BuKan ReZeki (^^,)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak kongsi sikit pengalaman yang berkaitan dengan 'bukan rezeki'..mesti korang pun biasa dengar dan biasa sebut kan..'dah bukan rezeki kita, redha jela', 'ada rezeki kita ada la'...dll kan kan kannn..

So nak cite nye, siang tadi teman kawan pegi beli tiket bas nak balik ke klate. peh tu tiba-tiba teringat peristiwa setahun lepas kot.. masa tu aku nak beli tiket nak balik ke kl daripada temerloh.
Kisahnya begini, [ceh cam dramatik sangatt] hehe masa tu aku nak beli tiket cam biase la, 
'Abang encem, tiket ke kl paling awal pukul berapa ek?'
'Pukul berapa datuk harimau....'
'Eh..bergurau pulak dia..cepatlah paling awal jam berapa?'
'Ohhh..jamm cakap la awal2..jam 2 petang adek maness..'

* dialog ini adalah palsu semata-mata. mustahil lor i nak kecek gitu ngan abang tuh. bwekk :P

Sambung cite, kemudian aku pun dengan pantas dan efektifnya meminta untuk membeli tiket ke kl pukul 2 petang untuk 2 orang [aku dan kekaseh hati, eh bukann kekaseh jiwa iaitu adek aku yang emm boolat :D]

Nak sampai klimaks cite dah ni..peh tu abang tu hulur tiket, aku pun menyambut dengan bahagia serta gumbira kemudian menghulurkan sekeping note RM50. harga tiket aku adalah RM 22.60 untuk 2 orang.

So, akibat ketiadaan duit syiling untuk memulangkan baki sebanyak RM 27.40 sen, abang kaunter tiket tersebut telah meminta aku untuk memberinya 60 sen jika aku ada, supaya senang die memulangkan RM 28 terus kepada aku yang comel [ek?]

Aku pun cek la dalam purse tapi uuu sebarang sen pun tiada!! haha. memalukan jew~
Then, aku pun pergi la mintak 60sen jap kat adek aku yang sedang duduk2 di  kerusi tidak jauh dari kaunter tersebut. [memang tak jauh ada la lam 3 langkah]

Sekembalinya ke kaunter tersebut, aku pun hulur le duit 60 sen tuh pastu mintak tiket aku..
Oh tapi malangnya, dengan selambe dan yakin nya abang yang sudah tidak ensem  itu berkata,
'Eh kan saya dah bagi tiket tu kat awak tadi'
'Memang la.. tapi saya tinggal kat kaunter ni dulu suh awak jaga sebab pegi ambik duit jap, lagipun saya kan tak habes bayar lagi.. takkan saya nak amek bawak chow terus..'
'Saya tak tau apa-apa, tadi saya dah bagi tiket tu.'
'Cuba tengok betul2 kot awak terselit kat lam buku tu'
'Takde memang takde'
Dia dengan muka tak bersalah ambik duit aku, dan terus layan customer kat sebelah!

Weh cik abang kaunter tiket. hampeh la lu~ huhh
seb aku jenis redha taw. malas nak bising bising gaduh gaduh. aku hanya mampu menangis di dalam jiwa je~ huuu huuu huuu T T

Mula-mula aku dah down and merajuk malas balik kl & bertaubat tak nak naik bas yang berjenama tempat beliau bekerja! tapii..uhh i'm not the person yang nak marah panjang2. beli tiket lain naik je la bas tu jugak. hahah dahhh bas tu je yang besyy.. nak wat cane kan kan. pasrah & redha. dah BuKan ReZeki :) chill~

* aku siap pi tanya lagi orang-orang yang berkemungkinan TER ambil tiket aku. haha punya la bermuka tebal. :P ada aku kesah, janji pueh ati dapat cari sebelum berserah :DD


Sekian, terima kasih sudi baca (^____^)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE