Seorang SUAMI berNama MUHAMMAD || Part I


Pahrol Mohd Juoi

Jika ingin membina dunia yang lebih aman, 
kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita.

Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. 
Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. 
Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. 

Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, 
percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. 

Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia!

Perkara yang PERTAMA dan UTAMA 
dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah KELUARGA .
Tidak ada gunanya dia berjaya 
di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja.. 
sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. 

Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan 
melalui firman-Nya yang bermaksud,
 selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!!

Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinannya. 
KEPIMPINAN yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, 
bukan kepimpinan masyarakat, jabatan atau negaranya . . 
tetapi kepimpinan dalam keluarganya. 

Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, 
tetapi seorang LELAKI sangat SUKAR masuk ke syurga tanpa isterinya. 

Seorang suami hanya layak ke syurga 
apabila SEMUA yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya 
sudah dipersoalkan


Oleh kerana itu tertib dalam 
usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan 
membaiki diri,
 kemudian membaiki rumah tangga 
dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu 
ke tengah masyarakat. 

Bukankah 'sinar Islam' itu pun bermula dari rumah Rasulullah s.a.w ? 

Nur wahyu dari Gua Hira' terpancar ke dalam diri Rasulullah, 
kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah  . . . 
berMULAnya cahaya Islam ke dalam mayarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta :)

* Ada sambungan . Tunggu ye ! ^_^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

3 comments:

  1. Salam dah selamat pagi..
    motivasi yg bagus pepagi nie..berat sungguh tjwb seorg suami..

    ReplyDelete
  2. tanggung jawab seorg lelaki...... berat...khalifah dan suami dimuka bumi.....

    ReplyDelete
  3. Suami ketua isteri pembantu..ye dok?

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE