BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA [PART I]

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t .

Apa khabar student2 IPT 1 Malaysia? Dah amik baucar buku 1 Malaysia ke belom?? Hehe sape2 yang belum tuh cepat cepat la pegi amek okeh~ tak lame tempoh available baucar tu, 3 bulan je taw. Rugi kalau tak amek RM 200 tu. Hehe bak kata pepatah ‘orang memberi kita merasa, rezeki jangan ditolak’ kui kui kui. 

Terima kasih kerajaan Malaysia  ;)

So, cik matahari pun tak lepas peluang manfaatkan baucar tu sebaik mungkin. Nak beli buku-buku yang bermanfaat, tapi pening jugak nak pilih buku apa. Hehe almaklum la tengok buku obses gler sampai keliru. Baca tak baca belakang kire. Hehehehe. (ada ka patutt.. ;P)



Before balik kampong untuk bercuti sem, sempat jugak la saya singgah kedai buku ‘big’ punye iaitu MPH, Mid Valley. Puhhh punye la ramai orang. Buku- buku pun cam dah tentu arah dah.. hoho duk lam tu dua jam cam tak terase. Punye la khusyuk & konpius nak beli buku apa. Berapa kali pusing. 

At last terjumpa la satu buku one of my favourite author & an awesome motivator,
DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ :D
Sangat berpuas hati dapat buku beliau : ADA BAGUS BAGUSSS, hihi unik kan tajuk nya ;) 
tak sabar nak baca. Nanti saya akan kongsi kan isi nya, semoga bermanfaat untuk kita semua.

Emm kalau dah gune baucar tu kena cukupkan RM 50 jugak jumlah belian kita, so disebabkan keliru nak ambil buku apa lagi, saya memaksa en.kawan untuk memilih satu buku yang digemari. Hehe, pilih2 :D

Then saya pick up satu lagi buku. Kali ni buku berbentuk sirah pulak, kisah tentang puteri Rasulullah s.a.w, FATIMAH PUTERI KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W  ;)
Buku nya cukup simple tapi penyusunan ayatnya amat baik dan menarik untuk orang orang yang ‘slow reader’ cam saya. Hihi. Bukan itu sahaja, sekali imbas saya ‘scan’ buku tuuu memang banyak kisah tentang peribadi, pengorbanan dan ketabahan Fatimah r.a yang boleh kita contohi. Rujukan terbaik nak jadi anak solehah dan isteri solehah (^___^)

Ok, itu sahaja yang sempat saya sambar. Lebihan baucar akan dihabiskan bila bukak sem nanti. Pesanan buat kawan-kawan, manfaati lah baucar tu sebaik mungkin okeh! Bijak membeli, pengguna bijak~ ek? [peribahasa sendiri]

* he nanti nak pi kedai buku lain la.. dekat MPH tak banyak choice, tak jumpe buku cikgu cikgi :P
*kekadang ase tak cukup lak RM 200 tu. Hikhik en kerajaan leh tambah lagi tak? Saya nak beli alat tulis untuk Latihan Mengajar nanti la, boleh tak boleh takk.. :P
* terima kaseh daun keladi taun depan bagi lagi boleh saya kebas adek saya punye! Tata~

Sekian sahaja untuk kisah baucar 1 Malaysia part I, terima kaseh sudi baca lain kali jemput baca lagi :D


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE