Showing posts with label berMakna. Show all posts
Showing posts with label berMakna. Show all posts

Berlumbalah Wahai Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :')

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin muslimat, khususnya kepada sahabat blogger yang dirindui, kaumkuage, sedaremare, kengkawan serta semua yang mengenali diri ini. Jutaan kemaafan dipohonkan andai sepanjang perkenalan pernah menggores rasa di hati kalian. Diri ini hanya insan biasa yang tak lepas dari kesalahan. Mohon maaf zahir dan batin yee zerozero taw^^

Alhamdulillah, aidulfitri. Kembali kepada fitrah. Alhamdulillah Ya Allah. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah. Subhanallah, pejam celik hari ni dah 8 Syawal kan. Huu rasa masih rindu dengan Ramadhan ngan pagi 1 Syawal ! ;)

Dalam kegembiraan dan keterujaan kita menghayati Ramadhan dan menyambut Syawal, ternyata amat berbeza sekali dengan apa yang saudara kita di Mesir, Palestin, Syria lalui. Mereka SENGSARA. Kita SELESA T_T



Astaghfirullah T_T Hati ni bagai dirobek sama. Luluh. Sampai macam tu sekali zalim sisi tu layan umat Islam. Wahai penzalim, Jangan ingat kami pejam mata. Kat akhirat sok, kami tuntut setiap titis darah yang ditumpahkan !!! 

Huhu pagi raya kita berkumpul adikberadik merayakan Aidilfitri tanda kemenangan. Sedang mereka, kehilangan kaumkeluarga, kehilangan ayahibu, kehilangan anak demi sebuah kemenangan. Kemenangan untuk memenangkan agama Allah. Menyokong kebenaran. Kekejaman ! Kejamm ! Menyokong yang haq, akan ditembak ! Allah Allah... tak terjangkau bagaimana jika kita diuji begini. Moga Allah tetapkan hati kita dalam Islam T_T

Saat ini, usah bicara hal-hal remeh tentang hidup kita lagi. Perbaikilah diri. Sekarang saat dunia dah semakin tenat. Muslimin di luar sana diancam nyawa demi sebuah aqidah yang mahal. Moga ancaman kenikmatan, keamanan dan keselesaan kita di sini hari ini tidak menjadi asbab kita menjadi golongan yang tercicir untuk termasuk dalam kalangan mereka yang syahid, bertaqwa, atau dalam kalangan mereka yang Allah beri nikmat !!

Berlumbalah wahai diri. Berlumbalah dalam hal kebaikan. Sudah banyak Allah tekankan dalam Al-Quran bahawa hidup ini hanyalah permainan dan senda gurau. Kita akan diuji dengan kelaparan, kesusahan musibah dan sebagainya. Kita juga akan diuji dengan kekenyangan, kesenangan, nikmat yang banyak. Segalanya semata-mata untuk menguji siapa di kalangan manusia, yang paling baik amalannya ! 

Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Manusia itu sendiri yang menzalimi diri sendiri dengan memilih jalan hitam. Ayuh kita kembali. Kembali kepada Tuhan yang menciptakan kita. Berhenti mementingkan material dunia semata. Pandanglah dengan hati yang merindui akhirat. Yang merindukan pertemuan dengan Tuhan. Apa kita bersedia bertemu Allah dalam keadaan sekarang ? Sementara Allah bagi kesempatan. Mari kita cuba sedaya upaya. Moga-moga Allah pandang usaha kita yang sekecil ini :')


Jika saudara kita di Mesir, Syria, Palestin perjuangan mereka berkisarkan titisan darah, airmata dan kehilangan mereka yang tersayang. Kita juga berjuang untuk memerdekakan diri dari cintakan dunia. Perjuangan kita adalah menuntut ilmu demi membebaskan diri dari kejahilan. Perjuangan kita menghapuskan sifat mazmumah dalam diri, seterusnya menyuburkan sifat mahmudah yang Rasulullah teladankan pada kita. Di samping berjuang untuk sama-sama saling memperingati saudara saudara seagama kita di Malaysia. Merawat penyakit-penyakit sosial dalam kalangan remaja kita. Merawat penyakit-penyakit derhaka dalam kalangan anak-anak, suami dan isteri. Allah...'amar makruf nahi munkar' - satu perjuangan :/

Moga perjuangan kita ada progressing sehingga ending dijemput Ilahi. Tidak hanya starting tapi pause di pertengahan tewas dengan kelemahan iman. Kita saling memerlukan. Bantulah sesama kita untuk berlumba. Mereka di Syria, Mesir, Palestin berjuang. Kita mampu hulurkan sumbangan dan doa. Doa lah dengan sepenuh keyakinan. Janji Allah pasti berlaku. Islam agama tertinggi. Allah pasti memenangkan Islam. Sabarlah wahai saudaraku juga diriku. Kita juga sedang berjuang melawan hawa nafsu. Moga tetaplah hati kita mencintai, menyukai dan suka mengerjakan kebaikan atau kebajikan.

Bantulah sesama kita yang berada di sini untuk sama-sama berlumba membuat kebaikan. Jalan kebaikan itu sangat banyak. Terrrlalu banyak cara untuk kita berbuat baik. Bersungguh-sungguh lah. InsyaAllah, kita usaha Allah yang tentukan. Kita berlumba berbuat kebaikan, agar kita sama-sama dapat berkumpul di Syurga. Allahu Robbi :') 
Cemburu mereka di sana mati syahid ? :') Ayuh kita berlari mengejar mereka. Nak sama-sama dengan mereka. Nak rebut cinta Allah juga. Allah Maha Pemurah. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Kaya. Kita di sini berbakti pada diri sendiri, dalam rumah, persekitaran, negara. Di sini tanggungjawab kita. Hal di sini akan dipersoalkan ke atas kita kelak. Tanpa melupakan doa buat mereka. Moga Allah menguatkan hati-hati kita, hati-hati saudara kita di sana. Kita sama. Kita menyembah Allah yang satu. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah !! Allah tujuan hidup kita. 

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

"Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"


SPONSOR BY :

  mGosip
Shida Radzuan

TAG :

contestlover
lovelymine
lovemummydaddy

finally DONE !
Demi jiwarosak, si penjual janggut berdaftar,
ohh i like janggut. eh shy laa
dan juga kroni kroninya yang bersusun tu.
ku gigih jugak klik satu demi satu,
menanti loading yang memakan masa seminggu !

Mak aiii nak patah tangan, haha.

Demi hadiah yang bersusun senanye. pheww =.='

Ok, tak tahan sangat dah nak publish ni,
seminggu duk lam draf :)

Good Luck semuaa yang join !
Hopepuli ada CANN, yeayy
 tapi tadi jengok dah ade 84 gigitan ! Huhh
#aptb

Hokai la, janji join lepass hajat :P

Assalamualaikum semua :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

1001 2013 ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wasallam

Assalamualaikum kepada yang membaca :)

Oh, entry ni mesti di taip laju-laju sekadar 
nak mengucapkan selamat ulangtahun 

Awak dilahirkan pada 1001 2012 tahun lepas.
tepat jam 11.00 malam, ufff tahpape tulis masa tu
Alhamdulillah, dah setahun awak ujud.
Alhamdulillah, biiznihi.


Semoga dengan genap umur awak setahun,
awak akan lebih saya manfaatkan :)
dan awak lebih bermanfaat untuk semua, *cam sama je*
dan hopepuli kita akan lebih akrab pasneh, ahakk

Adeii ape la aku merepek !

###########################################

Ok lah tanpa buang masa yang sangat berharga,
berikut adalah pemenang pencarian bloglist 2013 || belog jcb 

jeng3 :D


TAHNIAHH TAHNIAHH TAHNIAHH :D

tenkiu veghi much sebab sudi meriahkan belog jcb ini yew ^^
pada yang tersenarai sila lapor diri, heheh
di emel ini ye : haynee.ar@gmail.com
pada yang tak tersenarai, saya doakan korang
teruussss maju demi nusa & bangsa oke !
keep blogging :D

psstt.. kalau tak puas hati, sila cari adik saya, dia yang pilih oke, hahak :P

selamat malam !

pheww.. sok saya jalanjalan atas blog korang taw taw
*senyuuum sampai tinge*




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

pencarianku sudah berakhir

Assalamualaikum !

Haaa
Pencarian apakah ?
Apakah yang sudah berakhir ?
Apakah ? Apakah ?
*panggg*jangan kalut sangat bleh x marhaini oi*

Ehemm
hekhi alhamdulillah walaupun ni adalah kali pertama,
yepp kali pertama mengadakan pencarian sebegini rupa, lemau la ayat -_-

Siyees sebenarnya lupa nak tutup segmen 
haha tah hape buat semalam sampai lupa,
hehe maafkan saya, maafkan saya ^^

So, seramai 36 orang blogger super duper sporting + anggun, eh
telah mensedekahkan link blog mereka ke dalam senarai 
bloglist jcb, woooo terharruuuu T_T
sobsobsobb ku tetap bersyukur ~

✿ Tinkiyu Tinkiyu Tinkiyuuu ✿

Oleh itu, belog jcb telah berjanji bahawasanya
barangsiapa yang dapat memberi sebab yang paling memikat hati,
akanku berikan sedikit penghargaan, waauuuuu
tolong katakan best :P

Tak terlupa juga yang susahsusah buat entry,
sangattttt ku menghargainya !
kaan da cakap korang memang sporting + anggun :)

Ehem2... test test Assalamualaikum kalian :)
mengumumkan bahawa segmen ini udah
TAMAT :D 

eh eh dah tamat laa.. hehe
TENKIUUUU veghiii much pada yang sudi meriahkan
pencarian cintaku ini
ehehe :P
psst.. pemenangnya ?? malam kang jcb umumkan okeyy :D
Kasi saspen maa..
bajet -_- *aku hanya blogger picisan sobsss
Hee ape pun jom singgah menyinggah dulu hokeyyy ! ^^

>> SENARAI BLOGLIST JCB <<

tiba aku rasa cam burok giler banner ni -_-
masa buat xsedar diri hahah hadoii ~

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Majlis Akad Nikah Lieyn

Bismillahirrahmanirrahim
Innalhamdalillah wa syukur lillahi kathira

Barakallahu Lakuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair
Lin & Khalid ^^

Alhamdulillah sabtu lepas,
29hb Disember 2012
Novelin a.k.a keklin,
one of my bestiesss
selama diijabkabulkan dengan pasangannya,
Zainal Khalid :)

Syukurr alhamdulillah..
tak terucap dengan kata-kata,
seronok, suka, gembira
sedih, terharu, rasa kehilangan
semuaaa ada bercampur baur.

Sabtu lepas majlis akad nikah je,
insyaAllah bulan 24 Mac 2013
akan berlangsungnya walimah :)

jom layangg gambar sekepim due tige XD

ni sebelum diijabkabulkan, tengah tunggu pengantin lelaki :)

alhamdulillah, selesai sudah.. terbina sudah satu lagi Baitul Muslim.. kami biasalahh tumpang glemer :P

saya & pengantin baru yg canteek anggun :D
"Selamat Pengantin Baru Sahabatku Sayangg"

selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri :)
selamat bercinta hingga ke syurgaNya ^^

Moga Allah tambah sayang,
Moga mendapat pahala mengikut sunnah.

Terima kasih tak terhingga kepada keklin sekeluarga,
layan kami-kami dengan baikk sangatttt
Alhamdulillah, moga Allah murahkan rezeki kalian,
dan mudahkan urusan kalian dunia & akhirat :)

Terima kasih, ma abah ( cik piyah & cik usop )
Terima kasih Jiha & Rozi ( tumpangkan akak smpai rompin ^^)
Terima kasih hassan & ekisy ( yang comeii & spurting )
Terima kasih abang K, jaga keklin kitorang baik2 hokeyy :D
Terima kasiih semuaa sayang-sayangku
Melin, Zu, Nad !!

(^_^)V

Ok lah,
Assalamualaikum warahmatullah :)

JCB :
Pasangan pilihan keluarga, moga ada barakahnya.
Bercinta lepas nikah, moga penuh mawaddah wa rahmah minAllah :)





La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Saya Pemenang

Subhanallah Walhamdulillah.

Aii senangnya dalam hati,
kalau memenangi segmen,
seperti blog ini,
ana yang empunya...

Kepada kak mia liana,
saya ucap terima kasih,
keepada kak nieza,
saya ucapkan toce !

(◡‿◡) pheww..

Ehem2 sila dendangkan mengikut rentak lagu 
P.Ramlee Madu Tiga 
Kikikikih

Aa entry ini sebagai penghargaan yang teramat,
kepada kak mialiana,
sebab pilih saya antara 10 pemenang dalam 


Dan belog jcb telah pun direview oleh kakmia
di SINI.
Sobsob terharu dengan review akak !
Suke sangatt atas sokongan yang diberikan :)
Terima Kasih, Konnichiwa dan Syukran Sis!
(^_^)V

Entry ini juga penghargaan yang tak terhingga,
kepada kak nieza,
sebab anjurkan GA banner doodles !
ohh i love doodles :D
Daan yang lagi best, adik cumel Rania telah memilih no 34,
Yang akhirnya melayakkan belog jcb mendapat tempat pertama 


Oh besnye syoknye gumbiranya,
x sia-sia bodek Rania, ahak2.
nanti jumpa akak banje lolipop ye ! ^_^

Nak bukti ? Ha tengok SINI
Rania posing dengan kertas dari periuk ajaib die :)
tak sabar nak dapat doodle by Nieza !

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Kenangan terindahh di akhir disember ini,
haii senangnyaa dalam hatii <3 <3 <3
Hehehehehe.

Ok lah, tata semua. Assalamualaikum !

Psstt saya bakalan offline 2,3 hari.
Pleasee wait 4 me to update where i'm going okey ^^
Sayang semuaa ~

JCB :
Setiap orang mampu berubah :)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Dia dah bertunang

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahummaftah 'alaina hikmataka
Wansyur 'alaina min khazaaini rohmatika
Yaa Arhamarrohimin.

Assalamualaikum kawan-kawan yang dirindui,
lama tidak menari di sini kan.
Upss menari-kan jari jemari menaip entry cerita peribadi
seakan-akan berbicara dengan sahabat di sini.

Kaaan ?

(^__^)

Ok lah hari ni saya nak cerita tentang
"Dia dah bertunang"

Siapakah dia ?
Haha poyos je konon2 saspen :P
Actully, sorang lagi BFF saya bertunang.
yang sebelum ni ada cerita kat sini.

Homaigee, ek ? Astaghfirullah !
Oh Allah.
sangatt syok woo, sangat bahagia maa.
sebab apa? ingat tak cerita kat entry ni ?

Alhamdulillah, akhirnya mereka berdua dah melangkah selangkah lagi
untuk membina baitul Muslim, insyaAllah.
Moga dipermudahkan urusan ye sohabat.

:: Satu batch, satu kelas, sering berjumpa dalam kuliah & tutorial, 
sering digosipkan bersama - sebab mulut2 nakal kawan2 yang suke menyakat, 
si lelaki tak pernah suka - malah rimas dan merasa terbeban.. 
si perempuan pulak buat2 xtawu dengan gosip sebab taken - dan sekadar suke2 menyakat, namun.. siapa kita untuk menidakkan qada' & qadarnya, 
benarlah kata-kata saban hari menjadi doa,
2 insan yang pada mata kasarnya, seakan-akan tidak mungkin bersama. 
Akhirnya mereka mengikat janji, untuk membina bait mawaddah wa rahmah 
demi mencari cinta Ilahi, dengan izin Rabbul Izzati, 
yang telah menetapkan segalanya sejak dari azali ::

Allah..

Cepat2 langsung ye korang ^^

Jom laayaan gambar sekepin due . .


yang tundung pink, 2 dari kiri nak kawen minggu depan :D


bakal mak mertua die, omei kaann. kiki :D

Hemm, tu je lah. hehe

doakan mereka ye. doakan saya juge.
doakan awaaakk semuaa juge !!

JCB :

'Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah 
sebelum berjumpa dengan dia, 
jodoh sebenar kita'




La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Nota Kasih Buat Emak Yang Melahirkanku

* play ni taw :)




Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum mak yang ku sayangi sepenuh jiwaku,

Mak...
Mak ingat tak peristiwa 24 tahun lepas?
Pada tarikh ini,15hb 12 1988, masa tu 1.45 petang,
Alhamdulillah Allah selamatkan kita mak :)

Mak.. 
Sekarang dah 24 tahun peristiwa tu berlalu.
Hari ini dah 15hb 12 2012.
Subhanallah, Allahu Akbar.
Agungnya Kuasa Allah kan mak,
dulu anak ni keluar dari perut mak,
kecik, xtau apa-apa, nothing . .
in 24 years, biiznihi,
anak ni dah habis belajar mak..
siap jadi penganggur terhormat lagi..

Hehe, tapi takpe kite suke. .
Sebab dapat duduk dengan mak 24 jam !
No worries, sebab mak ada depan mata :)

Mak..
24 tahun yang lepas, mak yang jaga kita,
tatang bagai minyak yang nak melimpah,
bagi makan, minum, nangis, bising !
kencing, berak, mak cuci,
masa tu xde lampin pakai buang ni,
meragam nak itu, nak ini, mak layan kaan aje,
aaa sebelum lahir pun dah berat bawak lam perut mak kan,
9 bulan 10 hari . . lama tuuu !
Mak solat, makan, buat kerja, pi toilet pun kena bawak kita kan . .
Mak... susahkan ? Baik mak cakap, susahkan ?
Tapi surely mak takkan cakap susah ! Takkan punya . . 
Baiknya mak, mulianya mak :(
Patutlah Allah perintahkan dalam al-Quran untuk jaga mak .
Rasulullah s.a.w pun sampai 3x ulang orang yang patut dimuliakan ialah MAK !

Mak..
Hari ini, kita bersyukurr sangatttt dapat berbakti pada mak,
dapat RASA susahnya mak jaga kita dulu,
Hari ini, kita pulak yang suap mak makan, minum
pujuk mak kalau mak nangis,
dengar cerita mak masa muda-muda dulu,
mesti mak rindu arwah ayah kaan.. :'(

Mak..
Hari ini, kita pulak yang basuh kencing, berak mak,
Mak semoga dengan ini dapat menggugurkan dosa kita yang banyak :(
Terima Kasih sebab mak sakit,
Walaupun kadang-kadang mak membuang tak kena masa,
Rasa nak marah hilang bila ingat,
Mak selalu menangis risaukan kita masa belajar dulu :(
Hilang semua bila membayangkan,
andai ini terakhir dapat dengar suara mak :'(

Mak.. 
Hari ini mak pulak yang request itu ini,
hihi tapi sweet kan ?
Mak... anak ini nak mintak maaf BANYAK-BANYAK
Kalau sepanjang anak ni jaga mak tak selembut mak jaga dulu :(
Kadang-kadang TERmarah, huhuhu
Kadang-kadang TERtinggi suara, sampai mak menangis .. kesian mak :'(
Kadang-kadang TERpukul mak sebab tak boleh kawal :(((
Anak ini memang x setanding mak dalam bab KESABARAN. out @.@

Mak,
sedihnyaaa.... bila ingat pernah buat mak macam tu !
Sedih.. sedih.. taknak ulang lagi !
Janji mak !! Anak ni takut kehilangan mak !
Takuut sangat :'(
Hari2 anak ini mintak maaf,
takut mak kecik hati,
takut mak xredha,
bila mak xredha, Allah xredha !
Bila Allah x redha ?
Allah di mana lagi aku mahu menumpang ??

Mak,
insyaAllah hari2 anak ini akan selalu doakan mak,
akan selalu jaga mak,
akan masakkan mak, bagi mak makan,
isikan minuman mak, basuh berr dan kencc mak,
potpet2 bebel kat mak,
tentang kisah tahpape anak ini,
tentang suami idaman laa, tentang impian nak pi haji sesama la,
hehe mak layaaaan kan aje,
terima kasih mak !

Mak,
insyaAllah anak ini takkan jemu jaga mak !
JANJI ! 
takkan jemu, yang penting mak ada . .
Mak jangan cepat pergi tau,
Pleaseeee berrtahan.....
anak ini akan selalu hiburkan mak tau,
buat mak ketawa dengan lawak bodoh anak ni ! hehe
mak jangan maraaa ha.. gurau2 aje
Mak kuat semangat taw . .

Sayang Mak ! Terima Kasih Mak kerana melahirkan saya :)
Terima Kasih Mak kerana membuka ruang untuk anak ini belajar
Erti Sabar, Syukur, Tabah, Redha dan segala resepi Ujian Hidup.

Terima Kasih Allah kerana mengurniakan saya seorang EMAK !


Kau kasihanilah dia Ya Allah, sungguh Dia sangat memerlukanMu Ya Allah !Kau berikanlah kekuatan jiwa padanya, Kau tempatkanlah dia di sebaik2 tempat di sisiMu,Sungguh, dia insan mulia. Andai ada sedikit kebaikan yang aku lakukan, kau berikanlah pahalanya kepada kedua ibubapaku. Namun, andai ada kemungkaran yang ku lakukan, jangan sekali-kali kau libatkan mereka Ya Allah. Sesungguhnya, tanggungjawab mereka terhadapku telah lepas. Mereka telah memberi pendidikan kepadaku dengan kudrat yang mereka ada. Kasihanilah mereka Ya Allah. Kasihanilah mereka Ya Allah ;'(
Aamiin. 

Yang benar,
Anakmu :D

muke beliau xsenyum walopun peacee yoo ! :D



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Catatan Seorang Hamba

1/2/34
15/12/12
1:03 A.M

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi Robbil 'Alamin.
Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wasallim.


google :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiada lain yang pantas diucapkan saat ini,
melainkan puji-pujian bagi ALLAH,
Dia Yang Memanjangkan usia ini,
Dia Yang Meminjamkan jasad ini,
Dia Yang Menetapkan ketetapan untuk aku hidup sampai saat ini,
Alhamdulillah.

Allah,
Di saat usia kian menjangkau,
tiada lain yang ku kesalkan, melainkan . .
terlalu banyak dosa & noda hamba ini lakukan.
Lukanya jiwa ini selalu mengabaikanMu,
Perihnya jiwa ini membayangkan azabMu,
atas kemungkaran yang pernah ku lakukan :'(
kerana Engkau Maha Halus Ya Allah..
Ampunilah hambaMu Ya Allah.. Ampunilah Ya Allah :(

Di kesempatan yang tak terhitung kesyukuranku ke hadratMu Ya Allah,
Di saat dunia semakin hanyut di bawa arus perubahan,
Di saat ini, Engkau masih memandangku Ya Allah,
Syukur tak terhingga atas panggilan pulang ke pangkuanMu Ya Allah !
Si kerdil, Si Hina ini, tidak punya apa-apa melainkanMu Ya Allah !

Apa yang ku cari di dunia ini ?
Apa yang aku perlu di dunia ini ?
Apakah sebenarnya tujuan aku di sini ?
Siapa aku di Hari Pembalasan kelak ?
Bersama Para Solihin kah ? Berhak mendapat syafaat kah ?
Kerdil.. kerdil.. kerdilll .. Malunya aku Ya Allah !

Namun,
Atas sifat Rahman, Rahim dan GhafarMu,
Luasnya laluan-laluan syurga yang Engkau bukakan,
Aku tidak mahu mengalah,
Selagi matahari masih terbit di Timur,
Aku akan sentiasa meminta keampunanMu !
Aku akan sentiasa menagih kasihMu !
Aku akan sentiasa mencari peluang mengamal sunnah RasulMu !
semoga dengan azam itu,
Bisa mendekatkan aku kepadaMu, cinta pertamaku !
Bisa menundukkan aku untuk taat kepadaMu, penciptaku !

Dekat padaMu kunci kebahagiaanku,
bukan sahaja di dunia, yang paling penting di Akhirat kelak !
Aku mahu bahagia di sana !

Destinasi terakhirku ?
Aku yang pilih, aku yang usahakan,
Selebihnya, ku serah padaMu !
Kelak Allah akan persoalkan SEGALANYA.

Apa sumbanganku terhadap agama ini ?
Dari manakah aku perolehi wang ?
Ke manakah wang ku belanjakan ?
Apakah aku mengamalkan ilmu yang ku pelajari ?
UMURKU, USIAKU, ke manakah aku habiskan ?
Untuk siapa ? Untuk apa ?
Astaghfirullahal 'Azim ~

RedhaMu matlamat hidupku !
Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku,
Bertambah usiaku, bertambah manfaatku pada agama & bangsaku.
Jadikan cahaya cinta kasihMu penuh dalam hatiku, agar setiap yang ku lakukan,
semata-mata keranaMu Ya Allah.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'Alamin :)

# Muhasabah teragung bila di Lanjutkan usia :)
Allah.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 'ala kulli ni'am.



JCB : SELAMAT HARI TUA UNTUK DIRI SENDIRI. INGAT, MATI TAK KIRA USIA. ALLAH MASIH BAGI PELUANG TU, JANGAN SIA-SIA KAN :D 



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

She got Her Fiance

Bismillahi Kaafi Bismillahi Syaafi
Bismillahillazi Laa Yadhurruhu Ma'asmihi Syaiun Fil Ardhi wa Laa Fis Sama-i
Wa Huas Sami'ul 'Aliim :)

Assalamualaikum loyal readers, silent readers, stalkers & others.
Rinduuu nak berbla bla di sini.
Hehe, korang sihat x?
baru dua, tiga hari xjenguk korang,
rasa cam setahun !
Ehek ehekk gedix amat kauu mar :P

*Tak sempat nak BW korang lagi, nanti i balas dendam okeh*

"She got Her Fiance"
Ehem ehem, alhamdulillah. alhamdulillah.
hehe well, she di atas refer to my BFF, my sohabat kurap :)
Nurul Nadiah Zulkifli
@ nad @ maknad.. ahak ahak

Tahniahhhh awak ! Finally ^^

 Actully, 2,3 hari lepas ke rumah beliau lah,
hehe.. almaklum laa buat2 bizi di sana :P

a.k.a almaklum laa sape suh memandai kenal kan diorang,
kena la mewujudkan keber'ada'an diri, meraikan bersama gituu :D
memandai sangat kan dah kena siasat ngan nenek-nenek beliau !
Haha..

Oke, takmo la bebel pepanjang.
Tangan masih penat melipat sireh junjung :P
Kekekekeke..

Jom layan gambar beliau yang cantekk!
(^___^)V

ayu anggun jelita sweet sour sume ade :D
dari kiri : mak andam DAYAS, perantin, cik LYA gojess :)

en sireh junjung, weols gulung2 snirik gitu :P


hantaran utk pihak laki, yg maknad dpt lupe nak snap ! hee

aaa kasi besar sikit... teka mane mak beliau & bakal mak mentua ? hehehehe :P



Mabruuuk Mabruuk.
Cepat2 langsung yee !
Moga dipermudahkan segala urusan ye cayunkk ^^
Aamiin.

peacee V^^V
XOXOD







La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Saya Hargai Semua

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

senyuuumm.. senang .. selesa..
kelihatannya di atas sana follower gue udah nyampai 300.
*300 pun kecoh hehek 
tiada lain yang pantasku ucapkan melainkan
Alhamdulillah 
dan THANX untuk semua yang sudi 
follow & support di sini.

Walaupun, hakikat & realitinya,
gue yakin nggak semua yang sempat membaca tulisan gue.
tapi, gue tetap mengucapkan
ribuan & jutaan maqasyi kepada kalian :)
tetap kehadiran kalian 
"SAYA HARGAI"
(^_^)V

Moga-moga keberadaan kita di medan ini menambah saham pahala.
salam ukhuwwah. salam mahabbah. 
akhukum fillah ^_^ 

Sebagai menghargai kalian,
gue tangkap 3 insan bertuah di sini :D

 [ Follower 100 belog jcb ]
"born as a muslimah and proud of it"

MasyaAllah, i really love her quote! 


[ Follower ke 200 belog jcb ]
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,dia datangkan petir dan kilat,
Kita tertanya-tanya ke mana hilangNya matahari.Rupa-rupaNya Allah memberikan kita pelangi.Ceriakan diri anda dengan hidup yang penuh warna warni seperti pelangi.
Just be cool and smile if want be Cute like me hehehe"

Subhanallah, sangat bermotivasi kata-kata ini :)

[ Follower 300 belog jcb ]
Memancing mengajar erti kesabaran dalam diri aku.Ingatlah bahawa Rezeki itu datang hanya dari Allah dan sentiasalah kita mensyukuri nikmat dariNya. 

Allahu Akbar, mengingati Allah setiap waktu walaupun ketika berhobi^^

Jemput bertandang ke blog mereka ye,
tanda sokongan yang tak berbelah bagi
di medan perkongsian ilmu ini :)

*Ehehe memandai aku je yg pegi jemput* 
:P

JCB :
Perempuan yang pakai seksi & yang bersolek keterlaluan tu 
sebab x yakin dengan ciptaan Allah 
padahal perempuan Afrika yang hitam legam pakai cawat pun ada suami ^_^
-USTAZ AZHAR IDRUS-
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

~LaPanLapanEmPatLapan~

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 10 akhir Ramadhan semuaa..
Kejap je masa berlalu kan,
minggu depan dah raya
dah separuh bulan 8.

Apa pun,
selamat menggandakan amalan!
pecutan terakhir neh.
jangan lepaskan peluang okeh~

LapanLapanEmpatLapan
8hb Ogos 1948
Hari ni ulangtahun arwah ayah..
Mohon semua sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah saye ye,
sempena Ramadhan yang Mulia ni
moga ruh ayah tenang bersama orang2 beriman dan
orang yang beramal soleh.

Ayah......
SANGAT SANGAT RINDUUU DENGAN AYAHH T_T

*Ya Allah, jika sedikit amal kebaikan yg aku lakukan, kau berilah pahala itu kepada ayahku.
Namun jika ada keburukan yg aku lakukan janganlah ayahku diheret sama :'(
Kasihanilah ayah dan ibuku sepertimana mereka mengasihani sewaktu kecilku*
Aamiin
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

7887

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala PUJI hanya bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Assalamualaikum semuaa.. :)
7887
.
.
.
Hapoo yang 7887 nyee???

Muehehe alamak hari ni den botul2 terharu laaa..
haishh ase nak nangis airmata gumbiraa taw taw.
Actually gembira sesangat ^__^

Yelaa cik mialiana yang peymes dan baik hatiii
sudi membuat entry khas untuk diri yang serba hina ini.
Oh Allah..
Huhuhu saya sangat menghargainya~
Thannxx sesangat cik mialiana :)
Sayanggg manyak2 :p

saya mintak ngan en google :D

Aik..
Tak caya ke?
Tak caya ek?

Haaa meh tengok SINI.
Ini seriusss :p

P/S : jangan jelesssss. JCB ade, korang ade? hehe :D
Jangan lupe jenguk blog beliau taw!

JCB : Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak sentiasa belajar,
Kalau salah tolong ajarkan. 
V(^__^)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Pertama Ramadhan bersama Anak-Anak Chowkit :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
(^_^)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Dah masuk 2 Ramadhan 1433 H pun hari ni.
Sementara tunggu azan Asar berkumandang, apa kata hapdate cite skett! ^^
Alhamdulillah semalam first day Ramadhan, kitorang sempat meluangkan masa bersama-sama anak-anak terbiar kat Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chowkit.

Majlis berbuka puasa tu di sponsor oleh somebody, tapi tak tahu lah siapa gerangannya.
Kitorang datang pun dijemput oleh seorang ibu kepada anak autisme di Fakih Intelek.
Time berbuke puasa tu ramai la anak-anak.
Kecik-kecik lagi semua... comel comel :)
Pas berbuka diorang balik rumah memasing.

Kami difahamkan, mereka hanya datang berbuka 
dan hanya sebilangan je yang memang tidur dan menetap kat situ.
Pengalaman yang menarik, sebab dapat merasai ketandusan kasih sayang diorang.
Walaupun kehadiran kami, tak lebih 3 jam pun tapi terasa kemesraan yang ada.

Sempat menunaikan solat Maghrib & Isyak berjemaah sekali ngan teraweh!
Alhamdulillah mereka semua seronok nak solat teraweh.

Next time kalau ada masa, boleh la kita sama2 berbuka dengan golongan macam ni kan.
At least dapat didik hati untuk sentiasa berSYUKUR dengan apa yang kita miliki.
dan Alhamdulillah bulan puasa ni memang orang berlumba2 nak sedekah dan bagi bantuan pada mereka kan kan ^_^

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah :)

kami berenam, dari kiri : Nad, K.Syida, Amy, Lin, Zu & Mar.
Adek kecik depan : Solehah & Aida :)
shamsuddin yang suke minum air & aida yg rajen solat ^^

ceria ekkk..

lintang pukang bergambar.. kat belakang tu tempat diorang tidur :)
Oh baiklah sekian sahaja!

JCB : Jom tingkatkan ibadah! Rajin tilawah & tadabbur- solat sunat plusplus^^
 banyakkan sedekah! kurangkan pelahap tawtaw :-)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

cinta si tempang~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dah lama sebenarnya cikmatahari nak kongsi cerita ni - ' CINTA SI TEMPANG '
Sebelum tu nak mintak maaf kalau penggunaan term yang kurang sesuai. Takde niat nak hina sesiapa cuma nak ambil iktibar dan pedoman :)

Alkisahnya begini, suatu malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya dan kawan ternampak kelibat seorang wanita tempang yang gigih menolak troli untuk melintas jalan. Pada pandangan pertama, pemandangan itu seperti biasa saja. Hanya perasaan kesian timbul tapi tiada apa-apa tindakan dari kami berdua. Dalam fikiran "mungkin rumah dia kat depan tu je kot".
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Rindu ^_~

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Puhh puhh,, sapu sapu sikit. Bersawang dah.. hehe.
Aishh rinduuu sangat nak menulis kat belog cabuk neh :p


Agak2 ade orang rindu tak nak baca tulisan cik matahari ? wekk hihi perasan.


Hmm memang x berkesempatan nak conteng2 kat sini sejak 2,3 minggu lepas.huhu. sedihh ~ sian belog neh kan! 


Oke tanak majuk2 .. now i'm back :)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Cintai Profesion Guru :)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt,

Antara soalan yang dikemukakan oleh pengerusi dalam satu majlis forum di UPSI ialah apa ciri-ciri guru unggul?
Lantaran masa yang singkat dan juga forum perdana tu di tengah padang saya berikan enam ciri, kot kot boleh berguna untuk para guru semua di luar sana.


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA [PART II]

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt,


Ayat hari ini : " hari2 pon macam cutiii....bahagia sungguh" :P


Disebabkan ketiadaan aktiviti makanya mari menulis entry untuk belog amatur ini.. idea? jom sambung cerite BB1M part I yang dulu. 


Ahad lepas 4 Mac 2012, lepas kelas bersama2 anak autisme selesai, kitorang decide nak pi Ekspo Buku Islam Putrajaya. (itu adalah hari terakhir! huu masih sempat kee)

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ingat 5 sebelum 5

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt,


Syukur kepada Allah Taala atas segala ni'mat, rahmat & kurniaanNya.
Syukur tak terhingga! Alhamdulillah Wa Syukurlillah~


Alhamdulillah hari ini ku gagahkan jua diri ini untuk bangkit dan melawan segala kesakitan yang bersaki baki itu.
Eh Eh apa la alkisahnya. Jom entry kali ni aku nak kongsi ingat 5 sebelum 5!


Meh kita refresh semula apa yang 5 sebelum 5 tuu??


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

Siapa Pernah Melahirkan?

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t,


Hehe tajuk entry, Siapa Pernah Melahirkan? Anyone, please raise ur hands!
Kompem ramai kan.. hehe, anyway Tahniah pada semua yang pernah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk melalui pengalaman 'melahirkan'.

Subhanallah Walhamdulillah Allahu Akbar!

Actually, tadi tengok la FB sekali imbas sebelum kemas2 nak shutdown laptop la konon, nak tidoq ngantuk oii.
Tapi, TER baca lak 10 Fakta Menarik tentang Kelahiran ni.. 
MasyaAllah. Subhanallah. Sangat kagum & taajub dengan kejadian Allah. 
Dan sangat membuatkan aku rindu pada MAK.. T__T
Mak.. u're So Amaizing! 
Ya Allah Ampunkanlah dosaku, dosa Kedua Ibubapaku, Kasihanilah Mereka sebagaimana Mereka Mengasihaniku sewaktu kecilku. Aamin.
Mungkin kita dah pernah tawu BUT aku nak share jugak. Coz sometime we forget about 'How Amaizing Our Mom' and we forget 'The Signs of Greatness Allah swt'.

Nah, baca & renung balik 10 Fakta Menarik tentang Kelahiran :
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE