Misteri Seekor Kucing


Meowww meowww meowww... 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Meowww.. haa siapa pernah dengar bunyi kucing ? Eh, cam tahpape je soalan. Dan sebenarnya taktau nak bagi intro pa dia. Haha. Maka menjadilah soalan, siapa pernah dengar bunyi kucing, haaa tengok, pandai tak seorang gadis memanipulasi ayat kasi pusing-pusing supaya jadi empat baris dalam satu perenggan ? Haha >:P

Maka alkisahnya di sebuah rumah yang terletak di hujung sebuah deretan rumah, iaitu rumah saya lah ! Takdak makna rumah nak misteri, yang nak di-misteri-kan ialah kucing bukan rumah ~ Misteri Seekor Kucing. Ini kisah benar, bukan main-main taw.


Sejak dua menjak ini, dalam ukuran minggu, lebih kurang semenjak 2 minggu lepas, kalau tak silap, telah saya menyedari akan kehadiran beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah seekor kucing jantan yang akan menghendap-hendap mencari makanan tatkala malam menjadi semakin larut !

Ehhh betulll.. korang pernah tak jumpa yang satu spesis dengan beliau ?? Yang musykilnya.. saat siang bermaharajalela, takde pulak beliau menjelma. Beliau takut kah ? Mungkiiinn. Tapi milik siapakah beliau itu ??? Huwaaa.. dah la minat ku tidak seberapa kepada golongan beliau. Yang misteriouuss nya lagi, bulu beliau sama dengan bulu SOKDEN, iaitu kucing yang sedia ada dalam rumah ni. Haishhh ~

Masa mula-mula nampak beliau, saya musykil la jugak, apa ke-hall-nye SOKDEN nak terngendap-ngendap, pastu bila ada orang dia lari menyorok. Sehinggalah suatu hari, baru saya terpandang wajahnya nan bengis, huwaaa.. itu bukan SOKDEN. Saat itu, SOKDEN berbahagiaa tidur dekat atas. Dan siapakah beliau ????

gambar sekadar hiasan je 
Pssttt.. akak saya cakap, kengkadang jin masuk dalam rumah dia boleh menyerupai ular atau kucing. Untuk tahu maklumat lanjut, baca SINI ~ Haaa beliau yang misteri ni, nescaya seekor kucing yang menumpang kasih, huhh. Suspen jee.

Hewwheww saya penggeli kucing tegar *walaupun cursor hello kitty :D Saya suka tengok je kucing-kucing comel ni, namun apalah daya, tidak sedikit pun semangatku membara untuk memegang. Perasaaaan macam nak tercabut jantung. Biarlah orang kata pelik pun, huhu hanya orang yang mengalamai, mengetahui. Oh My Allah, astaghfirullahal 'Azim, hilang satu nikmat untuk bermanja-manja dengan haiwan kesayangan Nabi. Tapi apalah dayaku, sobsss :'(

Seriously, tak pandai pegang kucing, geli :(((( Tapi, sangat-sangat kagum dengan orang yang sayang kucing ! Respest all of u ^_^ Teruskan sayangi mereka-mereka encik haiwan kesayangan Nabi ^^ InsyaAllah pahala menjaga kebajikan mereka, menambah berat timbangan pahala :)

JCB :
Dua, tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing Parsi,
Dua ribu orang suka baca blog,
Mana nak sama si pembaca JCB :P
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE