Antara soalan yang dikemukakan oleh pengerusi dalam satu majlis forum di UPSI ialah apa ciri-ciri guru unggul?
Lantaran masa yang singkat dan juga forum perdana tu di tengah padang saya berikan enam ciri, kot kot boleh berguna untuk para guru semua di luar sana.
Pertama, seorang guru mahu tak mahu, suka tak suka, mesti kena ada jiwa guru. Tak boleh tidak, kena ada jiwa guru, semulajadi, instinct untuk menjadi guru tu kena ada. Paling tidak ada sekelumit dalam hati nak berakhir sebagai guru, sebagai cikgu atau sebagai cikgi.
Guru dulu-dulu unggul sangat, pasal apa? Pasal mereka tu tak siapa boleh nafi ada jiwa. Mengajar sepenuh hati, membawa hati ke sekolah dan juga luar sekolah. Itu pasallah mereka jadi begitu dikagumi, sebab orang yang bawa hati dengan tak bawa hati kan berbeza.
Kita bercinta, tapi tak bawa hati sepanjang percintaan tu, tentulah hambar. Hambar boleh tahan, yang tak tahan timbul masalah, dan masalah selalunya membawa pada perpisahan, dan perpisahan itu sentiasa membawa penderitaan.
Jadi semua guru, baik yang bakal, baik yang sudah, baik yang sedang, anda kena ada jiwa. kena ada jiwa untuk menjadi guru. Kalau tak ada, dapatkanlah. Anda kena bentuk jiwa ni.
Kedua, anda kena bangga dipanggil cikgu. Alamak, ada bakal cikgu bila orang panggi dia cikgu, dia kata apa, "Janganlah panggil I cikgu, I malulah, I tak selesalah." Pulak.
Anda kena bangga dipanggil guru. Anda kena rasa kembang. Kalau rasa kuncup itu menunjukkan anda tak bangga. Macam mana nak kerja bagus kalau tak bangga. Setakat kerja bolehlah, tapi kalau yang bagus, saya rasa, agak sulit.
Tiga, jadi cikgu tu bukan pilihan ketiga. Orang kata dah tak ada pilihan lain, maka jadilah cikgu. NO, kalau pun betul dulu pilihan ketiga, keempat, waima kesepuluh, tapi sekarang ia pilihan pertama, pertama dan terus pertaman. Kena tukar pilihan tu menjadi yang pertama.
Empat, kenali potensi diri. Ramai orang tak bagus dalam bidangnya sebab dia tak nampak potensi dirinya di situ. Kalau anda kenal potensi anda di situ, anda pasti jadi hebat dan luar biasa.
Lima, faham saham-saham akhirat yang dijanjikan pada orang yang mengajar. Satu huruf yang diajar, digunakan oleh orang berkenaan untuk menimba ilmu, saham-saham akan berterusan diperoleh guru berkenaan. Bayangkan. Maka, tak ke boleh kita katakan, orang paling kaya barangkali guru, cikgu dan cikgi. Mereka ni betul macam MLM, saham mereka ini beranak-beranak-beranak, tanpa henti.
Enam, yang akhir, cinta. Anda kena cinta profesion ini, baru datangnya tenaga luar biasa, timbulnya ketahanan mental dan fizikal. Maklum mengajar ni banyak cabarannya.
Jadi itulah enam perkara yang saya share malam berkenaan bersama-sama bakal guru, pensyarah, kakitangan universiti, ibubapa sebab program forum perdana itu dibuka kepada awam.
[ Selamat Membentuk Peribadi Unggul Sebab Celik Insan Kerana Guru]
* saya di atas bukanlah cik matahari. hehe karena ini bukan copy + paste. ini copy + type daripada karya
DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJJ : ada bagus.bagusss <<--dapatkan buku ini. Bess! banyak lagi short story yang penuh motivasi~
hehe gigihkan cik matahari menaip demi nak kongsi! -.- kire plagiat ke? hahah
>>>>> Tanpa guru siapalah saya :P thanxX cekguuuuuu <<<<<
Salam..
ReplyDeleteSy minat sgt jd guru tp xkesampaian..sedih..hehe..
krn minat, sy sambung jg dlm bdg pendidikan w'pun pernah dibuang dr bdg pendidikan..haha
sya minat cekgu marhaini sangat2..hehe
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletealhamdulilah..Allah kurniakan saya ibu bapa yang pentingkan pelajaran anak-anaknya
Allah kurniakan saya guru-guru yang sentiasa menasihati saya
dan pada hari ini
saya tunduk syurkur
terime kasih yaAllah
saya bergelar pendidik pada hari ini
di bumi Sabah..taburkan ilmu untuk anak-anak didik tercinta
terus tersemat di sanubari
jangan mengharap pelajar selalu mendapat A dalam peperiksaan
sebab payah untuk kita dapat semuanya
tapi sentiasa berharap dapat hiasi akhlaknya
akhlak yang baik akan kekal selama-lamanya
trime kasih Ya Allah
@jahidih saili
ReplyDeleteishh teringat plak kisah 4thn lepas eh.. xpe mendidik tak hanya tertumpu pada cikgu je, semua orang boleh jadi pendidik, nak tak nak jee~ :)
@amalina khalid
tahu dahhh :p
@cikgu yn
alhamdulillah, terima kasih atas nasihatnya..
sangat senang sekali :)
manarik entri ni...mati2 ingat cik mar la yg jadi panel forum tu...huhu
ReplyDelete