ingat 5 sebelum 5

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt,


Syukur kepada Allah Taala atas segala ni'mat, rahmat & kurniaanNya.
Syukur tak terhingga! Alhamdulillah Wa Syukurlillah~


Alhamdulillah hari ini ku gagahkan jua diri ini untuk bangkit dan melawan segala kesakitan yang bersaki baki itu.
Eh Eh apa la alkisahnya. Jom entry kali ni aku nak kongsi ingat 5 sebelum 5!


Meh kita refresh semula apa yang 5 sebelum 5 tuu??


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)




MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN

LAPANG SEBELUM SIBUK 
HIDUP SEBELUM MATI 
SIHAT SEBELUM SAKIT



Nak highlight nye kat sini adalah sihat sebelum sakit!
Hukhuk 2 minggu ni aku diuji.. benar2 di uji [kiffarah dosa yg menggunung T.T]

Apa tak nye, started from 27 February 2012 aku sakit mata. tak tawu la berjangkit sakit mata or maybe ada jangkitan sebab aku pakai contact lense kan. So every two days kena pegi appointment dengan Dr Florence (naseb die baik & cantik) sampai ke hari ni, aa besok hari khamis 8 Mac 2012 still kena PPUM. hukhuk. Dokter cakap dah getting better tapi 'scar' tu masih ada, tak pulak getting worse.. cuma die stayy je camtu~

Ok, fine lepas 2 kali pegi appointment dan dokter bagi ubat antibiotik + eye glow, mata da tak sakit lagi. Alhamdulillah cume kena continue appointment.

But, huhuhu sabtu lepas 3 Mac 2012 gigi pulak yang sakittt..
Huu hanya orang yang pernah sakit gigi je tawu betapa dahsyatnyee~

Pagi sabtu cool lagi, pikir esok baik lah ni. Ahad pulak stil sakit tapi malas layan (pegi jugak jumpa anak-anak syurga sebab rinduu). siap pi ekspo buku Islam kat putrajaya! muehehe. bestt!

Ok pagi isnin ada appointment mata. pegi PPUM lagi. pastu terus pi bahagian dental. sakit gigi da xble tahan! arghh..

Tapiiii.. huhu xsuke ngan birokrasi yang melampau ituuu. ada ka patutt org sakit gigi mcm dah ape, die boleh suruh buat appoinment dulu. oke fine takpe la kalau appointment tu besok or luse.. tapi sebulan kot!! huh~

Keluar je terus nangis sorang2! puas kott. huhuhu sedih sangat tapi redha jela kan. balik tu aku tido & tido & tido sbb nak tahan sakit gigi. huu

Pagi selasa, before kul 7 a.m lagi aku dah kua uma. tak tahan, nak sampai awal. nak cabut. nak tampal. nak macam2. haha pdn muke diri sendiri (dah terhantuk baru nak terngadah)-  betuii ka peribahasa nii =.='

pukul 8.30, dokter tu tampal + cabut gigi aku sekaligussss! perghh lega! terrbaikk. bayor 4 hengget je kot. muraah kan??! xpayah nak tunggu appointment yg berbulan tuh lagi~ 

TAPI..

arghh ku sangka ia semudah itu, bila balik umah kesan bius dah semakin hilang. kesakitan yang teramat oii..

Makan ubat sakit gigi + tido + tido + tido (bangun solat je)
Makan tak. minum air pun tak. 
Emm petang alhamdulillah ada kawan prihatin buatkan bubur. hehe
Yela perut lapa tapi cane nak makan berdenyut2 gusi den!

So wake up today. Alhamdulillah dah tak sakit sangat~ but still ade rase sakit
now i can smileeeee (^_____^)

Thank You Allah. Terima kasih atas ujian ini.
Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu Ya Zal Jalali Wal Ikram :)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (Ujian & Cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang Terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa Kepapaan (Kemusnahan Hartabenda) dan serangan Penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya Musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang Beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu Dekat (asalkan kamu Bersabar dan berpegang Teguh kepada Agama Allah). (Al-Baqarah 214)
 Dan boleh jadi kamu Benci kepada sesuatu padahal ia Baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu Suka kepada sesuatu padahal ia Buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak Mengetahuinya. (Al-Baqarah 216)



1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.(Al-Asr 1-3) 



* Ingat lah 5 sebelum 5.
manfaatkan ni'mat sihat.. sihat hati, sihat akal, sihat jasad! 
jangan tunggu tua baru nak beribadat.
jangan tunggu miskin baru nak sedekah.
hargai masa lapang hanya untuk Allah.
hargai masa hidup sebelum mata tertutup.
Jangan tunggu TUA, MISKIN, SIBUK dah nak MATI baru nak ingat Allah T_T


"Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa ingat kepadaMu" 

>>>>> Segalanya milikMu Ya Allah <<<<<



La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

4 comments:

  1. Syafakillah..tp ms hr ahad tu..mcm ok ja..

    papun, mg cpt sembuh..amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Jahidih Saili

      aaamin.. hehe tu la anak2 syurga punye pasal,
      abaikan je saket yg xsberapa time tu :)

      Delete
  2. kena ingat 5 perkara tu.....
    semoga cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  3. memang selalu ingat..orang mudah ingat bila dia jatuh sakit..semuanya ingat lima2 tu..:-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE