Seorang SUAMI berNama MUHAMMAD || Part II

sambungan PART I , belum baca ? dun worry, klik SINI :)

gambar rusydee artz, ehsan google :)


Pahrol Mohd Juoi

Justeru, 
sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai 
pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja & sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. 
Jadilah suami yang berjaya.

 Tegasnya, 
kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik 
sekiranya belum menjadi suami yang baik. 
Sekiranya kita bertanya siapakah yang paling baik? 
Dengarlah jawapan dari Rasulullah s.a.w : "Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kamu terhadap keluargaku."

Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa 
menjelajah rumah tangga Rasulullah. 
Kita saksikan bagaimana manusia agung ini 
berjuang dalam gelanggang yang paling kecil 
tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembina ummah
Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. 
Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, 
tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.

|| Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam menjelang dinihari. 
Kerja dakwah dan memimpin masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. 
Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur
Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik 
untuk baginda tidur di muka pintu.
Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada . . 
baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. 
Tenang dan indah sekali. 
Pada hari ada rezeki untuk dimakan, baginda syukur. 
Apabila tidak ada, baginda sabar.
Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor ||
 Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, 
tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja 
yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain 
yang kononnya lebih hebat dan unggul. 
Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah 
mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar
Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu !  

* Ada sambungan lagi ! tunggu ye ^_^


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

4 comments:

  1. As salam, baru nak menegur..ikut lama dah...

    ReplyDelete
  2. Semoga ditemukan jodoh yang soleh. Aaminn. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    bestnya Mar kongsikan kisah Nabi.. sheila harap suami sheila tergolong dalam suami yang soleh seperti Nabi. insyallah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE