Tips cinta jarak jauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Emm ada suatu hari, hari tu la lama dah..
hehe entry ni pun duduk lam draft baik punya, berminggu-minggu suda..
ulang balik, hari tu kan, ada dengar prof muhaya dekat ikim. Topik apa tak ingat dah.

Yang ingatnya, kebetulan masa tu ada caller dari Indonesia, mintak pendapat prof Muhaya tentang bagaimana mengurus cinta jarak jauh. Caller tu bertunang dengan orang Malaysia, so diorang duk jauh-jauh la kan. Kire cam susah la nak kenal-mengenal Hantara satu sama lain.

Dia minta tips cinta jarak jauh :)
So, saya kongsikan cadangan prof muhaya :

 PEMIKIRAN & TUJUAN mesti SAMA ^^

Prof cakap suami & isteri mesti mempunyai pemikiran dan tujuan yang sama. 
Saya setuju sangat, tujuan kedua-dua pasangan berkahwin mesti jelas, iaitu sama-sama nak raih redha Allah. If sorang kahwin bertujuan nak kaut harta, sorang lagi kahwin sebab nafsu, maka hanyut lah kan. Haa tujuan ni mestilah yang baik, atau khusus lagi mesti kerana agama, kalau tujuan sama, tapi pada perkara yang fasad nak buat ape, silap haribulan tak dan 2 minggu karam. opsss :X

Hehe so acano nak tawu pemikiran dan tujuan kita & bakal pasangan adalah sama ?
Ahaa? ni lah tips cinta jarak jauh ye, tuan-puan, akak-abam, adik-adik, atok-nenek, pakcik makcik, dato' datin, jiran-tetangga, kucing-kucing dan jerung :P

Pemikiran dan tujuan boleh dinilai melalui PENULISAN.

Bagaimanakah ? bagaimanakah ? Perlukah setiap orang menulis di blog ?
Oh jangaaaaan sesak ruang maya :P


Hehe, prof kasik contoh maa..

Contohnya : Kongsikan satu artikel melalui emel, then share pandangan.
Aiyaa, sikalang zaman sudah maju maa,..
sesaat kau hantar, sesaat dah sampai, kemunculan  emelmu.. penuh misteri.. sungguh mulianya dirimu, memberiku artikel untuk dikongsi.. Kaulah idaman kalbuku, pastiku tak rugi milikimu ~ *sila ikut tone kak melah
Ehem2. betulkan balik pitching suara. Oh ya, so masa masing-masing kasik pendapat, kita boleh tengok la encik @ cik tunang kita tu bagaimana dirinya, ya qaaan.. Emm tak semesti emel artikel, share video kat youtube pun orite maa :)

Yang fenting prof pesan.. 
jadikan pencarian ILMU dan pencarian ALLAH adalah VISI UTAMA.
Yepp visi utama saya, awak, kami dan mereka ! ^^ 
Oh kemon, ayuhh luaskan skop pemikiran, 
setiap langkah mencari ilmu, setiap detik mencari Allah :D

Psst.. siapa tahu kenapa mesti pemikiran ? Kenapa tak tanya, awak ada kereta bape bijik? Atau, awak pakai pencuci muka apa? Atau, eh awak dulu pernah jatuh longkang tak ? uff -.-

Anyone ? Anyone ? Sape dapat jawab, mak kasik lolipop *senyuumsampaitinge*


Eheh, takyah penim-penim pikir ye, ini adalah kerana..
PEMIKIRAN membentuk segala-galanya. Ia menentukan emosi & tindakan :)

Sehingga ketemu lagi, bobaiiii.. Assalamualaikum !

JCB : 
 La Ilaha Ilallah La Ilaha Ilallah La Ilaha Ilallah
Muhammad Rasulullah, Alaihi Solatullah 

La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE