Alf Syukr Ya Allah!!
بسم الله الرحمن الرحيم ♥
اللهم إنك تراها
فإن رأيت أمي مذنبه فاغفر لها
وان رأيتها حزينه أسعد قلبها
وان رأيتها فرحه فاتمم عليها فرحها
وان كانة مريضه، فيا رب اشفها
وان كانة مهمومه، فيا رب ابعد همها
♥ وان كانة مرهقه، فبشرها بالأجر العظيم
Ya Allah,
Engkaulah yang melihatnya (ibuku)
Jika Kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa,
maka ampunilah dosanya
Jika kau melihat ibuku dalam keadaan sedih,
maka gembirakanlah hatinya
Jika kau melihatnya dalam keadaan gembira,
maka sempurnakanlah kegembiraannya
Jika dia sakit,
maka sembuhkanlah sakitnya
Jika dia gelisah bimbang,
maka jauhkanlah kegelisahan & kebimbangannya
Jika dia letih,
maka sampaikan berita gembira padanya tentang ganjaran yang sangat besar
Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
selamat ulangtahun yang ke-57 tahun.
-19 Julai 2012-
Mak.. izinkan anakmu ini menjadi anak yang solehah
anak yang mampu membawamu ke syurga.
Jika itu tidakku mampu,
jangan sampai aku jadi anak yang derhaka
hingga terpaksa mengheretmu ke Neraka.
Nauzubillah! Nauzubillah!
Terima kasih atas segalanya mak!
Doa anak ini tidak pernah berhenti.
Semoga mak sihat2 selalu & di panjangkan umur~
Kasih Sayangmu nyata tiada tandingan!
Alf Syukr Ya Allah!
Alhamdulillah Alhamdulillah kerana mengurniakan aku seorang ibu :)
Saya Sayang Mak Saya ^_^
puan Aliah yang comel!! peaceee yooo :) |
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿