Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t.
Sahabat sahabat yang budiman lagi dikasihi,
Jika seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, maka tanggungjawab lelaki tersebut terhadap ibunya tetap tidak pernah terlepas atau terhenti. Berbeza dengan seorang perempuan yang sudah berkahwin, maka tanggungjawabnya hanyalah terhadap suaminya bukan lagi kepada kedua ibubapanya.
Sehinggakan ada dalam sebuah hadis Nabi s.a.w mafhumnya, ‘Jika manusia itu boleh bersujud sesama manusia, maka akan aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya’.
-Maaf kalau ada yang silap. tegur oke ;)-
Sebagaimana yang kita ketahui, selagi mana ia tidak melanggar syariatNya dan tidak mensyirikkan Allah Maha Esa, maka selama itulah seorang isteri itu harus taat dan patuh kepada suaminya.
Saya nak kongsikan sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat :
“ Nenek dia ada sembilan orang anak, iaitu tujuh orang anak perempuan dan dua orang anak laki-laki. [means mak2 n pak2 saudara dia la] Anak-anak nenek ni semua berjaya dan kesemuanya sudah mendirikan rumah tangga. Alkisahnya bermula apabila hari yang disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. [aah ni sengaja aku tambah, nak bagi ayat bunga-bunga (-.-) ]
Diringkaskan, suatu hari Allah datangkan ujianNya sepertimana yang telah dijanjikan dalam al-Quranul Kareem yang mana Allah akan menguji hamba2Nya yang beriman dengan ketakutan,kelaparan,kesakitan dsb. Iaitu atuknya diserang mini strok yang mengakibatkan lumpuh sebelah badan iaitu di bahagian kiri tubuh. [Umur kedua pasangan ini saya kira dalam 60 lebih gitu la]
Maka, sudah menjadi satu kebiasaan apabila salah seorang daripada kedua orang tua jatuh sakit, maka anak-anak pun akan mula bertelagah sesama sendiri. Perkara kecil pun mula diungkit tanda tak puas hati dan berkira sesama darah daging sendiri.
[Ummmm..perlu ke? Mak sorang leh jaga 9 anak, ayah sorang leh sara 9 anak. Korang 9 orang tak ley jaga yang sepasang tu jek??!]
Ok pasal ni cik matahari taknak cite panjang2, nanti sampai esok korang tak habes baca entry ni :P
Fokus nak citenya adalah kepada anak yang no 8, hehe iaitu anak bongsu perempuan sebab anak no.9 nenek ni lelaki ;). Anak no.8 nenek ni saya namakan Pn.N (bukan nama sebenar). Pn.N adalah seorang guru di sebuah sekolah menengah sekitar negeri M. Suaminya bekerja sendiri dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Apa yang agak menyedihkan dan menjadi tanda Tanya seluruh ahli keluarga mereka, Pn.N seakan-akan berubah setelah berkahwin.
Contoh 1 : Semasa ayahnya sakit di hospital, Pn.N dan suami hanya datang sekali selama beberapa minit [tak sampai sejam kot] sebagai syarat tunjuk muka. Pastu tak penah nampak batang idung dah! Sampai la sebulan dah ayah dia sakit. [positive : sibokk kottt~]
Contoh 2 : Dah jarang telefon ke rumah ibunya sendiri untuk bertanya khabar dsb sehingga nenek ni rasa rinduuuuu sangat. [maklum la anak bongsu ppuan, mesti la rapat kan. Tambah lak masa belajar dulu dah memang jarang balik. Positive : takdak keditt kott]
Contoh 3 : Kalau adik beradik mesej or call, mesti dan pasti suaminya yang akan ‘reply’ mesej dan jawab call. *jawab call pun nada nak perli2 je~ (ex.kalau kitorang balik pun, adik bdik bkn suke etc.) [Positive : maybe stiap kali kol tu lah pn.N pi berak. Ek? Heheh ]
Contoh 4 : Lebih suka dan berbangga dengan keluarga mentuanya.ek? ok fine~ mak ayah mentua die muda lagi, tak main la saket2 neh. Dah la muda kaya plak tuu. Cek pon nak :P
[part kaya la, heh].
Contoh 5 : Langsung takde perasaan nak bergilir2 jaga ayah nya yang sakit. Serah bulat kat kakak dia yang ada empat orang anak kecik2. Walhal die duk satu negeri je dengan mak ayah die
[ bkn kena naik flight punnn] dann die takde anak pun lagi~
emm kalau anda? Ok saya tak kahwin lagi, so tak paham lagi kann~~~~
Itu adalah beberapa contoh yang sahabat saya kongsikan la, apa yang mengecewakan.. dia kata mak saudara dia ni seorang yang sangat baik sebelum berkahwin. Dia selalu join usrah, ikut tarbiyyah, Jemaah dan so on la. Nak cite nye, bukan salah tarbiyyah tu, tapi Pn.N ni la rugiii.. sebab dah dapat pendidikan yang sempurna sampaikan masa belajar dulu jarang balik rumah sebab join aktiviti2 tarbiyyah. But at last buat mak sendiri kecik ati and seksa perasaan en.nenek yang sangat2 rindu kat anaknya. Patut ke?
Huhuhu ok fine la, maybe suami die tak izinkan balik kampong jaga ayah dia, takpe la kan tanggungjawab LAYAN suami tu lagi wajibkan. Tapi takkan la sampai nak call Tanya khabar mak ayah pun suami tak izinkan. Be consider la… mana hilang kasih sayang dan perikemanusiaan. Baca banyak sikit teladan macamana Rasulullah s.a.w didik isteri2 Baginda. “
Itu pendapat saya yang kat hujung sekali perenggan ayat tu.. hehe maaf la kalau teremosi , sebab saya sangat2 sensitif kalau bab parents ni.. susah sangat kan kite anak nk berkorban T_T
[kadang2 termasuk diri saya juga].
Ingatlah sentiasa, mak ayah kita 1 di dunia & akhirat.
Takkan ada dua tiga lagi~
Takkan ada dua tiga lagi~
Berbaktilah selagi sempat, Berdoalah jika dah selamat (T.T)
Redha Allah bergantung pada keredhaan ibubapa kita.
Jangan kecilkan hati mereka..
Apa pendapat korang? Adakah Pn.N patut dipersalahkan? Atau suaminya? Atau atau..Wallahua’alam.
Semoga semuanya hanyalah salah faham, dan didoakan pintu hati Pn.N dan suami dilembutkan Allah s.w.t. ameeen.
*Saya belum berkahwin. Mungkin saya tidak cukup faham masalah dalaman orang berumahtangga.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai ibubapa kita ;)
------>> ( sangaattt rindu arwah ayah T.T)…..(sangaattt bersyukur masih dapat jaga mak cuti ni >,<)<<-----
contoh ketiga kelakar pulak.. haha.. iha pernah berkawan dengan ramai org2 yg dah berumahtangga.. mostly kadang2 kesilapan suami mereka mendidik isteri sedangkan sebelum kahwin si isteri mmg tip top.. isteri pulak tak boleh nak buat apa2 sbb suami akan ungkit syurga neraka isteri skrg ada kat mana.. kesian kan isteri yg kena mcm ni, moga suami mereka mendapat hidayah dan diberi peluang untuk mendidik keluarganya ke jalan yg lurus.. panjang tak iha menaip, hihi..
ReplyDelete