Sorotan sepanjang 2012 || Tinggal Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

Entry ni kena taip cepat2, tinggal 2 jam sahaja lagi
angka 2012 akan bertukar ke 2013 :)

so, belog jcb kat sini xnak lepaskan peluang
untuk abadikan jugak kenangan-kenangan 
sepanjang 2012 ! 

image by google :)

2012

Januari
# Start blogging ! Yippie.. :)
# Survival Luar Kampus, Ayer Keroh. 
Di sini bermula segala kenangan terINDAH.. masih sangat2 merinduii detik2 di sana
Februari -
# Aktif bersama team FAKIH.. rinduu dgn anak-anak syurga yang kian ramai kata Amalina Osem :')
# Aktif bersama geng JPLK.. rinduu rinduu cat bilik gerakan, culaan ke rumah2, meeting2 kunon - maaf akak selalu lambat ! opss :D

Mac, April -
# Sibuk dengan assignment o assignment, last semester la katakan..
# Sibuk dengan program JPLK yg super duper selamanya dalam ingatan
# Sibuk dengan kursus kahwin - ek? padahal 2 hari je, hihi

Mei -
# Semester terakhir kian berakhir ! huuuu T_T
# Kenangan kelas terakhir KDO
Kenangan manisssssss.. kelas TERR BEST ! Setiap minggu tak sabar masuk kelas, sebab boleh main game. Penutup majlis yang sangattt sporting, lakonan ahmad terrbaik,,makanan banyak hihi, persembahan special. oohh Rindu Dr.Z ^^ 
# Musim exam yang sempoiii - 2 paper jep ! hihik
# Berbengkel Latihan Mengajar - oh rinduu, masa ni masing2 semangat nak jadi chekgu :)
# Gementar & sibuk menguruskan penempatan Latihan Mengajar :)
Macam-macam masalah kan, alhamdulillah semua dapat tempat latihan, ingat lagi sampai ke Sabak Bernam menghantar mekzu ngan mekyong ! hihi.
# Sempat mendaki broga hills !!! KENANGANNN MANISSS ^^

Jun -
# Join catering makanan arab - Majlis perkahwinan & GT1 Sepang
# Bermulanya sesi memegang title 'guru praktikal' -ahak
# Weehhh banyak kenangan masa mula menjejakkan kaki ke sekolah !
1st time, nebes, jantung nak terkeluo pun hadeee, semangat tiap hari buat Bahan Bantu Mengajar. ehekk.
Julai -
# Start puasa, alhamdulillah di pakej sekali dengan mengajar !
Sangat mencabar masa ni, berulang alik dari pantai permai - kg baru setiap hari naik motor mengharungi jem bersama kak syieda, ouhh rasa sangat2 xsabar nak habiskan latihan ! Pernah minyak habis tengah jalan, ahaha kat bangsar tak silap. adeh jadi model x berbayar :P
# Majlis Khatam Quran di SMK PW - dapat Quran, alhamdulillah ^^

Ogos -
# Muncul di blog kak mialiana as follower no 7887 :D
# Selamat Hari Raya maaa :)
# Ha ha ha musim kena observe dengan penyelia !
Yang best, anak-anak murid memang super sporting.. terima kasih banyak2 sebab bekerjasama dengan ustazah. sayang korang ketat2 :) Dr.Saiful & Dr Ahmad Kassar tinkiyuuu veghi much ! i got A, alhamdulillah :D
# Detik2 akhir di SMK Puteri Wilayah ! U_U
Makin sayang, makin cinta.. taknak meninggalkan tapi mesti meninggalkan :'(
September -
# Awal bulan menjadi minggu terakhir di SMK PW.
Menjadi famous sebentar gara-gara anak murid yang comei2 hihi, miss that moment.. korangg semuaa memang bestt :) RINDUUUUUUU huu
# Sibuk menguruskan urusan claim elaun praktikal.
# Musim mengambil jubah konvo :)

Oktober -
# My sweetest moment forever after !! - my convocation ^^
Masih jelas kenangan itu, berbaris & berarak dari Bangunan High Impact, UM menuju ke Dewan Tunku Canselor. Masih merasa terhutang budi dengan jasa keluarga, rakan-rakan seperjuangan ! Allah.. moga Allah merahmati & memudahkan urusan kalian. tanpa kalian, aku bukan siapa2 :/
# Urusan pemulangan jubah
eh, teringat nak bergambar outdoor pakai jubah konvo CANCEL sebab hujan :( xpe la xde kat dtc pon jadi laa.. at last topi zuhailah hilang ! huu xpasal2 kena ganti huhh :/
# Menyiapkan proposal sambung belajar :)

November 
# Nothing special ekeke sebab penganggur setia kat rumah tapi sangat best sebab boleh aktif blogging.. join pelbagai segmen, walaupun x menang bestt sebab dapat kenal ramai blogger :D
Buat geng blogger, korang memang baiikkk.. walaupun x kenal face to face tapi baik macam dah lama face to face.. ehehe. korang supportive sangat ! TQ veghi muchh.. hope this can remain forever :)

Disember
# Menang GA & segmen ehehehe :P
# Bulan yang banyak orang kahwin ! ahaha
Ramaiii kawan 1 batch & 1 cos kahwin.. Barakallahu Lakum ^^
# 2 orang my BFF got engaged :)
# 2 orang my BFF got married :)
# And of cos umurku genap 24 tahun 2 bulan 2 hari pada hari ini ^_^

Oh sudah lahh, terlampau panjang pulak catatan ini.
Maafkan saya andai catatan ini membuatkan anda bosan &
ia seolah2 tiada kena-mengena dengan anda-anda :)

Saja saya catatkan secara ringkas untuk tatapan peribadi.

Tapi tetap TERIMA KASIH pada yang sudi baca hingga ke titik ini.
You're VEGHI SPORTING n HARDWORKING, hihik :P

Semoga Allah memberkati kalian :)

:: SAYANGGGG SEMUAAAAA ::
:: RINDUUU SEMUAAAAA ::



JCB :
Andaii dapat ku undurkan putaran dunia, eheh merefek!
Benda yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu,
yang baik jadikan kenangan,
yang buruk jadikan pengajaran.
segalanya manis di penghujungnya, 
kerana ia menjadikan siapa kita hari ini.
Alhamdulillah Ya Allah.
Moga kita menjadi lebih bermanfaat,
moga kita tak tergolong dalam kalangan yang rugi,
moga Allah tambah sayang pada kita semua :D
 

 


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Majlis Akad Nikah Lieyn

Bismillahirrahmanirrahim
Innalhamdalillah wa syukur lillahi kathira

Barakallahu Lakuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair
Lin & Khalid ^^

Alhamdulillah sabtu lepas,
29hb Disember 2012
Novelin a.k.a keklin,
one of my bestiesss
selama diijabkabulkan dengan pasangannya,
Zainal Khalid :)

Syukurr alhamdulillah..
tak terucap dengan kata-kata,
seronok, suka, gembira
sedih, terharu, rasa kehilangan
semuaaa ada bercampur baur.

Sabtu lepas majlis akad nikah je,
insyaAllah bulan 24 Mac 2013
akan berlangsungnya walimah :)

jom layangg gambar sekepim due tige XD

ni sebelum diijabkabulkan, tengah tunggu pengantin lelaki :)

alhamdulillah, selesai sudah.. terbina sudah satu lagi Baitul Muslim.. kami biasalahh tumpang glemer :P

saya & pengantin baru yg canteek anggun :D
"Selamat Pengantin Baru Sahabatku Sayangg"

selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri :)
selamat bercinta hingga ke syurgaNya ^^

Moga Allah tambah sayang,
Moga mendapat pahala mengikut sunnah.

Terima kasih tak terhingga kepada keklin sekeluarga,
layan kami-kami dengan baikk sangatttt
Alhamdulillah, moga Allah murahkan rezeki kalian,
dan mudahkan urusan kalian dunia & akhirat :)

Terima kasih, ma abah ( cik piyah & cik usop )
Terima kasih Jiha & Rozi ( tumpangkan akak smpai rompin ^^)
Terima kasih hassan & ekisy ( yang comeii & spurting )
Terima kasih abang K, jaga keklin kitorang baik2 hokeyy :D
Terima kasiih semuaa sayang-sayangku
Melin, Zu, Nad !!

(^_^)V

Ok lah,
Assalamualaikum warahmatullah :)

JCB :
Pasangan pilihan keluarga, moga ada barakahnya.
Bercinta lepas nikah, moga penuh mawaddah wa rahmah minAllah :)





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Saya Pemenang

Subhanallah Walhamdulillah.

Aii senangnya dalam hati,
kalau memenangi segmen,
seperti blog ini,
ana yang empunya...

Kepada kak mia liana,
saya ucap terima kasih,
keepada kak nieza,
saya ucapkan toce !

(◡‿◡) pheww..

Ehem2 sila dendangkan mengikut rentak lagu 
P.Ramlee Madu Tiga 
Kikikikih

Aa entry ini sebagai penghargaan yang teramat,
kepada kak mialiana,
sebab pilih saya antara 10 pemenang dalam 


Dan belog jcb telah pun direview oleh kakmia
di SINI.
Sobsob terharu dengan review akak !
Suke sangatt atas sokongan yang diberikan :)
Terima Kasih, Konnichiwa dan Syukran Sis!
(^_^)V

Entry ini juga penghargaan yang tak terhingga,
kepada kak nieza,
sebab anjurkan GA banner doodles !
ohh i love doodles :D
Daan yang lagi best, adik cumel Rania telah memilih no 34,
Yang akhirnya melayakkan belog jcb mendapat tempat pertama 


Oh besnye syoknye gumbiranya,
x sia-sia bodek Rania, ahak2.
nanti jumpa akak banje lolipop ye ! ^_^

Nak bukti ? Ha tengok SINI
Rania posing dengan kertas dari periuk ajaib die :)
tak sabar nak dapat doodle by Nieza !

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Kenangan terindahh di akhir disember ini,
haii senangnyaa dalam hatii <3 <3 <3
Hehehehehe.

Ok lah, tata semua. Assalamualaikum !

Psstt saya bakalan offline 2,3 hari.
Pleasee wait 4 me to update where i'm going okey ^^
Sayang semuaa ~

JCB :
Setiap orang mampu berubah :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Belajar Melukis Doodle Guna Excel

Assalamualaikum kahlian kahlian yang sudi 
hinggap, bertenggek, dan scroll ke bawah ke atas ke bawah ke atas,
akhirnya membaca entry ini.
Tahniah !

Eheh, intro bajet nak jual minyak angin.
Eh orang jual minyak intro cam tu ke ?
Okey wat-eber.
Stop merefek :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Harii khamis nan indah ini, 
daku mikirin mau kasi cerita
plus mau kasi apresiasi sama blog INI.
 >> blog yoUnique <<

Kerana keikhlasan beliau lah,
daku mampu "belajar melukis menggunakan excel"
sepanjang 3 hari hujan tanpa henti di sini.

Walau apa pun rupa lukisan daku,
daku tetap berpuas hati kerana dapat jua daku melaksanakannya.
Tambah2 daku betul2 unbelieveble,
Betul ke boleh melukis pakai Excel ?????

YA ! 
Kini saya percaya.
Tak percaya ?
Lihat hasil Excelku :P

yang kiri sekali atas tu, yang mula2. hodoh nak mammp.. haha qasyiaan doodle tu :P

Hahahaha daku gelak senirik je tengok.
Bio lerr burok puun,
janji daku dah berjaya mengikut tunjuk ajar sifu.
Walauupuun jauh rupa dari yang sifu buat. ahaha
Kuangkuangkuang, adehh.
bulu mata memang xmampu nak buat :/

Baru belajo satu je yang asas, yang lain2 nanti la kalo ghajen ehehe.
Apa pun..

Mekaseh cekguu nurdani :D

Psst.. yang kat header tu daku lukis seniri jugak. 
haha kesiaan je nengok dia kat atas tu macam hidup mati segan takmau.
daku berazam akan mengubah beliau menjadi lebih baik. ekeke
mahapkan beliau yee ~
dah tu je mampuu, hihi ^^

JCB :
Di antara diriku juga dirimu, 
hanya mengharap cinta yang Satu.
Oh sayang, ikhlaskanlah hatimu :)



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Nak Cheese Kek !

amek gambo dari page Kak Yatie


Sape nak sedekah nehhhhh huwagggg
Ngidam tahap mak andam

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Giveaway Mialiana.com


Bismillahirrahmannirrahim.
Nampak, terus Join ! 
Nak join jugak ? Tade hal la, klik banner olrite bebeh :)

(◡‿◡✿)
Dear sis mialiana penerima anugerah CEMCA,
Saya PALING suka entri INI di Mialiana.com kerana 
sudah pasti saya begitu banyak terhutang budi dengan entri ini. 
Semenjak entry itu di publish oleh kak mia, 
maka, ramailah yang bertandang ke blog picisan ini :)

Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi menerjah ^^

Selama-lamanya saya tak akan lupa atas ke-baikbudi-an kakmia liana yang super osem itu :D
*hihi bodek habiss wehhhh :P

Oke lah rasa macam x adil pulak, mana2 segmen akak buat,
saya asyik suka entry tuuuuu je kan, mentang-mentanglah hihi.

So, saya decide untuk MENYUKAI & MEMINATI entri INI.
Mengapa? Lihat sahaja tajuknya, Untuk Yang Teristimewa.

Walaupun entry ni dah berusia setahun yang lepas,
 saya sengaja selongkar untuk mengimbau kenangan lalu akak, kekeke..ia tetap evergreen.
Kerana entry berbentuk penghargaan tetap fresh poreber :)

Whoaa !
Kakmia umpama bersyair dalam entry ini. weewit.
romentiikk gitu,
soooo sweetttt lorr :)
seorang isteri yang begitu menghargai suami,
bestnye ada yang tersayang !
*akak doakan untuk saya jugak ye* ^^

Semoga berkekalan hingga ke syurgaNya. Allahumma Aamiin.

Lagi menariknya, kakmia tak lupakan bespren2 die!
Bahagia bersama-sama, selama-lamanya.
Yang lucunya, siap Verangan tu nak duet lagu beribu sesalan.
Wkwkwk, kalau duet, jangan lupe rekod okey ^^
Hihi.







P/s : Saya join sebab kakmia yang buat GA ni, bukan sebab pendrive taw :PP
kikiki tapi andai ada rejeki di situ, apakan daya rezeki jangan ditolak, ahak2 :D

Oleh itu, mari la kite tag mereka-mereka nii,
kemon, jomla join bersama-sama ye :D


hihi XOXOD

Assalamualaikum ^^


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

WW || Hati Mahmudah


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Berita Kepada Kawan || Ebiet G. Ade


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

###################################


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

HBA # Al-Ismu


Alhamdulillah, hari ni kita akan sambung TOPIK 2 :D
Kalau tak ingat pembelajaran lepas, rujuk SINI.

Al-Ismu maksudnya, perkataan yang menunjukkan maknanya KATA NAMA.

Seperti, orang, binatang, tumbuh-tumbuhan, barang @ benda dsb.

Pembahagian Al-Ismu :

topik hari ni yang warna kelabu :)


1.
Kata nama tunggal @ satu.
Perkataan tu mesti tunggal @ satu, tapi tak semestinya seorang.

Contoh :
Maksudnya : Seorang lelaki Muslim.

Contoh lain :
Maksudnya : Seorang pelajar lelaki.


2.
Kata nama duaan.
Perkataan ini membawa maksud dua, dan di hujung kalimah ditambah huruf
alif + nun ATAU ya + nun.

* Contoh alif + nun :
Maksudnya : Dua orang lelaki Muslim. 
Nampak tak tambahan alif nun di hujung kalimah.
*Apabila ada tambahan huruf sebegini, ia membawa maksud dua.

Contoh lain :
Maksudnya : Dua orang perempuan Muslim.
 Bezanya pada tambahan huruf ta sahaja.
Yang mana huruf ta merujuk pada perempuan (muannas).
*Penambahan huruf alif nun tetap sama yang membawa maksud dua.

* Contoh ya + nun
Ok, maksud dia tetap sama dengan yang atas, bezanya pada penggunaan kalimah.
Takpe2 jangan pening-pening, janji korang faham penggunaan alif nun & ya nun yang membawa maksud DUA.


Faham tak ? Tak faham, angkat tangan, jangan segan2 tanya oke :D
Mana mampu saya akan bantu ^^
InsyaAllah :)



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Dia dah bertunang

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahummaftah 'alaina hikmataka
Wansyur 'alaina min khazaaini rohmatika
Yaa Arhamarrohimin.

Assalamualaikum kawan-kawan yang dirindui,
lama tidak menari di sini kan.
Upss menari-kan jari jemari menaip entry cerita peribadi
seakan-akan berbicara dengan sahabat di sini.

Kaaan ?

(^__^)

Ok lah hari ni saya nak cerita tentang
"Dia dah bertunang"

Siapakah dia ?
Haha poyos je konon2 saspen :P
Actully, sorang lagi BFF saya bertunang.
yang sebelum ni ada cerita kat sini.

Homaigee, ek ? Astaghfirullah !
Oh Allah.
sangatt syok woo, sangat bahagia maa.
sebab apa? ingat tak cerita kat entry ni ?

Alhamdulillah, akhirnya mereka berdua dah melangkah selangkah lagi
untuk membina baitul Muslim, insyaAllah.
Moga dipermudahkan urusan ye sohabat.

:: Satu batch, satu kelas, sering berjumpa dalam kuliah & tutorial, 
sering digosipkan bersama - sebab mulut2 nakal kawan2 yang suke menyakat, 
si lelaki tak pernah suka - malah rimas dan merasa terbeban.. 
si perempuan pulak buat2 xtawu dengan gosip sebab taken - dan sekadar suke2 menyakat, namun.. siapa kita untuk menidakkan qada' & qadarnya, 
benarlah kata-kata saban hari menjadi doa,
2 insan yang pada mata kasarnya, seakan-akan tidak mungkin bersama. 
Akhirnya mereka mengikat janji, untuk membina bait mawaddah wa rahmah 
demi mencari cinta Ilahi, dengan izin Rabbul Izzati, 
yang telah menetapkan segalanya sejak dari azali ::

Allah..

Cepat2 langsung ye korang ^^

Jom laayaan gambar sekepin due . .


yang tundung pink, 2 dari kiri nak kawen minggu depan :D


bakal mak mertua die, omei kaann. kiki :D

Hemm, tu je lah. hehe

doakan mereka ye. doakan saya juge.
doakan awaaakk semuaa juge !!

JCB :

'Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah 
sebelum berjumpa dengan dia, 
jodoh sebenar kita'




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Kanak-kanak 90-an


Hahaha sape pernah buat cemgini ?
Sapa yang zaman kanak-kanak die 90-an,
mesti pernah main camni kan.

Habis di punggahnya kusyen2 kat rumah,
pastu kena marah kalau x kemas balik :D

Tapi best, masa tu rasa feeling gile, macam real je.
Kalau x jadi kubu, buat khemah tempat berteduh,
tak pun main buaya2, kusyen tu jadi darat, hahah :P

Rindunya zaman dolu-dolu,
kreatif terlebih.. ada je bahan permainan nye kan ^^

Ok lah, saja nak share memory lama dengan korang,
kalau ikutkan memacam lagi kaan, maklum la zaman tengah aktif. .
Gambar ni pulak terjumpa kat facebook :)

Ok lah, Assalamualaikum ^_^V

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Ujian Personaliti II

Assalamualaikum warahmatullah sekalian anda :D

Haha, jom hari ni kita main ujian personaliti lagi oke ^^

gambar sekadar hiasan :D

Jawab soalan2 di bawah.
Kalau rajin tulis kat kertas, tak rajin ingat2 je :P


1)
Warna kegemaran anda ? 
Nyatakan 3 perkataan untuk menghuraikan pilihan anda 

2)
Sekiranya anda boleh menjadi sejenis haiwan, apakah haiwan itu?
Nyatakan 3 perkataan untuk menjelaskan pilihan anda 

3)
Bayangkan suatu air terjun
Nyatakan 3 perkataan untuk menerangkan perasaan anda.

4)
Imaginasikan warna putih
Nyatakan 3 perkataan untuk menyatakan perasaan anda.


Ok, dah ada jawapan ?

Sekarang, KLIK SINI untuk huraian jawapan okess !

Selamat berujian, hihi.

Kredit to : 1001 Rahsia Diri



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

SEGMEN: MEH AKU REVIEW BLOG KORANG


Muja buat segmen,
surely la kena join .. hehe

Lagi pun segmen review2 ni memang peberet :D

Muja said, yang korang akan dapat:
"satu sticky post entry untuk 24 jam untuk satu peserta
bloglist setahun sepanjang 2013
insya ALLAH akan ku comment banyak2"

Besttt tu hihi.

tarikh tammmat 25 disember nih !
pukul 2.30 petang hokeyy.
Cepatan klik banner ^^

Ok, nanti saya BW korang2 ye..
Rinduu..
Ada mende nak story mory taw :D

kbai, Assalamualaikum ! ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

"Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella "


Assalamualaikum !

Korang-korang..
Hanna comel buat contest 'be yourself'.
Apa lagi, jomlaa JOIN ! Hee~

Klik banner, hanna da ceritakan semua ^^
* Syarat-syarat*
*Hadiah*
*Cara Pemilihan Pemenang*

Hanna minta letak gambar kita yang
MENARIK- KREATIF- COMEL-SOPAN

Yippieeee..

So dik, akak rasa gambar ni menepati kriteria koot :D

Menarik sebab - it's PURPLE !^^ *like yours*

Kreatif - edit senget2, kreatif laa kan hihi ^^

Comel - ciptaan ALLAH, of cos comel, Subhanallah :)
*Lagi pun ade rabbit jugak cam banner hanna kan :D*

Sopan - *angkat bahu* :)






"Muslimah itu menjadi diri sendiri, 
bila perintah Allah ditaati, laranganNya dijauhi,  

Ayuh muslimah !
Kita menjadi diri sendiri 
dengan kembali pada fitrah insani.

Tiada Tuhan melainkan Allah kita bersaksi,
Nabi Muhammad pesuruh Rabbi, ikutan sejati.
Islam sebagai kehidupan sehari-hari,
Mantapkan selalu iman di hati,
Praktikkan ihsan agar riak & ujub bisa dijauhi.

Solat waktunya kita patuhi,
Aurat sempurna kita lindungi,
Pelihara maruah diri agar dihormati.
Semoga kita berbahagia di sini,
juga di sana nanti :) "

Yuukkk jadi muslimah solehah kita ^^

XOXOD





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

5 perkataan orang tak bahagia


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
wahaiii penduduk BUMI :D

Ekeke.. wahai penduduk BUMI. apa khabar kalian hari ini ?
Sihat ?
Hebat ?
Baik ?
Ok-ok ?
Tak sihat ?
Lemau ?
Kurengg ?

walau apa pun kondisi anda,
saya di sini mendoakan agar IMAN anda & saya sentiaaaasa SIHAT !
^_^
~Aamiin~

TAKUT, RISAU, TAPI, NANTI, KALAU

Lima perkataan yang kita sebut, kita tak akan bahagia !
by : Prof Muhaya.

"Saya takut tak dapat buat yang terbaik la.."

"Saya risau pensyarah tak suka dengan projek saya.."

"Saya berani nak present tapi tak la seberani awak..."

"Kalau saya banyak bertanya dalam kuliah, nanti apa pulak kata kawan2.."

******************************

"Saya takut kawan-kawan xboleh terima hijrah saya.."

"Saya risau penampilan saya tak boleh memikat dia.."

"Saya boleh buat kerja ni tapi tak tau lah ok ke x.."

"Kalau aku pergi Key Ell pakai tudung, nanti org Key Ell kata aku x up-to-date"


Sebut lah 500x ye..
Hehe renung-renungkan & selamat beramal :)

Pilihan di tangan kita !
Kita adalah apa yang kita fikirkan,
Dari fikiran lahir tindakan.

Orang lain melihat kita sebagaimana kita melihat diri kita sendiri.

Bagaimana anda mahu orang melihat anda?
Fikirlah yang baik-baik.
Yakin pada diri.
Bila anda yakin dengan diri, bermakna anda yakin dengan ALLAH.

Bila anda yakin dengan ALLAH,
anda mesti mementingkan pandangan DIA.
Bila setiap gerak-geri utamakan ALLAH,
Bila dalam hati selalu ada ALLAH,
insyaALLAH hati itu akan TENANG & BAHAGIA :)


JCB :
# Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu,
Engkaulah apa kau fikirkan,
terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
Fikir Kau BOLEH, Kau BOLEH #


(^_^)V

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

"Banner Doodle's Giveaway by n.i.e.y.z.h.a"


Eh GA Doodle laa !

Aku pasti & yakin 
surely banner doodle by Nieza ni cantekk !
yela lihatt aja dong doodle di sekitar blog nya :)

Ohhh nak menang, tolong laa Rania sayangg pilih nombor akak taw :P
Hehe xFe yang fenting, JOIN je dulu hokeyy..

Ada rejeki kok bisa menang.
Korang ? nak jugak ??
Tak payah laa..eh eh
Tak payah taw..
Haha :P

Nak join klik banner ye sayang-sayang ..
atau terjah je blog Nieza..
Saya x kodokut taw :D

Oke lah nak berehat pulak,
penat dah bersegmen malam ni .. kiki

Tata.. 
Psstt Rania yg Comell.. nombor akak taw :P
*walaupuuunn taktau nombor berapa*

Assalamualaikum !

XOXOD



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

" Giveaway Oh my birthday ! by Fatin Nazurah "


Ok, kalian kalian yang sporting semuuaa...

Jom join GA ni :D


saya dengan penuh berangan & kesiannya berharap dapat
 memenangi hadiah-hadiah
yang omei2 dalam GA kali ni.. hehe 
 # almaklum laa.. tak pernah menang ag.. uhuk uhuk :P

klik banner untuk ketahui selanjutnya oke !

Join jangan tak join, manyak hadiah maa :D


SPECIAL ENTRY FOR DIEYA COLLECTION

mula-mula tak perasan kena buat entry ni, hehe
btw korang ada niat tak nak barang-barang berikut :

SHISEIDO MASK

LOVE PENDRIVE

TUNKU MODEN @ BANTAL PANAS

JAM KAPEL CANTEKK & MURAHH

BEG KOREAN LOOK !

TUDUNG TONE BAWAL PERMATA

TUDUNG TONE BAWAL BATU

Haaa memang tak syak lagi, korang boleh klik & lihat sendiri

sure terpikat, tertarik & keboom laa :D

ayuh, serbu Dieya Collection oke !

sure x menyesal ^^

topup pon hade taww :D

#################################################

Oke lah selamat malam.

Assalamualaikum ! 

(^_^)V
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

"Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea"


Assalamualaikum,
mengumumkan malam ni malam bersegmen !

Hehe, jom join pencarian bloglist december 

klik banner untuk menyertai bersama-sama okess :D

tag : Kelana Cinta 
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Ujian Personaliti

Assalamualaikum warahmatullah semuaa ^^

Jom ! Try main ujian personaliti ni :)

Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir.

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut.
 Mereka telah mengujinya di peringkat global, 
selama beberapa tahun. 

Terdapat 9 jenis personaliti asas.



Dah pilih ?

Jangan ngelat okeyy.. hihi

KLIK SINI untuk check it out !!! :D

saya pilih, saya dapat ini :
Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang.
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. 
Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru. 
Anda memajukan diri atas perubahan. 
Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. 
Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

Ek? haha banyak yang betul kott, tapi macam ada yang xberapa kott :P

Korang try lah ye ! 

Kredit to : 1001rahsiadiri


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Nota Kasih Buat Emak Yang Melahirkanku

* play ni taw :)




Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum mak yang ku sayangi sepenuh jiwaku,

Mak...
Mak ingat tak peristiwa 24 tahun lepas?
Pada tarikh ini,15hb 12 1988, masa tu 1.45 petang,
Alhamdulillah Allah selamatkan kita mak :)

Mak.. 
Sekarang dah 24 tahun peristiwa tu berlalu.
Hari ini dah 15hb 12 2012.
Subhanallah, Allahu Akbar.
Agungnya Kuasa Allah kan mak,
dulu anak ni keluar dari perut mak,
kecik, xtau apa-apa, nothing . .
in 24 years, biiznihi,
anak ni dah habis belajar mak..
siap jadi penganggur terhormat lagi..

Hehe, tapi takpe kite suke. .
Sebab dapat duduk dengan mak 24 jam !
No worries, sebab mak ada depan mata :)

Mak..
24 tahun yang lepas, mak yang jaga kita,
tatang bagai minyak yang nak melimpah,
bagi makan, minum, nangis, bising !
kencing, berak, mak cuci,
masa tu xde lampin pakai buang ni,
meragam nak itu, nak ini, mak layan kaan aje,
aaa sebelum lahir pun dah berat bawak lam perut mak kan,
9 bulan 10 hari . . lama tuuu !
Mak solat, makan, buat kerja, pi toilet pun kena bawak kita kan . .
Mak... susahkan ? Baik mak cakap, susahkan ?
Tapi surely mak takkan cakap susah ! Takkan punya . . 
Baiknya mak, mulianya mak :(
Patutlah Allah perintahkan dalam al-Quran untuk jaga mak .
Rasulullah s.a.w pun sampai 3x ulang orang yang patut dimuliakan ialah MAK !

Mak..
Hari ini, kita bersyukurr sangatttt dapat berbakti pada mak,
dapat RASA susahnya mak jaga kita dulu,
Hari ini, kita pulak yang suap mak makan, minum
pujuk mak kalau mak nangis,
dengar cerita mak masa muda-muda dulu,
mesti mak rindu arwah ayah kaan.. :'(

Mak..
Hari ini, kita pulak yang basuh kencing, berak mak,
Mak semoga dengan ini dapat menggugurkan dosa kita yang banyak :(
Terima Kasih sebab mak sakit,
Walaupun kadang-kadang mak membuang tak kena masa,
Rasa nak marah hilang bila ingat,
Mak selalu menangis risaukan kita masa belajar dulu :(
Hilang semua bila membayangkan,
andai ini terakhir dapat dengar suara mak :'(

Mak.. 
Hari ini mak pulak yang request itu ini,
hihi tapi sweet kan ?
Mak... anak ini nak mintak maaf BANYAK-BANYAK
Kalau sepanjang anak ni jaga mak tak selembut mak jaga dulu :(
Kadang-kadang TERmarah, huhuhu
Kadang-kadang TERtinggi suara, sampai mak menangis .. kesian mak :'(
Kadang-kadang TERpukul mak sebab tak boleh kawal :(((
Anak ini memang x setanding mak dalam bab KESABARAN. out @.@

Mak,
sedihnyaaa.... bila ingat pernah buat mak macam tu !
Sedih.. sedih.. taknak ulang lagi !
Janji mak !! Anak ni takut kehilangan mak !
Takuut sangat :'(
Hari2 anak ini mintak maaf,
takut mak kecik hati,
takut mak xredha,
bila mak xredha, Allah xredha !
Bila Allah x redha ?
Allah di mana lagi aku mahu menumpang ??

Mak,
insyaAllah hari2 anak ini akan selalu doakan mak,
akan selalu jaga mak,
akan masakkan mak, bagi mak makan,
isikan minuman mak, basuh berr dan kencc mak,
potpet2 bebel kat mak,
tentang kisah tahpape anak ini,
tentang suami idaman laa, tentang impian nak pi haji sesama la,
hehe mak layaaaan kan aje,
terima kasih mak !

Mak,
insyaAllah anak ini takkan jemu jaga mak !
JANJI ! 
takkan jemu, yang penting mak ada . .
Mak jangan cepat pergi tau,
Pleaseeee berrtahan.....
anak ini akan selalu hiburkan mak tau,
buat mak ketawa dengan lawak bodoh anak ni ! hehe
mak jangan maraaa ha.. gurau2 aje
Mak kuat semangat taw . .

Sayang Mak ! Terima Kasih Mak kerana melahirkan saya :)
Terima Kasih Mak kerana membuka ruang untuk anak ini belajar
Erti Sabar, Syukur, Tabah, Redha dan segala resepi Ujian Hidup.

Terima Kasih Allah kerana mengurniakan saya seorang EMAK !


Kau kasihanilah dia Ya Allah, sungguh Dia sangat memerlukanMu Ya Allah !Kau berikanlah kekuatan jiwa padanya, Kau tempatkanlah dia di sebaik2 tempat di sisiMu,Sungguh, dia insan mulia. Andai ada sedikit kebaikan yang aku lakukan, kau berikanlah pahalanya kepada kedua ibubapaku. Namun, andai ada kemungkaran yang ku lakukan, jangan sekali-kali kau libatkan mereka Ya Allah. Sesungguhnya, tanggungjawab mereka terhadapku telah lepas. Mereka telah memberi pendidikan kepadaku dengan kudrat yang mereka ada. Kasihanilah mereka Ya Allah. Kasihanilah mereka Ya Allah ;'(
Aamiin. 

Yang benar,
Anakmu :D

muke beliau xsenyum walopun peacee yoo ! :D



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Catatan Seorang Hamba

1/2/34
15/12/12
1:03 A.M

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi Robbil 'Alamin.
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wasallim.


google :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiada lain yang pantas diucapkan saat ini,
melainkan puji-pujian bagi ALLAH,
Dia Yang Memanjangkan usia ini,
Dia Yang Meminjamkan jasad ini,
Dia Yang Menetapkan ketetapan untuk aku hidup sampai saat ini,
Alhamdulillah.

Allah,
Di saat usia kian menjangkau,
tiada lain yang ku kesalkan, melainkan . .
terlalu banyak dosa & noda hamba ini lakukan.
Lukanya jiwa ini selalu mengabaikanMu,
Perihnya jiwa ini membayangkan azabMu,
atas kemungkaran yang pernah ku lakukan :'(
kerana Engkau Maha Halus Ya Allah..
Ampunilah hambaMu Ya Allah.. Ampunilah Ya Allah :(

Di kesempatan yang tak terhitung kesyukuranku ke hadratMu Ya Allah,
Di saat dunia semakin hanyut di bawa arus perubahan,
Di saat ini, Engkau masih memandangku Ya Allah,
Syukur tak terhingga atas panggilan pulang ke pangkuanMu Ya Allah !
Si kerdil, Si Hina ini, tidak punya apa-apa melainkanMu Ya Allah !

Apa yang ku cari di dunia ini ?
Apa yang aku perlu di dunia ini ?
Apakah sebenarnya tujuan aku di sini ?
Siapa aku di Hari Pembalasan kelak ?
Bersama Para Solihin kah ? Berhak mendapat syafaat kah ?
Kerdil.. kerdil.. kerdilll .. Malunya aku Ya Allah !

Namun,
Atas sifat Rahman, Rahim dan GhafarMu,
Luasnya laluan-laluan syurga yang Engkau bukakan,
Aku tidak mahu mengalah,
Selagi matahari masih terbit di Timur,
Aku akan sentiasa meminta keampunanMu !
Aku akan sentiasa menagih kasihMu !
Aku akan sentiasa mencari peluang mengamal sunnah RasulMu !
semoga dengan azam itu,
Bisa mendekatkan aku kepadaMu, cinta pertamaku !
Bisa menundukkan aku untuk taat kepadaMu, penciptaku !

Dekat padaMu kunci kebahagiaanku,
bukan sahaja di dunia, yang paling penting di Akhirat kelak !
Aku mahu bahagia di sana !

Destinasi terakhirku ?
Aku yang pilih, aku yang usahakan,
Selebihnya, ku serah padaMu !
Kelak Allah akan persoalkan SEGALANYA.

Apa sumbanganku terhadap agama ini ?
Dari manakah aku perolehi wang ?
Ke manakah wang ku belanjakan ?
Apakah aku mengamalkan ilmu yang ku pelajari ?
UMURKU, USIAKU, ke manakah aku habiskan ?
Untuk siapa ? Untuk apa ?
Astaghfirullahal 'Azim ~

RedhaMu matlamat hidupku !
Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku,
Bertambah usiaku, bertambah manfaatku pada agama & bangsaku.
Jadikan cahaya cinta kasihMu penuh dalam hatiku, agar setiap yang ku lakukan,
semata-mata keranaMu Ya Allah.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'Alamin :)

# Muhasabah teragung bila di Lanjutkan usia :)
Allah.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 'ala kulli ni'am.



JCB : SELAMAT HARI TUA UNTUK DIRI SENDIRI. INGAT, MATI TAK KIRA USIA. ALLAH MASIH BAGI PELUANG TU, JANGAN SIA-SIA KAN :D 



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Doa agar keadaan kehidupan sentiasa baik :)

google :)

Assalamualaikum warahmatullah ^^

Selamat malam kalian yang saya kasihi kerana Allah . .

Alhamdulillah, insyaAllah dalam kondisi yang ringkas
saya nak kongsikan satu doa.

Doa agar keadaan kehidupan sentiasa baik :) 

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِينَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَة أَمْرِنَا،
 وأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتي فِيهَا مَعَاشُنَا،
 وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنا الّتِي إِلَيْهَا مَعَادُنَا،
 وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِي كلِّ خَيْرٍ،
 وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

Ya Allah, perbaikilah agama kami yang merupakan penjaga urusan kami
Perbaiki dunia kami yang merupakan tempat hidup kami
Perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami
Dan jadikan hidup ini tambahan bagi kami dalam setiap kebaikan kami
serta jadikan kematian sebagai istirahat bagi kami dari setiap kejahatan. 
H.R. Muslim

Jom sama-sama kita amalkan :D
Jadikan doa kekuatan kita 
Jadikan doa pengikat kita dengan cinta hati kita, 
(◕‿◕)  ALLAH   

JCB :
Daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Doa itu bermanfaat bagi perkara yang turun dan yang belum turun. 
Oleh itu, kamu perlu berdoa, wahai hamba ALLAH"
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE