'eee sape busuk ni....?'

Bismillah, Assalamualaikum w.b.t


Mempersembahkan sebuah drama terbaik sepanjang zaman..............hihi


watak :


1) comel = kucen
2) momo = lembu
3) kokok & kikik = ayam jntn & betina



Pada suatu hari.. comel nak keluar rumah sebab nak pergi bermain dengan kawan2 nya. sebelum itu, ibu comel telah berpesan supaya mandi dulu sebelum keluar. tapi comel degil. die keluar jugak tanpa mendengar nasihat ibunya...


Setelah menyarungkan selipar angry bird kesayangannya, comel pun berjalan menuju ke taman permainan kegemarannya dan rakan-rakan. Comel jalan.....jalan..dan jalan...ketika melintasi kedai kopi mak limah, comel berjumpa dengan si momo. comel pun berkata kepada si momo,
"momo, jomla pergi taman permainan kat sana tuu..kita main sama-sama nak tak..".
momo tidak menyahut ajakn comel, sebaliknya berkata, "eee..bau sape busuk ni..?"
lalu momo segera berlalu meninggalkan comel.
comel pun sedih, tapi dia wat derkk je sambil berkata di dalam hati,
'ala xpe momo tak nak main dengan aku, nanti kat taman masih ramai yang nak berkawan dengan aku'


Comel pun jalan lagiii..jalan..jalan..kemudian comel bertemu pulak dgn si kokok dan si kikik. belum pun sempat comel ajak kokok dan kikik bermain, kokok berkata kpd kikik, " eee bau sape busuk ni kikik...?" kikik segera menjawab, "eee bau comel laaa..". mereka pun beredar dari situ.


Comel berasa sangat sedihhh, dia berasa betul2 busuk dan terus mematikan hasratnya untuk ke taman permainan. lalu comel pun berpatah balik dan pulang ke rumah. sebaik sahaja tiba di rumah,
comel pun memeluk ibunya. "ibu, comel mintak maaf"
ibu comel tersenyum, kemudian mengangguk, "dah pergi mandi dulu comel, nanti kita makan sama2"


(^_________^)


* kisah ini di adaptasi dpd :
~cerita sebelum tidur daripada seorang ayah kepada seorang anaknya~
konsep bercerita dua hala pulak tuu..tu yang besyy. hihi


cth : "comel berjumpa dgn momo, cne bnyi momo?" si ayah bertanya.
Kemudian anak pun menjawab "mooooo....." [sambil totop idung]
ATAU
"lepas tu ap momo ckp kt comel?" si ayah bertanya lagi.
anak pun jawab dengan penuh kepelatan, "eeee bau tape bucuk nii?"


hihi nak tergelak bile ingt cte ni. kisah yang penuh pengajaran.
disampaikan dengan gaya yang cukup ringan & santai..sgt membahagiakan^^
[konklusi : dgr ckp mak, ibu, mama @ ummi jgn ingkar taww . tamo nakal2 =)]


Sekian, terima kaseh kerana sudi membaca ;)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

1 comment:

  1. kiutnye drama ni.. yang iha rasa nak TERgelak bila kucen ada selipar angry bird okeh.. :D
    apapun, 'cerita ringan' ni mempunyai mesej yg dikira 'berat'.. nice! :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE