AHLAN WASAHLAN YA REJAB!!

SELAMAT DATANG BULAN REJAB!!

Rejab bermaksud Ta'azim.

Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam. 

Rejab bererti kebesaran

Bulan ini merupakan bulan yang mulia dalam Islam sejak zaman Jahiliah lagi. 

Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan haram yang empat.

Di dalam bulan ini kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.

Amalan puasa di dalam bulan Rejab adalah salah satu cara menambah pahala amal ibadat kita untuk menjauhkan diri dari segala maksiat. 

Sesungguhnya barangsiapa yang mendahagakan dirinya dengan berpuasa di dalam bulan Allah subhanahu wa ta'ala (bulan Rejab) maka ia memperolehi ganjaran dari Allah subhanahu wa ta'ala. 

Selain itu kita juga digalakkan membaca istighfar & zikir sebanyak-banyaknya dan melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain.

Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

 Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh

رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا



 Selawat 10 atau 100 kali

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد


 Berzikir 100 kali selepas solat Subuh dan Asar
                             
                                                      لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ 


                               Bertasbih 100 kali 

                 سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى  




OR baca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari
OR... apa-apa sahaja surah dari Al-Quran :)

* Allahumma barik lana fi Rajab wa Syaaban wa ballighna fi Ramadhan. Aamiin.


                                        
Allah berfirman, 
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” 
(QS At-Taubah: 36)


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE