Jangan Lupakan Mereka Yee

Assalamualaikum warahmatullah semuaa :)


Korang-korang, dah tengok muka mak ayah tak hari ni ?
Ohh korang-korang tak duduk sekali ye ? Dah berkeluarga dan tinggal sendiri ?
Belajar tempat lain ? Mak ayah duduk kat oversea ? Hehe. xpe.. talipon kan ade,
dan segala macam bentuk komunikasi boleh dicapai zaman ni :)

Korang-korang, dah kol mak ayah tak hari ni ?
Ohh apa? tak sempat ? sibuk ? banyak kerja ? nanti petang ?
Ohh xpe.. janji kol, atau sms lagi senang. sekadar bertanya khabar pun jadi lah :)
Mereka sedang menunggu tu, mereka tak cakap tapi kita anak jangan lupa ye..
Pasti mereka tersenyuum :)

Tak boleh kol ? Mak ayah dah xde ?
Takpe, kirim dengan Allah. Nanti Dia sampaikan. Dah sedekah al-fatihah ?
Kalau dah alhamdulillah, kalau belum, jom baca.
Mereka menunggu kita punya kiriman^^


Korang-korang dah berdoa untuk mereka ?
Mereka selaluuu menunggu anak-anak mereka.
Mereka tak pernah lupakan anak-anak.
Tapi anak-anak selalu lupakan mereka.

Jangan Lupakan Mereka ye..
Walau korang-korang dah ada anak sendiri.
Bukankah sepatutnya bila ada anak sendiri,
korang lebih meRASAi rindu mereka itu,
lebih meRASAi penantian & kerisauan mereka.
Jangan Lupakan Mereka ye..

Nak kongsi sebuah kisah :)

Pagi itu, Tasha duduk di sebuah kerusi yang diperbuat daripada kayu dan dilengkapi dengan meja. Berhampiran tapak pasar malam dan hentian bas rapidkl. Lebih tepat lagi, di luar pagar sebuah flat perumahan. 
Tiba-tiba datang seorang pakcik yang agak berumur, berjalan menuju ke arahnya. Tasha memerhatikan langkah pakcik yang boleh dikategorikan sebagai warga emas, sedikit bongkok, memakai baju batik dan songkok. Di tangannya memegang payung panjang. 
Lalu, pakcik itu duduk di kerusi berhadapan dengan Tasha. Dikeluarkan sapu tangan dari poketnya, lalu di lap peluh yang memercik di dahi. Dari wajahnya, Tasha dapat melihat yang pakcik tu kelihatan agak penat.  
"Pakcik dari mana ?", sapa Tasha. 
"Dari flat sana...", balasnya bersahaja sambil senyum-senyum dan seolah-olah masih semangat mahu meneruskan perjalanan.   
Tasha terkejut, sebab flat yang pakcik tu maksudkan agak jauh. Jauh tak jauh la, tapi kalau Tasha sebagai orang muda pun, penat jugaklah berjalan. Timbul rasa kagum, tapi lebih banyak kasihan dalam hati Tasha. 
"Pakcik sorang je ke ? Nak pegi mana?" 
"Aah sorang je. Pakcik nak pegi amik duit pencen dekat sekian-sekian, anak-anak dah keluar pagi-pagi lagi, yang perempuan cikgu mengajar dekat blablabla..tak sempat nak hantar" terang pakcik tu sambil senyum-senyum lagi. Seolah-olah tidak mengapa dia berjalan seorang diri dan dia tetap bangga dengan anaknya.

Agak panjang Tasha berbual dengan pakcik tu, dari hal mahu ambik duit pencen hingga cerita arwah isteri pakcik tu dan zaman mudanya sebelum merdeka. Lepas hilang lelah dan penatnya, pakcik tu mintak izin mahu meneruskan perjalanan, katanya takut orang ramai kalau lambat. Bingkas pakcik tu bangun dan mengambil payungnya, memberi salam dan berjalan semula. 
Tasha sekadar memerhati, dalam fikirannya kenapa dibiarkan pakcik ini seorang diri. Memanglah dia masih mampu untuk berjalan, tapi bukankah sepatutnya ada seseorang yang boleh bawakan dia. Atau, bukankah sepatutnya duit pencen bukan lagi keutamaan dia. hemm atau apa-apalah yang patut. Yang pasti tak patut pakcik yang sudah 8 abad itu berjalan sebegini jauh semata-mata duit pencen dia yang tak seberapa. Tasha sekadar bersangka baik. 

Korang-korang suka lupakan mereka kaaann..
Suka buat-buat lupa jerih payah mereka kaann..
Suka buat-buat lupa kerisauan melambung mereka kaan..
yang tak pernah padam tu, sejak dari dalam kandungan sampai besar cam tong drum, eh !
Hehe.. korang-korang ni bukan korang-korang yang baca, 
ni korang-korang yang kat Pulau Maldibesh sana, ehehh 
saya tauu korang-korang yang kat sini baik-baik. insyaAllah. Aamiin :)


JCB :
Mereka ada hanya sekali seumur hidup kita.
Mereka satu je, satu ibu, satu bapa.
Redha Allah letak pada redha mereka.
Berani kita hidup tanpa keredhaan mereka ?
Berani kita mati tanpa keredhaan mereka ?


La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

19 comments:

  1. nice entry mar...huhuhu..sayu betol cheqkaq..mekasih sebab memperingati diriku..nk tepon mak jap..:)

    ReplyDelete
  2. jangan sesekali kita pernah lupa pada ibu dan bapa kita... kerana tanpa mereka kita tak akan lahir ke dunia ni... walaupun kita dah berumahtangga...ye tak?

    nice entry and very gud one mar... ^_^

    ReplyDelete
  3. yela mar..hati ibu bpa mna yng tak risau hal anak2 kn..kita yang duk ngan dorang tu pun, mak selalau tnya2 pasal adik 2 orang tu.. :(

    ReplyDelete
  4. nice entry....
    betul tu..... selagi ada ada ibu bapa... jenguklah...tanya khabar..... nanti bila dah takde.... dah takde guna...

    ReplyDelete
  5. Bagus entry ni mar...ramai yang ambil endah pasal ni ^-^

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah wak..ingat meningati sesama kta ya...walo apa jgk keadaan family come first...terutamanya mummy n daddy..igt slalu jasa mereka mmbesarkan kta..tanpa mereka...tiadala kta

    ReplyDelete
  7. betul tu cik mar...kdg2 kita sebagai anak asyik pentingkan diri je....padahal masa kecik semua kehendak kita mak bapak cuba bg yg terbaik...

    perkongsian yg bagus....

    ReplyDelete
  8. terbaik ! tiada mereka siapa lah kita..ahaks

    ReplyDelete
  9. jangan sesekali lupakan jasa mereka...
    tanpa mereka, siapalah kita....

    ReplyDelete
  10. Entri yang menarik dan satu peringatan kepada kita semua kan....

    ReplyDelete
  11. entry yg baus untuk kita semua :) nice sharing... ^^

    ReplyDelete
  12. sedih baca entry akak..rindu dekat arwah ayah..tak sempat nak balas jasa ayah..Tak apalah, saya jaga umi saya baik2 sampai saya mati..terima kasih akak sebab ingatkan..sayang akak.

    ReplyDelete
  13. sedih . walaupun still duduk satu rumah & mak tengah ada kat dapur skrg ni , still rasa macam err tah . haha .

    jauhnya akak sampai ke pulau maldibesh huuu .

    ReplyDelete
  14. kadang-kadang anak-anak ni tak sedar yang ibu bapanya masih ada untuk dijenguk. sesekali kena ada yang mengingatkan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE