Pembunuh Kejam

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt,

Subhanallah Walhamdulillah Wallahu Akbar..

Terpanggil untuk mencoret sedikit perasaan yang timbul tatkala mendengar berita adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang sejak 1 Mac lepas dan ditemui mati kena bakar seminggu selepas kehilangannya.
Berita penuh boleh baca sini.

Allah... kejam giler orang yang sanggup buat macam tu. Memang kurang waras agaknya, mustahil manusia yang mentalnya sihat, berakal & waras tergamak nak buat macam tu kan..

Bergenang airmata bila tengok gambar wajah adik tu ketika masih hidup. Apalah dosa dia sehingga diperlakukan sedemikian. sangat kejamm!! pembunuh tu tak boleh dimaafkan! Allah~


Yela, alangkan haiwan pun kita tak sanggup nak bakar kan?? Barang2 kalau dah tak gune pun berat hati je kalau nak bakar2 ni... Ya Allah kau selamatkan lah kami. Cukuplah Allah sebagai penolong & sebagai pelindung daripada kekejaman umat akhir zaman ini T.T

DOA SELAMAT DARIPADA ORANG YANG MELAKUKAN KEJAHATAN :


قَالَ رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya : "Nabi Lut berdoa dengan berkata : Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka). - Surah Al-Ankabut : 30

Buat keluarga adik Nurul Nadhirah, semoga tabah menghadapi ujian & musibah ini. Mungkin ia menjadi peringatan & petunjuk bagi yang lalai selama ni......... (mungkin ibubapa dia sendiri, mungkin jiran2 dia, mungkin kita sbg masyarakat, mungkin juga tampuk pimpinan negara.)

Dan semoga ruh adik Nurul Nadhirah tenang bersama orang2 soleh. Sememangnya dia masih mentah dan tidak punya dosa.. Ya Allah.. Al-Fatihah

iklan adik Nadirah @ nama manjanya dirang ketika hilang

* Setiap yang bernyawa pasti merasa mati. Tak mengenal usia, tua @ muda PASTI ! bersediakah aku -.-

<<<<< إنا لله وإنا إليه راجعون <<<<<
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

2 comments:

  1. Al-fatihah utk arwah..
    pasti pembunuh tu akan mdpt balasan setimpal dgn kelakuan kejam mrk..

    ReplyDelete
  2. @jahidih saili

    yup.. kalau bukan di dunia, akhirat pasti ada!

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE