Pertama Ramadhan bersama Anak-Anak Chowkit :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
(^_^)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Dah masuk 2 Ramadhan 1433 H pun hari ni.
Sementara tunggu azan Asar berkumandang, apa kata hapdate cite skett! ^^
Alhamdulillah semalam first day Ramadhan, kitorang sempat meluangkan masa bersama-sama anak-anak terbiar kat Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chowkit.

Majlis berbuka puasa tu di sponsor oleh somebody, tapi tak tahu lah siapa gerangannya.
Kitorang datang pun dijemput oleh seorang ibu kepada anak autisme di Fakih Intelek.
Time berbuke puasa tu ramai la anak-anak.
Kecik-kecik lagi semua... comel comel :)
Pas berbuka diorang balik rumah memasing.

Kami difahamkan, mereka hanya datang berbuka 
dan hanya sebilangan je yang memang tidur dan menetap kat situ.
Pengalaman yang menarik, sebab dapat merasai ketandusan kasih sayang diorang.
Walaupun kehadiran kami, tak lebih 3 jam pun tapi terasa kemesraan yang ada.

Sempat menunaikan solat Maghrib & Isyak berjemaah sekali ngan teraweh!
Alhamdulillah mereka semua seronok nak solat teraweh.

Next time kalau ada masa, boleh la kita sama2 berbuka dengan golongan macam ni kan.
At least dapat didik hati untuk sentiasa berSYUKUR dengan apa yang kita miliki.
dan Alhamdulillah bulan puasa ni memang orang berlumba2 nak sedekah dan bagi bantuan pada mereka kan kan ^_^

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah :)

kami berenam, dari kiri : Nad, K.Syida, Amy, Lin, Zu & Mar.
Adek kecik depan : Solehah & Aida :)
shamsuddin yang suke minum air & aida yg rajen solat ^^

ceria ekkk..

lintang pukang bergambar.. kat belakang tu tempat diorang tidur :)
Oh baiklah sekian sahaja!

JCB : Jom tingkatkan ibadah! Rajin tilawah & tadabbur- solat sunat plusplus^^
 banyakkan sedekah! kurangkan pelahap tawtaw :-)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE