Mari Tadabbur || Surah An-Naml, ayat 4 & 5




4. Sesungguhnya orang-orang Yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, Tinggalah mereka meraba-raba Dalam kesesatan.


5. Merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab seksa Yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang Yang paling rugi.


Allahu Rabbi, 
bila terbaca ayat ni after solat isya' tadi, aku terus rasa nak menangis.
Subhanallah, Allah Maha Kaya . .

Allah tanpa kita, Dia tak rugi apa-apa .
Tapi kita tanpa Allah?

* * * * *

Sedih sebab rasa bersyukur yang teramat sangatt.
Amatt sangat faham tak, huhu
Syukurr atas nikmat tak ternilai iaitu IMAN .

Nauzubillah,
cuba kita bayangkan kalo la iman tu tak ade dalam diri kita?
segala perbuatan kita pastinya mengarahkan 
kepada segala yang SUMBANG.
. TAKNAK SOLAT.
.BUKAK AURAT.
.MENGUMPAT.
.CINTAKAN HARTA.
.BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH.
.BERZINA.
ETC

Syukurr atas dasar IMAN, 
Kita takut akhirat,
Kita percaya Hari Pembalasan,
Kita tunaikan solat,
Kita tutup aurat dengan sempurna,
Kita tak kisah harta dunia ni dikongsi bersama,
Kita buat dosa, kita menyesal, kita bertaubat, kita taknak ulang !
Kita letakkan akhirat sebagai matlamat !




Kita taknak jadi golongan yang Allah sebutkan dalam 
Surah An-Namlu : Ayat 4 dan 5

Yang mana ayat 4 Allah jelaskan,
orang-orang yang tak percaya Hari Akhirat ni,
dia rasa apa yang dia lakukan itu adalah baik !!
Contoh, sudah jelas2 bahawa mendedahkan rambut itu adalah berdosa,
tapi dia ??
Allah.. tetapkanlah hati-hati kami :(

Sambungan ayat 5 Allah sambung lagi,
mereka itu akan dapat azab seksa yang buruk di dunia !
Kat akhirat, mereka orang yang paling rugi !
Nauzubillah.

If kat dunia, Allah xbagi cash,
Wahai Orang yang Beriman, yakin dan pastilah destinasi kita di Sana.
Allah . . pilihlah kami untuk menjadi hambaMu yang terpilih 
bersama para Nabi :(

P/S : Allah memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki,
Dan Allah menghinakan sesiapa yang Dia kehendaki.

JCB :
Jangan pernah merasa cukup dengan amalmu,
Jangan pernah merasa dirimu adalah yang terbaik,
Kerana Allah itu pembolak balik hati,
Dia Berkuasa atas segala sesuatu . .
Dia Berkuasa memuliakan & menghinakan sesiapa yang dikehendaki.

Hanya kepada Allah kita memohon taufiq & hidayah.
Wallahu A'lam.








La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

2 comments:

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE