Siapakah sahabat baik Rasulullah s.a.w semasa kecil?

BismillahWalhamdulillah :)
Lau Kaana Bainanal Habib~
Ya Rasulallah Ya Habiballah, kami rinduu padamu.
Allahumma Solli Wasallim Taslima 'Ala Nabiyyuna wa Habibuna wa Khaliluna.

Salam Maulidurrasul buat semua. Rancakkan lagi selawat dan salam kita ke atas Baginda, bukan masa maulidurrasul je, tapi setiap masa, tak semestinya kuat-kuat, perlahan-lahan pun boleh, dalam hati, sentiasalah nama baginda meniti di bibir dan hati kita, insyaAllah :)

Sahabat-sahabat tawu tak siapakah sahabat baik baginda sewaktu kecil ?

Semua tahu kan Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat baik Nabi s.a.w, sahabat yang setia menemani baginda semasa peristiwa Hijrah. Abu Bakar juga merupakan sahabat yang sentiasa membenarkan kata-kata baginda, sebab tu lah beliau digelar As-Siddiq. Tapi tahukah anda, Abu Bakar As-Siddiq juga adalah sahabat baik baginda sejak kecil lagi !

Selepas Abu Bakar dilahirkan, Abdul Mutalib datang melawat dan mengucapkan tahniah kepada ayah Abu Bakar dan ibunya, iaitu Abu Quhafah dan Salma.

"Siapakah budak yang tuan bawa ini ?" tanya Abu Quhafah sambil menunjuk ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh Abdul Mutalib.

"Inilah cucu saya yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ibunya bernama Siti Aminah. Sejak kecil anak ini dipelihara oleh ibu susunya yang bernama Halimatus Saadiah. Muhammad baru sahaja dihantar kepada kami," jawab Abdul Mutalib sambil menyatakan rasa gembiranya kerana cucu kesayangannya sudah dikembalikan.

"Anak ini sungguh comel dan baik budi pekertinya. Semoga dia menjadi sahabat kepada anak kami, Abu Bakar," kata Abu Quhafah pula.

"Nama dia Muhammad. Satu nama yang belum pernah diguna oleh orang Arab. Mengapa dia diberi nama Muhammad ?"tanya Salma pula.

"Siti Aminah yang minta supaya anaknya dinamakan Muhammad. Katanya ada yang membisikkan ke telinganya supaya anak ini dinamakan Muhammad. Nama itu amat serasi dengannya," jawab Abdul Mutalib.

Kemudian katanya lagi, "Ayah Muhammad sudah meninggal dunia. Ibunya pula balu yang miskin. Tetapi kasih sayang saya kepadanya melebihi anak sendiri. Pada hari dia dilahirkan, saya kendong budak ini lalu saya bawa masuk ke dalam Kaabah. Kemudian, saya bawa dia tawaf mengelilingi Kaabah. Itulah hari yang paling menggembirakan bagi saya," kata Abdul Mutalib sambil menceritakan detik-detik kelahiran Muhammad.

"Apakah yang menyebabkan tuan begitu sayang kepada Muhammad?" tanya Abu Quhafah pula.

"Pada hari Muhammad dilahirkan, suasana amat tenang dan tenteram. Hati saya terlalu gembira menyambut kelahirannya. Siti Aminah yang melahirkan anaknya pula tidak berasa sakit. Bidan yang menyambut kelahirannya terasa seperti dibantu oleh makhluk-makhluk ghaib," jawab Abdul Mutalib.

Disebabkan Muhammad tidak mempunyai ayah dan ibunya pula miskin, maka tidak ada yang sudi mengasuh dan menyusukan dia kecuali Halimatus Saadiah. Sebaik sahaja Halimatus Saadiah melihat wajah Muhammad lantas dia berasa sayang lalu bersetuju mengambilnya sebagai anak susuan.

"Muhammad lahir membawa tuah. Itu diakui sendiri oleh Halimatus Saadiah," kata Abdul Mutalib lagi.

"Menurut Halimatus Saadiah, keajaiban yang mula-mula dialaminya apabila unta kurus kering yang ditungganginya bersama Muhammad dapat berjalan pantas sehingga dapat mengejar unta-unta yang berjalan dahulu daripada mereka. Kemudian kehidupan keluarganya juga semakin senang dan bahagia. Pohon-pohon kurma mereka berbuah lebat, kambing yang mereka ternak membiak dan banyak susunya."

Abu Quhafah dan Salma tertarik dengan apa yang diceritakan oleh Abdul Mutalib. Mereka juga berasa jatuh hati kepada Muhammad dan berharap kelak beliau bersahabat baik dengan Abu Bakar.

Sejak hari itu, Muhammad dan Abu Bakar sering bertemu. Walaupun rumah mereka agak berjauhan kerana Abu Bakar tinggal di Masfalah dan Muhammad di Syiab Ali yang terletak di bahagian atas kota Mekah. Kadangkala Siti Aminah yang datang berkunjung ke rumah Salma membawa Muhammad. Pada hari yang lain, giliran Salma pula yang datang berkunjung ke rumah Aminah membawa Abu Bakar. Mereka mempunyai ikatan kekeluargaan yang rapat.

Semenjak kecil Abu Bakar dan Muhammad diberi didikan dengan penuh kasih sayang. Mereka berkawan rapat. Tambahan pulan kedua-duanya sama-sama berbudi pekerti mulia dan disenangi oleh masyarakatnya. Mereka berdua tidak pernah menyembah berhala, meminum arak dan melakukan maksiat yang biasa dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda. Allah.. Allah.. 


sumber asal : Khalifah-khalifah yang benar - Abdul Latip Talib ;)
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE