cinta si tempang~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dah lama sebenarnya cikmatahari nak kongsi cerita ni - ' CINTA SI TEMPANG '
Sebelum tu nak mintak maaf kalau penggunaan term yang kurang sesuai. Takde niat nak hina sesiapa cuma nak ambil iktibar dan pedoman :)

Alkisahnya begini, suatu malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya dan kawan ternampak kelibat seorang wanita tempang yang gigih menolak troli untuk melintas jalan. Pada pandangan pertama, pemandangan itu seperti biasa saja. Hanya perasaan kesian timbul tapi tiada apa-apa tindakan dari kami berdua. Dalam fikiran "mungkin rumah dia kat depan tu je kot".


Tapi, takdir Allah menentukan. Kami berpatah balik! tak sanggup membiarkan si tempang itu terus menolak troli yang berisi muatan tu seorang diri. Ya, tindakan kami sebenarnya agak tepat~

Dia sudah terlalu lelah & penat sebenarnya. Meski itu rutinnya, tapi aku sangat kagum dengan ketabahannya!

Bayangkan, dia berjalan sejauh lebih 500m dengan kudratnya yang hanya boleh bertapak jika berpaut kepada sesuatu. Dalam situasi dan keadaannya dia berpaut pada trolinya.

Usianya 29tahun. Masih muda. Katanya, kecacatan itu sejak azali.

Tiba di rumahnya, aku kagum. Rupanya suami dia jugak tidak sempurna. Berkerusi roda dan tidak mampu berjalan. Subhanallah!

Allahu Akbar. Indahnya aturan-Mu. Mereka serasi bersama. Jodoh itu di tangan Allah. Yang penting kita redha menerima pasangan kita.

Baik buruknya menjadi pelengkap menuju redha-Nya ;)


Berbalik kisah kakak tadi, dia dan suami berniaga di pasar malam pantai permai. Berniaga kecil-kecilan menjual gula-gula dan rokok. opps aku agak tergamam bila suaminya cerita yang mereka jual rokok. hehe. tapi mari kita doakan hatinya terbuka untuk menjual barang2 yang berfaedah & bermanfaat :)

Yang penting, mari contohi usaha & ketabahan mereka.KEKURANGAN bukan HALANGAN, malah ia bisa menjadi BATU LONCATAN untuk lebih maju dan berjaya! (^__^)

Nak taknak je... :)


~~~~~~ Bahagia?? Kita yang memilihnyaa.. ~~~~~~~
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE