah diangkat keluar rumah, terasa sangat seolah-olah separuh jiwaku melayang pergi sama. Ayah... tiada lagi panggilan itu akan ku lontarkan. Basah. Airmata teman setia.

Hari ini, 28 April 2013 genap tiga tahun ayah pergi meninggalkan kami. Kami redha. Semoga Allah temukan kita di syurga. Ayah.... rindu ni tak pernah sikit pun surut. Makin bertambah.. Kadang kerinduan melampau ini tak terluah lagi. Hanya yang pernah mengalami mengetahui seksanya merindu, lagi parah merindu mereka yang tak akan kembali. Allah... mujur ada iman penyelamat kami. Hanya daripada Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami akan dikembalikan :')

Kini, tiada lagi suara ayah. Tiada lagi gerak tubuh ayah. Tiada lagi nasihat. Tiada lagi tangan yang dapat ku kucup. Tiada macam-macam lagi yang berkaitan dengan ayah. Sungguh, aku rindu ! Tapi doa jadi penghubung. Doa mengubat rindu. Akan ku kirim pahala buatmu setiap saat. Ayah... damailah ayah bersama pencipta kita. Selesai sudah beban dan tanggungjawab yang kau pikul selama ini. Berehatlah ayah.. 
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Politik Tiga Suku



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam sabtu semuaaaa :) Hari ni dah 27 April, means ada lagi lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan turun mengundi !! Waaahh excited sangat hati hamba niii.. tak sabar nak meng- X pada ruang yang bersesuaian ~ kikiki. Haishhh nervous pun ade, maklum lah kali pertama seumur hidup. Dah terasa debarannya hihi.


Emm sebelum nak cite pasal politik tiga suku ni, pertama mar nak ucap jutaan terima kasih pada semuaaa yang singgah dan komen-komen kat sini. Terima Kasih sangat-sangat dan amat-amat. Maafkan saya, sebab tak sempat lagi nak balas kunjungan. Jangan berkecil hati ye, insyaAllah akan jejak seorang demi seorang, dan komen kat blog korang secara PUKAL ! Haha. Pleaseeee jangan angkat kaki dan berlalu dari sini. Huhu korang nadi blog ni, bagaimana bisa blog ini hidup tanpa kalian. *Poyos 

Eh siyess nii, korang sabar ye, nanti mar balas kunjungan. especially adik +Nur Irdina. ala cayang mucuk-mucuk. Takmo tacink, hehe. Akak tak dapat nak online doplohpatjam dah sekarang ni. Hehe. So take time :) Ok stop. Back to our topic ! "Politik Tiga Suku". Hehe saja la nak meriahkan musim PRU yang 5 tahun sekali ni kan. Bukan nak berkempen pong pang beriye bagai.. Cuma nak kongsi cerita pasal pakcik teksi yang saya naik haritu.


Mula-mula pakcik tu sembang-sembang biasa la. Pastu tah macamane tiba-tiba dia tercakap sal parti tett dan tett.. Pastu dah melalut ke laut. Macam-macam laa pujian pada parti tett, kitorang layaaan kan aje. Malas nak berlawan mulut dengan orang tua kan. Hehe. Tapi paling tersentak bila pakcik tu keluarkan ayat macam ni, "Politik, politik la. Agama, agama la, mana boleh campur. Nanti huru-hara jadinya". Ek ? Gue pun pandang adik gue di sebelah, adik gue pun pandang gue dengan pandang -EK ???? PELISSS LAAHH PAKCIK.. Tamat. Kitorang diam je dan berdoa cepat-cepat lah sampai. Haha malas nak dengar pakcik tu punya ceramah free :P

Anyway, saya tak marah pun pakcik tu, pakcik tu baik, cuma tu lah kat sini ada miss understanding. Kita kena faham, yang Islam ni syumul (sempurna). Islam paling tinggi, dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam. Kesempurnaan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Tak kira la, bab politik ke, sukan ke, perniagaan ke, belajar ke, makan ke, berak ke, opss, haa nak kata nya semua aspek laa.. dari sekecil-kecil perkara hingga hal yang besar seperti pentadbiran negara. Semua Islam sediakan garisan, panduan dan landasannya. Sebab tu Islam is the best way of life !


Sooo, amatlah tidak bertepatan bila kita kata, politik dan agama adalah suatu hal yang terpisah. Politik suku, agama suku. It's totally wrong ~ "Orang yang berkata seperti itu 'tiga suku', sebab tidak boleh memisahkan agama dengan politik"- UAI.

Aishh panjang benar dah penaipan ini. Maka nya, marilah kita sama-sama cuba menggali lagi ilmu-ilmu, jangan cakap sebarang cakap, cakap ikut sedap tekak. Haaa takut-takut, ada kata-kata kita tu nanti menjadi sebab kita murtad. Jangan kerana taksub, kita butakan hati menafikan kebenaran !

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mursalat ayat 45-50 :
45. Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).
46. (Katakan kepada orang-orang kafir), "Makan dan bersenang-senanglah kamu (di dunia) sebentar, sesungguhnya kamu orang-orang yang durhaka !"
47. Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).
48. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Rukuklah," mereka tidak mau rukuk.
49. Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).
50. Maka kepada ajaran manakah (selain Al-Quran) ini mereka akan beriman ?

Di musim pilihanraya ni, haaa pelis jaga kata-kata kita, Ustaz Pahrol pesan : Mencerca pelaku kemungkaran tanpa adab hanya meletakkan pencerca lebih hina daripada yang dicerca. Air najis tidak akan dapat menyucikan najis. Akhir kata, majulah undi demi masa depan negara ! jom mengundi :D

 kami sayang malaysia, kami sayang Islam, kami sayang ulama'  
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Contest Simple by My Muslimah Collection


Assalamualaikum warahmatullah, berita baik buat semuaa !

Sempena Jumuah Al-Barakah, My Muslimah Collection, nak buat contest :)
Syaratnya mudah sahaja, ni versi blogger yang nak join :

1. Like FB Page My Muslimah Collection.
2. Letak banner contest di sidebar blog anda, link ke entry ni :)
3. Hantar link blog anda di kotak komen, okey ^^
3. Sehelai BAJU PERCUMA untuk pemenang !!


*Pemenang dipilih randomly (cabutan undi). Jom join mana tau anda bertuah :)

Segmen bermula 26hb April 2013 hingga 26 Mei 2013. Haa untuk versi blogger sebulan tempoh ! Hehe apo laie yang ditunggu ?? Tak perlu buat entry taw.

Hanya LIKE dan SHARE banner di sidebar untuk BAJU PERCUMA ;)

Mudah kan ? Tak paham tanya, nanti sesat jalan :P



Tazkirah Jumaat : 


AURAT SAYA MARUAH SAYA ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Gigit dan Kunyah Laptop !!


Okeh taktau perkataan apa nak digambarkan bila dapat bukak semula laman ni. Nak jerit ? Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Nak hore hore ? Yeayy yeayy yeyyyy i'm back again !! Nak gigit laptop ? pastu kunyah ? Krup krap krup krapppp, yihaaaaaaaaaaaaaaa oh i miss here, i miss this, this, this, i miss u guys !!!!!!!!!!!!! GHINDUUUU oiii tolong lah paham !! Ghindu nak menari kat bawah entry korang. Hoho. Eh jap jap, ada orang rindu itew tak ? Muahaha. 

do others care ??? @_@
Oke nampak kan ke-overan di situ setelah sekian laaamaaa berrpiiiisaaah, akhirnya bertemu ~~~~~ *feeling lagu Jamal Abdillah. Hihi kekok lak, hai hai hai semuaa.. rasa nak hai hai je, hemm haiii lagii.. hehe *senyum-senyum kambeng sambil tengok atas bawah kiri kanan. Pastu imagine gi piknik kat blog korang-korang yang osem ! Haiishh memang osem la, sangat banyak komen yang ditinggalkan sepanjang pemergian daku. 

Toce toce teriiiiima kasiiihhhhhh ahmattttttt *nanges airmata air*

Oke, enough for new comeback. Eceh bajett. Veghi the terharu sebab adik +Nur Irdina menanti update akak. Hihi rasa diri disayangi sebentar ;) Tak sabar nak g blog dina, mesti ada doodle baru :D

PERHATIAN : Pada insan yang bernama +Iha Zaliza , +Nurul Aini , +Hatimi Tahirruddin tolonggg email @ inbox fb saya, kasik alamat korangz okey ! Nak pi rumah hantar surat saman. Eh tak tak, nak buat tapak mengundi minggu depan, ahakk. Sekian !!!! :P

Oke lah, tata. Assalamualaikum ! ^_^





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa Untuk Mendapat Zuriat


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allahummaftah 'alaina hikmataka wansyur 'alaina min khazaa-ini rohmatika Ya Arhamarrohimin :)

Harini nak kongsi sebuah doa, yang boleh kita amalkan, khusus untuk pasangan-pasangan yang sudah berkahwin, dan berhasrat untuk mendapatkan zuriat. Haa untuk yang belum berkahwin jangan sukesuki lak, hehe nak doa boleh, takde masalah, yang penting zuriatnya hadir selepas kahwin ye :) *Heee gurau je^^

InsyaAllah doa ni perkongsian dari page Oh My Islam, like ye, banyak ilmu kat sana :)


Selamat Beramal. Kita ikhtiar, kita doa, kita tawakkal. Selebihnya kita serah pada Allah. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang :)

JCB :
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah,
tidak membantah malah mentaatinya,
halus peribadinya mencontohi Rasulullah,
tingkah lakunya dijaga hanya kerana Yang Esa :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Teknik Urutan Baik Untuk Bayi


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum seisi alam :))

Allahumma Anta Robbi, La Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin ^^

Siapa suka baby ?? Angkat tangan kanan, turun tangan kiri. Hehe comel kan enchek baby ! Subhanallah indah ciptaan Yang Maha Kuasa :) 


Ehemm, nak tulis pasal teknik urutan untuk bayi mana laa saya tau. Hehe nak kata dah ada pengalaman urut baby sendiri, belum lagi, kaming sun insyaAllah ada rezeki, nak kata pakar kanak-kanak lagi la jauh sekali. Sejauh berjalan kaki dari Johor Bharu ke Alor Setar ! Kehkehke :D

Tapi teruja jugak nak kongsi, sebaaabb ramai sangat tahun ini sahabat-sahabat satu sekolah, satu universiti yang dah jadi mama, ummi dan ibu ! Yeayy alhamdulillah, tumpang gumbira dan tumpang tak percaya. Hehe, ekk korang dah ada anak ? Tahniah-tahniah :D

Miracle kan kejadian Allah. Subhanallah Subhanallah. Dan yang paling dekat dan hampir ialah my sis in law yang sedang membilang hari ! Hehe makanya, atas alasan itulah gue nggak bisaa lagi beronline 24/7 tanpa gagal selepas ini ~ Muahaha. Kerana musti menjaga, menguruskan kanak-kanak berdua lagi tu, dina dan zafri. Plus, kat sana takdak intenet. Tapi kalau ade pong, budak berdua ni musti takkan kasik chance untuk gue mengadap laptop dengan aman ! 

Makanya, selamat tinggal dunia maya :P Haha takpe, ada chance online, saya akan online laju-laju untuk singgah kat blog korang ye. Ni pun autopublish kot huhu.. Eh haaa lupa pulak, nak tahu pasal teknik urutan yang baik untuk bayi, boleh baca kat SINI ^^ Moga bermanfaat ~ Semoga korang dan bayi korang sihat dan membesar dengan baik. Dan semoga jadi anak soleh dan solehah :)))

sebahagian dari teknik :)

JCB :
Kenangi Ibu Bapa 
Doakanlah Sejahtera 
Kita Anak Harus Membela 
Apabila Sudah Dewasa 

Jangan Biarkan Mereka 
Sia-Sia Di Hari Tua 
Kecewa Hidup Dan Merana 
Kerna Perbuatan Anak Derhaka 

Bahgiakan Mereka 
Hingga Ke Hujung Usia 
Bila Sampai Waktu Ajalnya 
Anak Soleh Sebagai Harta 


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kecelaruan Maklumat



Assalamualaikum ! This is autopublish, i'll be missing everybody sobssss srottt huhu.
Nah, layang matluthfi yang super osem, comel, cool, sangat kelakar & super kreatif !!




Tak tahan gelak tengok video ni, ayat paling mahal "apa beza tsunami dengan suami ?" :P
Harharharharharharharhar oh makcik ! Tengok la ye, selamat berhujung minggu, jangan celaru-celaru ^______^ Sekian sahaja untuk hari ini hoho ~


Psstttt.. Menakutkannya, menakutkannya... olelele lelelele harimau malaya hahaha :D

JCB :
Think before action :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Orang Buta Yang Paling Teruk Ialah BUTA POLITIK



Gambar kat atas dikongsi dari laman sosial facebook. Sumber SINI.

Assalamualaikum ! Selamat Malam Sabtu Semuaaa :D

Tertarik dengan kata-kata Bertolt Brecht, orang buta yang paling teruk ialah BUTA POLITIK !
Hehehehe hopefully saya tak buta dalam politik, kalau rabun-rabun ayam tu mungkin lah kot. Sebab memang rabun pun, hihi. 

Jadi, bersempena musim pilihanraya yang bakal menjelma, haishh saya bukanlah berniat untuk berkempen mengundi mana-mana parti, pilihan di tangan anda. Fakta-fakta, faktor-faktor, dan pelbagai lagi anasir yang boleh mempengaruhi pemilihan anda, terbentang luas di dunia tanpa sempadan hari ini. Tinggal lagi, kita yang perlu bijak menilainya :)

Saya nak mengajak anda-anda yang dah berkelayakan, hehe JOM MENGUNDI !! Yeahh jangan sia-sia kan walau satu undi, ia menentukan masa depan negara :) Jangan tak cakna pulak taw taw.. Takmo takmo jadi buta.. Lagi-lagi siapa yang selalu konpius lalu mengabaikan tanggungjawab besar ini. Disebabkan politik negara yang agak nampak celaru, tidak tahu mana benar, mana salah, lalu disingkirkan cerita politik. 

Ingat, walau sukar dan rumit macamane pun nak buat keputusan, anda perlu buat keputusan. Anda perlu X. Hehe ada X ada segalanya. Pohonlah bantuan Allah untuk memilih yang terrrbaiikkk demi diri, keluarga, agama, negara dan bangsa. Yeaa saya pilih Malaysia :)

anda bagaimana ? :D

JCB :
Saya bersyukur lahir di Malaysia, negaranya aman, makmur dan sejahtera.
Tapi, saya lagi bersyukur andai kemakmuran dan kesejahteraan ini 
dipandu oleh mereka yang bertanggungjawab, amanah, telus dan bersih :)
Saya Sayang Malaysia  
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Jangan Nak Berangan Sangat




Hihi kena setepek.. giler cool kartun ni. Ehem2 pesan kat dua-dua kaum senanye ni, baik lelaki, baik perempuan.. yang perempuan pun sama, jangan kerana lelaki tu cakap suka perempuan begitu-begini, maka kita pun ikut apa yang diorang nak. Berubah tu bagus, tapi biarlah kerana Allah ! Allahu Akbar, keep smiling :)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Baju Muslimah Qaseh


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Berita baik, berita baik bagi peminat-peminat baju muslimah yang mencari-cari baju muslimah yang labuh, longgar dan selesa dipakai bersempena musim panas ni.. 

Jangan risau, material 100% cotton anda pasti tak menyesal, sangat selesa dan insyaAllah patuh syariah kalau pakai dengan tudung :D Jom layang dua, tiga design baru yang SIMPLE tapi COMEIII dari My Muslimah Collection :)





Daaaann pelbagai lagi design yang ada. Berminat ? Boleh inbox di fb page My Muslimah Collection @ sms 014-8408728 :) Selamat malam. Hihi kalau pakai sure comeiii cam kakton :P

Layari www.ohmymuslimah.my untuk mendapatkan pelbagai jenis pakaian :)
Like kami di fan page My Muslimah Collection ^^


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kita Punya Yang Mana ??



Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum, selamat hari raya jumaat. Yeay yeay hari raya.. Jangan lupa selawat, sedekah, doa banyak-banyak ^____^

Eh, eh malas taip intro bagai, kita straight to ampang point. Ahaa berkobar-kobar tak, nak sedekah bila baca apa yang Ustaz Ismail Kamus cakap tu ???

Biasanyaa.. kita simpan duit dalam apa ? Dalam purse, wallet, bawah bantal, dalam bank, Maybank, Bank Islam, CIMB, Hong Leong, Public blablabla.. dan banyak lagi tempat kan ? Tapi perasan tak, berapa peratus keyakinan dan berani-jamin kita, yang duit yang kita simpan tu akan kekal jadi milik kita ? 10% ? 20%? 70%? Lain-lain ? Nyatakan :)

Honestly, kita akan jawab, kita tak pasti berapa lama ia akan tetap menjadi milik kita kan ? Simpan-simpan, duit baru nak membiak, tiba-tiba kena dugaan, eksiden ke, sakit ke, kereta rosak ke, nak beli rumah baru ke, pergi melancong ke, ek. Haa ke mana duit-duit kita ? Kepada orang yang berkenaan la kan.. Dan memang tu pun tujuan kita simpan duit kan. Dan, at the end, duit pasti habis juga walau berjimat tahap langit biru pun. Oh maaf la, kali ni rasa cam fail pulak buat ayat. Hewwhu.

Maknanya, duit kita akan dihulurkan menjadi rezeki orang lain, get it ? Which means, ia tak akan kekal di tangan kita, di bank kita atau di mana-mana tempat simpanan kita. Jadi kat dunia, kita kerja bagai nak mati, simpan duit sungguh-sungguh untuk semua harta dan kesenangan dunia, bila dah sampai penghujung, duit pun dah semakin yilekk ataupun duit banyak tapi nyawa dah hampir-hampir nak yilekk... di manakah simpanan yang akan kekal ? Yang akan kita bawak ke padang mahsyar ? Di manakah ??

"Sebenarnya duit yang kita derma itulah, duit yang kita sedekah itulah bahagian kita punya..."

Firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 261) 
See ? Subhanallah ! Buat satu kecik, dapat 700 !! Jangan kikir, jangan sekat tangan kanan yang mahu memberi. Berilah semampu-mu, niatlah kerana Allah. Diamkanlah. Jangan disebut-sebut. Hulurlah, jangan sampai tangan kiri-mu mengetahui ! Jangan tunggu semillion, baru mahu memberi. Yang sedikit kita kongsi, moga ada bahagian kita di Sana nanti :)

Tidak mengapa andai tidak mampu, tapi ingat Allah Maha Tahu tahap kemampuan dan kecukupanmu. Kau tipu, kau rugi. Sedang Allah Maha Kaya ~ 

Psst... Kata-kata yang baik juga sedekah, mendamaikan dua orang yang berselisih juga sedekah, menumpangkan orang naik kenderaan kita juga sedekah, buang benda berbahaya kat jalan pun sedekah, dan setiap langkah perjalanan untuk pegi sembahyang pun sedekah ! Allahu Akbar, pendek kata... setiap anggota badan kita kalau buat baik , semuaaaaaaaaaaaaaaaa sedekah lah ^__^ Kerrlass tau Islam, yang penting niat :D

JCB :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
“Apabila mati seorang anak Adam, 
maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu 
sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain 
dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” 
(Hadis riwayat Muslim)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Apa yang best kerja di hospital ??



Pesakit : "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi : "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit : "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi : "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit : "Wah, apa dia?"


Abang misi : "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal.. sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. 

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit : "Hm. Apa dia?"

Abang misi : "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit... itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya... Allah... Allah..."

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita.. kita sangat memerlukan al-Quran... barulah kita sedar masa itu, apa yang dah kita rugi... Allah.. Allah..."

Pesakit : "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :'( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

FULL CREDIT : Informasi Dot My


JCB :
Astaghfirullahal 'Azim
Sama-sama kita muhasabah :')
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Misteri Seekor Kucing


Meowww meowww meowww... 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Meowww.. haa siapa pernah dengar bunyi kucing ? Eh, cam tahpape je soalan. Dan sebenarnya taktau nak bagi intro pa dia. Haha. Maka menjadilah soalan, siapa pernah dengar bunyi kucing, haaa tengok, pandai tak seorang gadis memanipulasi ayat kasi pusing-pusing supaya jadi empat baris dalam satu perenggan ? Haha >:P

Maka alkisahnya di sebuah rumah yang terletak di hujung sebuah deretan rumah, iaitu rumah saya lah ! Takdak makna rumah nak misteri, yang nak di-misteri-kan ialah kucing bukan rumah ~ Misteri Seekor Kucing. Ini kisah benar, bukan main-main taw.


Sejak dua menjak ini, dalam ukuran minggu, lebih kurang semenjak 2 minggu lepas, kalau tak silap, telah saya menyedari akan kehadiran beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah seekor kucing jantan yang akan menghendap-hendap mencari makanan tatkala malam menjadi semakin larut !

Ehhh betulll.. korang pernah tak jumpa yang satu spesis dengan beliau ?? Yang musykilnya.. saat siang bermaharajalela, takde pulak beliau menjelma. Beliau takut kah ? Mungkiiinn. Tapi milik siapakah beliau itu ??? Huwaaa.. dah la minat ku tidak seberapa kepada golongan beliau. Yang misteriouuss nya lagi, bulu beliau sama dengan bulu SOKDEN, iaitu kucing yang sedia ada dalam rumah ni. Haishhh ~

Masa mula-mula nampak beliau, saya musykil la jugak, apa ke-hall-nye SOKDEN nak terngendap-ngendap, pastu bila ada orang dia lari menyorok. Sehinggalah suatu hari, baru saya terpandang wajahnya nan bengis, huwaaa.. itu bukan SOKDEN. Saat itu, SOKDEN berbahagiaa tidur dekat atas. Dan siapakah beliau ????

gambar sekadar hiasan je 
Pssttt.. akak saya cakap, kengkadang jin masuk dalam rumah dia boleh menyerupai ular atau kucing. Untuk tahu maklumat lanjut, baca SINI ~ Haaa beliau yang misteri ni, nescaya seekor kucing yang menumpang kasih, huhh. Suspen jee.

Hewwheww saya penggeli kucing tegar *walaupun cursor hello kitty :D Saya suka tengok je kucing-kucing comel ni, namun apalah daya, tidak sedikit pun semangatku membara untuk memegang. Perasaaaan macam nak tercabut jantung. Biarlah orang kata pelik pun, huhu hanya orang yang mengalamai, mengetahui. Oh My Allah, astaghfirullahal 'Azim, hilang satu nikmat untuk bermanja-manja dengan haiwan kesayangan Nabi. Tapi apalah dayaku, sobsss :'(

Seriously, tak pandai pegang kucing, geli :(((( Tapi, sangat-sangat kagum dengan orang yang sayang kucing ! Respest all of u ^_^ Teruskan sayangi mereka-mereka encik haiwan kesayangan Nabi ^^ InsyaAllah pahala menjaga kebajikan mereka, menambah berat timbangan pahala :)

JCB :
Dua, tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing Parsi,
Dua ribu orang suka baca blog,
Mana nak sama si pembaca JCB :P
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Kisah Sekolah :D




JCB :
Daripada Imam Syafi'e : 
Apabila kamu tidak dapat menahan lelahnya menuntut ilmu,
maka kamu akan menanggung peritnya kejahilan.

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kita Bahagia Kerana Berkat Seorang Ibu


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semuaa :)

Rasa nak menulis panjang lagi selepas baca entry daripada acik, a.k.a +Aku Penghibur. Itupun dah cukup panjang membebel kat ruangan komen acik, hihi. Maaf ye acik. Meh nak sambung kat sini :P Korang dah baca? Kalau belum bolehla ke blog acik, artikel tentang Ibu Di Hina Kerana Tidak Memenuhi PermintaanNya.

Pehh mula-mula baca status yang acik printscreen tu menyirap jugak, rasa kalo budak tu depan mata, tampor laju-laju kasik dia sedar. Yela kot-kot la yang menaip tu bukan die kan. Hewwheww atau mungkin dia separa sedar, haa langkah terbaik tampor laju-laju *senyuum* 

Memang sokong 700% peratus apa yang acik cakap tu.. Anak jenis apakah itu ? Cuba kau kira kos yang mak kau tanggung masa nak membela kau dari sebesar lengan sampai besar dari kereta kebal ? Tu belum kira, tenaga dia, airmata dia, darah dia, kudrat dia ! Ishh sedihnya laa hati ibu beliau. Wahai penulis status mohon sedar diri cepat-cepat ye.

Plus-plus, susah mana pun dia, miskin mana pun dia, bodoh mana pun dia, sebab dia lah tetap jugak kau pandai menulis, membaca, dan berbagai lagi kau pandai sampai pandai hina mak sendiri. Astaghfirullahal 'Azim. Mohon kita dijauhkan dari sikap mudah lupa diri camtu. Huhu sedih sangatt..

Honestly, mak saya sekolah sampai darjah enam je. Masa kecik-kecik, masa tak pandai pikir, kadang-kadang jeles jugak, kawan-kawan anak cikgu. Sedang mak saya, pernah kerja tanam pokok tepi jalan, kerja kedai makan 6 pagi - 6 petang, kerja macam-macam lah semata-mata nak tambah duit untuk anak-anak sekolah. Tapi, saya tak pernah rasa mak saya tak berguna, malah saya hidup, tersenyum, bahagia hari ini berkat seorang ibu ! Saya bangga dengan mak saya, tak sekolah tapi pandaii angaaattt :D

Dan berkat mak ayah saya jugak, saya dapat masuk UM, saya ada ijazah sarjana muda, saya graduate dengan 1st class ! Itu semua TAK PERNAH saya rasakan hasil usaha saya semata-mata, malah sepenuhnya saya letakkan pada berkat MAK saya, dan arwah AYAH :'( :'( :'(

Arwah ayah lagi laa.. betapa pengorbanan dia, kalau saya ceritakan banjir keyboard ni :'(


Duhai engkau yang bernama anak, berhentilah berbangga dan mendabik dada. Hidup tak berkat kalau tak jaga hubungan dengan ibubapa. Ingatlah ibubapa kita satu selamanya. Semua benda dalam dunia, patah tumbuh hilang mungkin berganti. Tapi tidak pada yang bernama IBU dan BAPA. Check balik hubungan kita dengan ibubapa kita :)

Terjagakah mereka oleh kita atau terabaikah mereka dengan sikap kita ?

Apa-pun saya tetap berbahagia, kerana masih punya emak, dan berkesempatan menjaga beliau yang sakit. Dan alhamdulillah saya masih mampu memberikan al-fatihah saban waktu untuk ruh ayah :) *Insyallah kita reunion di syurga ye* Rinduunyeee ~


JCB :
Ingat ! Redha Allah terletak pada redha ibubapa :)

♥ sayangi mereka sebelum terlambat ♥

"If you have a loving mother or father,
treat them with loving care,
for you will only know their value
when you see their empty chair."
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Bernafas Dalam Lumpur


Bismillahirrahmanirrahim, 
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam :)

Assalamualaikum yang matanya melihat ke sini ^^

"Mahu apa lagi akan aku korbankan, selagi ada hayatku di kandung badan, oh terima kasih kerana balasan. Semoga sejahteralah hidup semua ~Oh kawan ;)"

Lailailaiilaii jom bernafas dalam lumpur sesama nak ? Hehe. Apa ? lumpur ?? Jeng jeng jengg.. adeh, apa kes main lumpur-lumpur laks ni. Rinduu jugak dengan anak-anak yang berada di Kuala Lumpur, sohabat-sohabat tersayamm. Hmm kapan mau ke sana lagi, hujung bulan insyaAllah, yeahh :)

Entry ni takdak kaitan pong dengan lumpur, yang nak highlight adalah NAFAS, bernafas. Haa ce dongakk ke atas, bukan tengok ceiling, ce nengok header baru beliau. Muehehe. Cun dok ?? Sapa cakap tak cun, meh nak pok :P Haha cun la sangatt, ni kes nak bagi nafas baru kat laman polkadot ni, lemau dah nengok berbulan macam tu, hiks.


Emm guna photoscape je, buh frame letak tulisan, haa keep it simple. Kengkadang yang simple lebih menyenangkan mata :) *Keep it simple ^^ bak kata adik +Nurul Aini, eh aini kata apa ek ? Hehe cantik itu subjektif, jelita itu abstrak. ahaha sekian ! Ahaa untuk multi tabbed widget yang baru macam kat sidebar tu, hehe kalau nak boleh ikut tutorial kat SINI. Den nak buat tutorial-tutorial ni tak berbakat sangat macam timizero.my :P

Hmm mohon pengunduran diri lah, moga korang semuaa sihat-sihat supaya dapat terus beribadah, haa kerja pun ibadah tau, makan pun ibadah, lari-lari anak untuk naik ke ofis pun dapat pahala taw if kita niatkan kerana Allah ! yeahh let's do for Allah :) Psstt hatta tulis blog pun adalah ibadah, as long as you write 'apa yang Allah suka' ^___^ 

Terima Kasih semuaaaaaa yang menceriakan JCB. Top kommentor bulan MAC, orang nak kasik hadiah ni, untuk dua orang kot, kalau nak angguk laju-laju, tak cukup laju hadiah tarik balik :P XOXO

JCB :
Honesty is such a lonely word. Honesty is hardly ever heard.
Everyone is so untrue. 
I don't want some pretty face to tell me pretty lies. 
Anyone can comfort me with promises again. 
All I want is someone to believe :') 
inspired by RBK :P

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kalau Sedih Janganlah Dengar Lagu Sedih


*Senyuuuuuuuuum sampai langit ke-tujuh*

Bismillahirrahmanirrahim ^^
Assalamualaikum korangsS, nahh satu  from my deep heart ;) *amik satu soram, jangangg nak berebut, pok kang, phewww bajett ~

Dah apa ke-hal nya tajuk macam tu, kalau sedih janganlah dengar lagu sedih -pangg pangg. Tampor diri sendiri. Ek? Propa je tu, siapa lah gamak nak tampor pipi senirik. Mohon sms no fon siapa sanggup ~ Ngee. Eh eh, jangan terpedaya dengan intro berbelit-belit.

Siapa tengah sedih ? Haaa moh sedih sama-sama nak ? *Jap dongak tengok header*gosok-gosok mata* Jom cipta bahagia ke jom sedih sesama ? Haaa sudaaahh ni dah krisis hidentiti ! Hemm nama pun manusia biasa, yang diciptakan dengan pelbagai rasa. Jika dilontarkan persoalan, "salahkah aku bersedih dan bermuram durja, ahh lantaran aku kecewa dengan apa yang terjadi." Tettt.

Wahai saya, orang beriman pasti tidak bersedih dengan apa yang menimpa terhadap dirinya, kerana dia sentiasa merasai Allah bersamanya. Saat dia mahu berasa sedih kerana dia tidak dapat melihat lagi, Allah hadir di hatinya, dan itu lebih dari cukup ! Begitu juga saat dia kehilangan ayahandanya atau bondanya, atau mungkin sahaja kehilangan permata hati kesayangan, sedih dan tangisannya akan tersembuh dengan adanya Allah di hatinya, Allah cukup bagi kami :)


Lalu, apakah sedih itu suatu kesalahan ? Menangis itu tanda kelemahan ? Oh, sudah pasti lerr tidak ! Kemon, tidak mungkin Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Kesedihan mungkin patut kita salurkan saat hati merasa umpama saban hari berenang dalam lautan dosa. Astaghfirullahal 'Azim ~ Inilah saatnya tangisan kita sangat bernilai. Ya ! Lebih bernilai dari permata, emas, hadiah menang motor, dan sebagainya.

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)

Sedih, menangis tiada halangan. Menangislah andai tidak mampu kau bertahan lagi, cukuplah Allah Maha Mengetahui setiap detak jantungmu. Menangislah dihadapan Yang Menciptakan tangisan demi sebuah senyuman untuk menggembirakan insan-insan yang perlu kita bahagiakan :) Dia menciptakan tangisan untuk melegakanmu, bukan menambah resah :) Bersederhanalah okeyy okeyy. Ni pesan pada diri sendiri ni. Hehe siapa nampak saya sedih pasai duit seposen atau pasai ex boipren, mohon tampar saya dengan kadar kelajuan 50 km sejam :P

Jom, sapa nak nangis meh daftar keahlian, RM 2.50 sejam, pastu semua kena buat muka macam adik niiii :PPP *coooomeelllllllllll ^_______^



Pssttt.. dah tajuk camtu maksudnya ?? Eden ni haaa, dah tau sedih janganlaa dengar lagu-lagu sedih. Ce dengar qasidah ke, zikir ke, dengar Fatih Seferagic mengaji lagi sodapp. haa sure nggak sedih, sebab barula sedor diri skett macamla hidup esok. Burrpp astaghfirullahal 'azim.. tapi memalam duk layan suriacinta gak. poodaaaah. Mohon la siapa nak tampor saya laju-laju -_-" 


JCB :
This article dedicated to all my lovely persons around me,
all of you very inspired me, very care and very cute,
hope Allah guide and love uols more :)
And you know this is for you ♥ ABK & RBK :P

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Spesis Blog Bermasalah



Bismillahirrahmanirrahim. Subhanallah Walhamdulillah.

Assalamualaikum. Salam awal pagi buta :D

Haaaa ni yang den panas, den nak marah ni, nak mengamuk pun hado, nak makan aiskrim, nak lari 4 x 100 dan nak rasa nak pakai gincu merah ! Ehhh, hehe. Mohon jangan terpedaya dengan intro hotttsss baks melodiusss.

*Senyum tak perlu kata apa-apa*

sumber SINI
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dah kata tak perlu kata apa-apa, angin jela berlalu. Sila jangan hangin dengan saya, cukuplah hangin tak berapa nak ada semenjak bermenjak musim panas nan kemarau ni. Saya tak panas dan tak marah apa pun. Ngeee. Cuma ni haaa, taktau la apa masalahnya, korang perasan blog ni ada masalah tak? Apa-apa masalah la, jikalau ada anda mendapatinya tatkala saya tidak mendapatikannya, sila memberitahu saya tanpa segan silu. Kemudian kalau anda mahu cun bak ema membong dan hemsem bak eron ajis letak solusi sekali taw taw, hehiii. Pelisss ~

Ini berikutan insan yang amat concern dalam persada blog tanah air, enchek +kopi pasta cakap ada masalah, ditambah kicap pulak oleh enchek +Hatimi Tahirruddin menjadikan gue mikirin, apa dong masalahnyaa...tapi ternyata gue ni aduyaii lambat pikap nya. Mana guee tauu. Habiss sudah semua yang tak patut gue buang. Hewwhew. Ni la spesis blog bermasalah. -__-" Pokoknya.. pokok jering, pokok rambutan dan pokok bongsai. Ke laut dah merepeknyaaa ~

Pokoknya, perkara ini mesti diselesai segera ! Ini adalah minggu terakhir dapat bermanja bagai dengan tapak polkadot ni, uffffff -_-'

Eh, haipppppp *senyummmm tak perlu kata apa-apa* Tata :D


Pssstt makasyihh kaliaaannnn ;)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE