Alahai Menantu


Pak kasim seorang yg tamak harta.. 
Dia menawarkan anak dara suntinya 
yang cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. 

Suatu hari datang la Seman, 
seorang usahawan muda 
ingin melamar anak pak kasim.

Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. 

Setelah 3 hari berkahwin.. 
Seman masih duk kat umah mentuanya.
Setelah azan maghrib berkumandang..
Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. 


Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya,
"yang.. camner ni..abg tak penah solat ni"

"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..

Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. 
Setelah pak kasim takbir..seman ikut takbir... 
lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
"bismillahirrahmanirrahim..." 

Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..."

Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yang dia ikut?
Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..
Pak Kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah.
Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat 
seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

Pak kasim pelik..
 lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. 
Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.

"ish! gila ke menantu aku ni??"
Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. 
Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim.

Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan 
dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. 

Tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.
Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.
"Seman...apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"

"Ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

(huargh huargh huargh!!!! sedey nye kalau ada laki camnie !)

gambar sekadar hiasan, ehsan syeikh google :)


JCB : solatlah kamu sebelum kamu disolatkan ^_~
psst.. nak menantu? nak suami? tengok solat nyaa dulu yaa!
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kaf Ba Ro Kaf Alif Ta Nun || ikut perintah Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma Ajirna Minannar.
Allahumma Ajirna Minannar.
Allahumma Ajirna Minannar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !
Emm ape bunyinye anak-anak sekalian,

Kaf-Ba-Ro-Kaf-Alif-Ta-Nun

Yep ! pandai pandai pandaii 
*tepuk tangan laju2 untuk diri sendiri :D
.KEBERKATAN.

So, hari ni kita nak stori mori sikit tentang
"Keberkatan mengikut perintah Allah"

Kisah ni saya dengar daripada rancangan REFLECTION kat TV al-Hijrah :)
-TV al-Hijrah my peberet sangatt !!-
Ia diceritakan oleh hos reflection sendiri iaitu
Imam Suhaib Webb.

gambo ehsan tv alhijrah :)

Ringkasan nye la ek ..

|| Di sebuah universiti tak silap, seorang lelaki non muslim ni selalu kata muslim hebat.. so orang tanya laa kenapa dia kate muslim hebat, dia kate sebab dia nampak ada dua orang perempuan muslim ni 'cover hair'. So, disebabkan kekaguman dan dia nak tahu kebenaran, dia kaji tentang agama Islam - dia kaji seluruh al-Quran. Dan akhirnya, dia telah menerima Islam dan memeluk Islam. Subhanallah! 

Bagi dia, hijab perempuan2 itu lah yang memberi INSPIRASI & MOTIVASI untuk dia kembali kepada Allah. Sehinggakan dia kata, di akhirat nanti dia nak jumpa dengan 2 orang perempuan tu untuk ucap terima kasih dan kerana mereka lah, dia masuk Islam! Allahu Akbar. || 

Konklusinya kat sini,
kita - orang perempuan a.k.a muslimah
mesti bina jati diri yang kukuh 
TUTUP AURAT dengan sempurna,
dan pakailah pakaian yang bermaruah.

Aurat juga meliputi pembawakan diri kita,
bukan fizikal semata-mata.
Realiti hari ini yang mana,
wanita-wanita a.k.a muslimah hari ini sedang diuji
 dengan CABARAN 
masyarakat yang mementingkan wajah !
Dekat tv, majalah, media mana2 lah
semua wanita yang kat cover majalah + kat TV tu
nampak cantik gile kan ??
kita semua tertipu & terpedaya
wajah mereka di'adobe', di'painting'kan,  di'blabla'
hingga nampak PERFECT !!
Hakikatnya, tiada yang sempurna :)
Ingat, muka kita bukan kertas lukisan ^^

Kemon, muslimah-muslimah sayang sekalian,
pelihara diri, jaga maruah,
masih ada masa, bukan tak boleh cantik,
Allah pun suka yang cantik2 :)
tapi utamakan pandanganNya,
bersederhanalah,
taatlah perintahNya
kerana di situ ada 
keberkatan
yang tersembunyi ^^ 

JCB :
Kesempurnaan apakah yang kita kejar di dunia ini ?
Pujian manusia manakah yang membantu kita sebenarnya ?
Atau hidup ini memang sekadar suka-suka ?
Renung-renungkan :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Senyuumm & Sayang :D


Rinduu dengan kalian :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Pencarian Bloglist Disember

Comelnye banner ni !

Comel Comel & Comel . Suke ^_^

Assalamualaikum semua,
disebabkan ia adalah Disember,
makanya
saya mahu join ini lah :)

Nak join juga? 
mohler meriahkan blog nurfara hani !
Untung-untung boleh duk lam bloglist beliau kan :D 
Lanjutan klik banner COMEL ituu yaww :)

Terima kasih cik fara cantek (^_^)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Akhirnya, dia jodohku :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh 
wahai penduduk bumi yang bernama manusia :)

Hihi, syukran jazilan kerana sudi singgah
dan melekat untuk membaca entry ini, peacee V^^

Allahu Allah..
Rindunye.. 
rindu dengan Allah :)

Akhirnya, dia jodohku ?
aicemen... siapakah dia ? adakah diriku yang bertemu si dia ?

Dun get me wrong, 
sebenarnye kawan-kawan saya yang dah bertemu 
si dia, pemilik tulang rusuk kiri.
Subhanallah indah aturan Allah.
Benarlah, tiada yang kebetulan . .
segalanya dah Allah catatkan dari awal ^_^

Taktau nak gambarkan perasaan bagaimanakah diriku saat ini.
Pertama : rasa syukurrr yang teramat sangat,
sebab dua orang daripada my BFF, saya yg jd org tengah . .
Allah... korang dapat bayang tak betapa hepinye 
masjid yang cuba kita bina, akhirnya hampir menjadi kenyataan !
Kedua : rasa semakin cinta kepada Allah,
melalui ini, Allah perlihatkan kuasaNya, hikmahNya..
Allah.. hanya itu yang mampu diterbitkan saat ini 

Ketiga : rasa speechless.
hehe adakah itu juga rasa ?
Yela, speechless sebab satu hikmah yang sangat besar 
berlaku pada -kami.
Hehe, lebih fokus kepada berlaku kepada seorang BFF saya ini :D
Dan yang lagi bes, saya dan Amalina yang memandai jd telangkai, hihi.

Berkawan dengan orang lain,
Bercinta dengan orang lain,
Berkasih dengan orang lain,
Tapi malangnya, bukan 'dia' jodohku . .
Akhirnya , "dia" jodohku.

Dia yang tak pernah terlintas pun di hati @ fikiran !
Hanya meniti di bibir kawan2 yang suke gosipkan mereka !
Allahu Akbar.

Kata-kata memang doa, ucaplah yang baik-baik.
Apa yang ada di fikiran & hati juga adalah doa.
Fikir yang baik-baik dan rasa yang baik-baik.

Ya. dulu kami terlalu ikut jiwa muda.
orang bercinta sibuk nak bercinta.
orang berkasih sibuk nak berkasih.
hujungnya?
Tapi. satu perkara yang tak dapat kami jelaskan.
awal momentum, kami nak berubah ! 
sejak itu, Allah dorong hati kami.
Allah kuatkan kami.
Allah jauhkan 'dia' dari kami.
Allah jaga kami.
Allah datangkan insan yang jauh lebih baik . .

Allah..
Cukuplah Engkau bagi kami.
Sungguh kami tenang dengan mengingatiMu.
Kami sangat rasakan itu,
selangkah kami dekat padaMu
seribu langkah Kau dekat pada kami.

saya diapait oleh mereka berdua, Nadia & Zuhaila !  Love Korang :D

JCB :
Allah will make everything beautiful 
at the right place, at the right time
for the BEST reason.

Always have faith in Allah. Trust Allah :)





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Redhalah || Itu Tanda Orang Beriman :)

Apabila kita redha 
atas sesuatu yang mengecewakan hati kita..
maka percayalah 
Allah akan menggantikan kekecewaan itu 
dengan sesuatu yang tak dijangka !

Bismillahirrahmanirrahim pemula kata,
Assalamualaikum pembuka bicara.

aicehh berpantun pulakk ye :P

Korang biasa dengar tak kata-kata dekat atas tu ?

Apabila kita redha,
yepp redha !
 # redha tu ikhlas, pasghah tu menyeghah #
eh hehe.. maaf LS ^^

redha menurut kamus dewan jcb edisi ke-patpulohpat :)

 " Redha itu berlapang dada 
tapi tetap taat dan patuh dengan syariat 
yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah !
Dia tetap senyum & tenang hati meski 
ditimpa musibah,
dan bertambah syukur & syukur apabila
diberi ni'mat "

Masya Allah . .

berlapang dada terhadap sesuatu yang mengecewakan kita ?
is it easy or hard ??

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : 

" Dan alangkah baiknya jika mereka redha 
dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan 
kepada mereka sambil mereka berkata : 
"Cukuplah Allah bagi kami, 
Allah akan memberi kepada Kami dari limpah kurniaNya, 
demikian juga RasulNya; 
Sesungguhnya Kami sentiasa berharap kepada Allah" ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

.tepuk dada tanya iman.

|| Saya pernah berdepan hal sebegini ||

Kisahnya begini, bulan sepuloh hari tu kan saya konvo. yep! konvo tu adalah big day bagi saya secara peribadi. so, pabila ia menjadi hari terpenting bagi kita, tentunya kita nak 1 family kita ada untuk sama-sama merasai gumbiranya kan?

nak men'sadis'kan lagi kisah, hehe *camsaspensangat.poyojep* hari konvo saya jatuh pada hari rabu, makanya .. amatlah x sesuai kerana hari urang bekerja dan susah mau cuti.

Makanya sekali lagi, pada awal perancangan abam-abam saya xdapat memberi kepastian mereka dapat hadir . . Begitu juga kakak saya, yang jauh dan ada baby kecil. Yela, kesian kot takkan nak datang jejauh, semata-mata nak tengok saya amik skrol kosong tu yang tak sampai saploh saat pon, kan?

Haiii bunyi cam majok !

Hehe, xde laa siyes saye kesian ! Meski jauh di lubuk hati nak sangat diorang semua hadir :) 

Tambah lak, mase tu cm ade konflik sket, cam serabut alam sket sebab saye dapat jemputan las minit terpaksa pegi awal pagi hari kejadian, sebab ada majlis khas di akademi saya, kemudian petang baru konvo. Tambah mak saye kurang upaya, jadi amat memerlukan ketelitian perancangan supaya mak saye selesa, sehingga sampai 1 tahap saya rasa seperti _ takpela biar aku jela pegi sorang-sorang, huhu wuu wuu T_T

Dari itu, untuk mengubat hati, saya solat, saya nangis. . 
saye mintak kat Allah, "Ya Allah, janganlah kau hadirkan rasa kurang senang dengan adik beradikku sendiri, mereka dah terlalu banyak berkorban untukku! Aku tak berhak untuk kecik hati dengan mereka, aku cuba terima hakikat dan redha ! Ya redha andai ini lebih memudahkan urusan semua orang."

Setelah selesai, hati saye kembali tenang & saye senyum semula. Saya betul2 dah x berharap dan redha sahaja :)

Tapi, Besarnya Kuasa Allah ! Memang dia balas dengan sesuatu yang tak saya jangka. pada hari itu, rupanya hampir semua adikberadik saya hadir ! *walaupun ade jugak yang tercicir hihi* Hee alhamdulillah Ya Allah . . menambah syukurku padaMu, sungguh cukuplah Allah bagiku :)

# saya juga rasa umpama arwah ayah saya juga sedang melihat saya #

|| Tamat ||

Redhalah :)



JCB :

 Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,
berikanlah kepadaku keyakinan bahawa takdirMu lebih baik
dari semua yang aku inginkan dan aku impikan. Aamiin.





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

" Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com




Yippie .. !
Wajib JOIN segmen kak mia neh taw :)

Nak join ? terjah kakmia liana oke ~
Hihi, pi baca sendiri apa kakmia nak.. hehe 

Den nak penuhi syarat-syarat kakmia, ekekeke
Duk elok-elok, bace sambil senyum oke !
sebab tagline kakmia pun . .


Like ! Like !
Kerana hal yang paling gampang itu kan 'SENYUM'.
Senyum itu sunnah.
Senyum itu ibadah.
^_^
Eh, adakah saya sudah menepati syarat segmen kakmia?
Opss . . 
Sebelum tu, follower belog jcb sekarang : 264
Ya, soalannya apa yang anda paling suka di blog ini (mialiana.com)?
Jawapan saya :
1. Tuan blog sendiri - tak pernah jumpa tapi dapat rasa keibuan & kelembutan dia .. sangat friendly, supportive & optimis :)
2. Tagline nye - simple, nice & therapy : Smile . . Smile . . Smile
3. Entry - tak pernah sunyi . . sentiasa update ! thumbs up ! Like Like :D
4. Ni paling saya suka -
Kerana blog ni pernah ketengahkan belog saye !
*ohh dari situ timbul keyakinan untuk blogging dengan lebih gigih*
ThanX kakmia ! Sayang lebihh la ! :D
JCB : # tulis dari hati akan sampai ke hati #
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

D . A . K || Dia Amalina Khalid

Bismillahirrahmanirrahim.
“Ya Allah, kami mohon perlindungan dari gelisah dan sedih,
 lemah dan malas, pengecut dan bakhil, dibelit hutang dan dikuasai orang lain”
Aamiin.

Assalamualaikum kalian yang saya sudi singgah & hinggap di entry ini !
Hihi

D.A.K
Dia Amalina Khalid.
Anyway entry ini KHAS untuk mengajak
awak-awak yang ensem & maniss
jom terjah & follow blog kawanbaik saya :)

blog OSEM LA 


Yukk support sesama rakan blogger . hihi

JCB :
Hati yang sihat 
selalu menjaga perasaan kehambaannya kepada Allah 
dalam berkehendak, cinta, tawakal, taubat, takut dan berharap.
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Siapakah hamba Allah yg mulia?


Suatu hari..

Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yg mulia?"

Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"

Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yg mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yg lebih mulia"

Para Sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yg aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya, Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata..

"Wahai sahabatku, 
mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku
mereka terlalu mencintai Allah
tahukah kalian..
mereka tidak pernah melihatku, 
mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian 
tetapi 
mereka sangat rindu kepadaku
saksikanlah wahai sahabatku bahawa 
AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..MEREKALAH UMATKU!!

# Beruntung, beruntung, beruntung,
orang yang menjunjung sunnah Rasulullah
meski tak pernah melihat baginda !
Allah .. #


JCB :
Renung diri.
Muhasabah diri.
Layakkah aku menjadi hamba mulia itu?
:: Mencintai ALLAH, Merindui RASULULLAH ::

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

8 Muharram 1434h || Momentum Hijrahku

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Kemenangan berpihak pada saudara Muslimin kita :)
Teruskan berdoa untuk mereka.

Assalamualaikum kalian yang sudi bertandang ^^

:: Momentum Hijrahku ::

Allah .. pejam celik, daripada 1st Muharram hari tu memang niat nak tulis something tentang Awal Muharram, hijrah dsb. tapi dek kekalutan dan kesibukan pada bende yang tahpape membantutkan pergerakan jari-jemari kembangku, kehkeh.

Hari ini, dah masuk 8 Muharram 1434.
Allahu Rabbi, niat tahun baru, banyak sangat diperbaiki, 
especially BAB HATi dan BAB CiNTa!

Tapiiiiiii, so sad. masuk hari ni, nothing change !!!
arghhh so stress actually. heheh.
Marhaini, please wake UP! wake UP !
Build UP ur future.
Build UP ur life in the Hereafter.


Wishlist as a Norm Person :

[✔] Posting 
[✔] Further study
[✔] Hajji
[✔] Car
[✔] Nikah

# harapan, impian & semangat 

Wishlist to be better Inside :

[✔] Reading Quran 2 m/s after every solah
[✔] Solat Sunat Rawatib
[✔] Solat Dhuha 
[✔] Solat Tahajjud 

# nak istiqomah, istiqomah & istiqomah

Allah . . Kuatkan aku. aku nak jadi baik. aku nak raih cintaMu.

Allah . . Sabarkan aku. aku nak jadi orang yang bermanfaat.

Allah . . Tetapkan hatiku. aku nak selalu rasa manisnya ibadah bersamaMu.

Allah . . Ampunilah aku. aku nak jadi orang yang selalu bersyukur.

Allah . . Bantulah aku. aku nak dekat denganMu. selalu, sentiasa, tiap masa :)



Dah tiba masanya.
Kembali padaNya sementara bernyawa.

Takut esok, bila sampai masanya.
Kembali padaNya ketika nyawa bukan lagi pada jasadnya.

Ketika & saat itu,
tiada teman
tiada keluarga
tiada harta
tiada rupa
tiada glamer
tiada apa-apa
yang dibawa
melainkan 
AMAL semata-mata.

Ayuhh, berpesan aku pada diri.
Moga-moga yang lain juga bisa terkesan di hati.
Sesama manusia juga, ada pahala tersembunyi.

"Jangan pandang keJahatan orang macam kompem dia ke neraka,
jangan pandang keBaikan sendiri macam kompem diri ke syurga"

JCB :
Allah Rabbuna
Muhammad Nabiyyuna
Quran Dusturuna
Islam Sabiluna
- syumulnya Islam indahnya Iman motivasinya Ihsan-
(^_^)




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST




(◕‿◕) hepi befday to U
        hepi befday to U
       hepi bufday to blog E'raz
                 hepi befday to U (◕‿◕)


TAHNIAHHH :)
sebagai meraikan ulangtahun blog e'raz,
jom join segmen beliau, eraz fadli : pencarian bloglist :)

Maklumat lanjut, sila klik banner di atas. 
Terbuka selama 16 jam je tau~

Cepat-cepat, masih ada waktu ^_^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

11 tanda orang berbahagia



jom wat check up kat diri kita ! 

Xdapat semua pun, sekurang-kurangnya kita cuba kan :)

Tapi kan, kalo tengok betul- betul semua point neh memang berhak orang itu berbahagia,
sebab 'semuanya kerana ALLAH'.

Hati, kalau dah penuh dengan cinta Dia,
xdek nak bising sangatlah kalau ditimpa masalah :)

p/s : menangis atas sejadah, senyum di hadapan manusia ^^

JCB :
Dunia bukan destinasi,
Akhirat jadi inspirasi.
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Palestin, kami bersamamu !

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Muntaqim,
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah !

Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera ahzab,
Tewaskanlah mereka iaitu musuh-musuhMU
dan berilah kemenangan dan bantuan ke atas kaum Muslimin.

*mood masih bercucuran airmata tiap kali mengenang saudara-saudara se'akidah'ku dibedil bom setiap detik. sasaran pembunuhan anak-anak kecil yang tidak berdosa, wanita-wanita yang lemah, warga emas yang tiada upaya. Kesakitan yang dapat ku rasakan meski hanya melihat gambar. pedihh. sakiit. Sungguh kalian KEJAMMM!

Tapi, 
keyakinan x berbelah bahagi kita 
terhadap Allah yang satu,
Allah akan tetap bersama kita, 
Allah akan bantu kita wahai saudara-saudaraku.
Bersabarlah, bertahanlah :(

Sungguh, 
kalian bertuah dipilih Allah 
untuk menjaga tanah warisan seluruh Muslim.
Kalian bertuah dipilih Allah untuk terseksa di dunia,
tapi bahagia di sisiNya, Tuhan Seluruh Alam.
Dan kalian yang syahid tidak pernah mati,
tetap hidup di sisi Tuhan kita, Allah Yang Maha Kekal.

Dan sungguh, kamilah yang rugi,
andai tiada apa yang kami hulurkan.
Sedang kami masih lagi lemas dalam dakapan dosa,
lalai dan leka tanpa mengambil pengajaran dari peringatan Tuhan kita.


Allah . .
Ampunkan kami yang tidak mampu 
berada di bumi Palestin.
Allah . .
Pilihlah kami untuk sama-sama 
membela saudara kami,
walau hanya sedikit sumbangan 
yang dapat kami hulurkan,
walau hanya DOA 
yang dapat kami kirimkan,
Allah . .
kerana kami benar-benar yakin 
DOA kami tidak Kau pandang enteng,
malah, Engkaulah Sebenar-benar Penolong !

" Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami mohon Ya Allah.. turunkanlah bantuanMu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin. . hancurkanlah rejim Zionis !! "
Aamiin.

Allahu Akbar.




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kita Bukan Robot :)

Hasbi Robbi Jallallah,
Maa Fi Qolbi Ghairullah.

CUKUPlah ALLAH bagiku,
Tiada di hatiku melainkan ALLAH.

* Kalau stress, kemurungan, rasa down gile2, rase tah segala rase yg NEGATIF lah
sila baca seperti di atas*

Cukuplah Allah bagiku !
Tiada di hatiku melainkan ALLAH !
Hanya tentang DIA yang bisa menenangkan aku !

Siyesss, penulis sendiri bukanlah seorang yang perfect,
bukanlah 24 jam tersenyum,
bukanlah tak pernah marah,
tak pernah rasa kecewa,
tak pernah rasa down,
tak pernah rasa blablabla . .
yang seangkatan dengannya ~

Malah, kadang2 sokmo gak senanye.
Yepp selalu, 
Dats why, i create this blog,
well actully, nak remind diri sendiri :(

Kita bukan robot kan,
Kita berhak rasa sedih,
rasa marah,
rasa kecewa,
rasa blablabla.

TAPI

Siapa yang mewujudkan RASA tu semua ??

Yepp ! ALLAH kan ?

Dia yang jadikan RASA2 itu :)

Jadi, kenapa Allah bagi rasa2 itu?
'kerana kita bukan robot' ^^

Tapi, sebagai makhluk yang diberi aqal.
sebagai hamba yang diberi al-Quran.
sebagai umat yang dibekal as-Sunnah.

Bagaimanakah sikap kita ?

Ya... kawallah, 
bersedih pada hal yang mendekatkan diri pada-Nya
100% disokong !

Tapi, kalau pada hal yang tidak menambah pahala,
malah mengundang sengsara lagi dosa ?
Tepuk dada, soal iman.

Ya, kita yang mengawalnya :)


JCB :
# Segalanya bermula dalam diri saya #

eh jap - cuba dengar ni : BESTT Opick :)
http://www.youtube.com/watch?v=o1A7rGsRwgs

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Weii tarikh masihi Cuun^^ || Demi Masa

Bismillahirrahmanirrahim 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Yukk panjangkan syukur kita hari ini,
masih diberi kesempatan untuk menambah langkah
lebih mendekat ke JannahNya :)

Alhamdulillah.

Weii hari ni tarikh masihi cun kot :

12.11.12

Korang tawu x apa yang paling jauh?

Imam Ghazali cakap : masa yang telah berlalu

Betul x? Hari ni la contoh kata tarikh cun, tapi takkan ada lagi 
12.11.12 taun2 akan datang kan ? :(

Camtu gak zaman2 yang pernah kita lalui, masa tadika, sekolah blabla
TAKKAN berulang !!

So, remind utk diri sendiri - please hargai masa sekarang . .
walau sesaat !

Allah pun pesan lame dah, sejak 1400 tahun lepas,

"Demi Masa, 
Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
KECUALI mereka yang berIMAN, dan berAMAL SOLEH
Dan berpesan-pesan pada kebaikan, 
Dan berpesan-pesan pada kesabaran"

Masya-Allah, jom renew niat ! :)

Jom niatkan semua & apa sahaja yang kita lakukan hari ini Lillahi Taala.
-tapi jangan pada perkara haram pulak ye-

Dengan harapan, walaupun kita tak melakukan ibadat khusus,
pekerjaan seharian kita juga boleh jadi ibadat kan?
Dan dengan harapan ia tergolong dalam amalan soleh ^_^

Niatlah :)

*Allah tahu apa yang ada dalam hati kamu*

~ Selamat Beribadah semua ^^ . . Moga Allah redha ~


JCB :

Mode hijrah :)
Yukk berpesan-pesan, kita kan nak berjiran di syurga :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE