Assalamualaikum warga maya ~
emm tadi masa jalan-jalan kat fb, jumpa satu kisah yang sangat menyayat hati. Kisah adik yang sangat tabah ini. Baca kisah dia kat SINI. Sungguh, tersentuh sangat, terpana, tiba-tiba rasa satu renjatan.. benarlah, mati xmengenal usia kan.. bersediakah aku ? :(
Dakwah takkan pernah berhenti dalam diari hidup seorang umat Muhammad. Setiap aliran darah, adalah darah perjuangan menegakkan Islam. Adik Siti Hajar benar2 bagi inspirasi. Seluruh keluarganya benar-benar hebat. Semoga Allah menempatkan adik Siti Hajar bersama orang-orang yang soleh. dan beruntungnya ibubapa dia, memperoleh anak solehah di dunia, bukan setakat solehah, malah mujahidah.. Allah.. saham terbesar buat mereka.
So, rasa dah lama jugak tak share doa kan.. terpanggil nak kongsi doa yang pendek dan ringkas, yang boleh kita amalkan selalu.
Sahabat-sahabat, setiap daripada kita pasti akan rasa sakaratulmaut. Ia suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan. Nabi pun rasa sakit dan pedihnya sakaratulmaut, itu Nabi, semulia-mulia insan, kita ? Allahu Akbar ~
Justeru, ayuh kita amalkan ye.. mudah-mudahan ada pertolongan Allah di saat-saat sukar kita, yang mana masa ni, iblis berusaha sedaya upaya menyesatkan kita buat kali terakhir, walya'uzubillah ~ So, kita kena mohon pengakhiran yang baik dalam hidup kita iaitu, husnul khatimah :)
Ada dua doa, satu doa dipermudahkan sakaratulmaut :
اللهم هون علينا في سكرت الموت
“Allahhumma haw win ‘alaina fii sakaratil maut”
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut)
Yang kedua, doa semoga kita memperoleh pengakhiran yang baik, husnul khotimah :
اللهم تختم علينا بحسـن الخاتمة
ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Allahhumma takhtim 'alaina bi husnil khotimah,
Wala takhtim ‘alaina bi su-il khotimah”
(Ya Allah, sudahilah kami dengan kesudahan yang baik
dan janganlah sudahi kami dengan kesudahan yang buruk)
Selamat beramal. Moga kita selalu yakin akan keberadaanNYA setiap waktu.
JCB :
Nabi saw. bersabda : “Sesiapa yang akhir ucapannya : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”,
dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud]
waaah..
ReplyDeleteda maken mantop la cik mar ni.. osemlaaa..
nak otograp bule
perkongsian yg bagus.....
ReplyDeletesemoga kita dipermudahkan nanti....amin....
ReplyDeletebagus baca doa nie..moga2 bila nyawa diambil menjadi mudah & tdk sakit..:-)
ReplyDeleteiha masa baca kisah Allahyarhamah pun menitik airmata.. iha rasa malu sangat dengan arwah.. :'(
ReplyDeletemoga kita amalkan doa ni selalu, sesama ingat mengingati..