Seorang SUAMI berNama MUHAMMAD || Part III

sambungan PART I & PART II 


Pahrol Mohd Juoi

Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan isterinya hinggakan Aisyah berkata, "adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang." Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanama hidup-hidup.

Sikap 'gentleman' dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan, ramai daripada suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?

Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para sahabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah s.a.w dahulu yang bercukur dan menyembelih korban..

Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lau bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda 'bercakap' dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.

Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, bagind atidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.

Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda . . cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah s.a.w. Ya, Rasulullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

11 comments:

  1. tiada lelaki sehebat beliau ya muhammad

    ReplyDelete
  2. Suka dgn entri yang ini.. Bahagianya rumah tangga andai sunnah2 Rasulullah ini diamalkan..

    ReplyDelete
  3. Hebatnya nabi kita..
    saya pun suka entry ini..:)

    ReplyDelete
  4. subhanallah,, thanks for sharing (^__^)

    ReplyDelete
  5. terkedu , terharu , rindu dengan baginda .. hem ...



    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum mar, allahuakbar! hebat sungguh Rasullulah kita. sentiasa mengutamakan org lain :)

    ReplyDelete
  7. Rasullullah contoh terbaik buat kita.......

    ReplyDelete
  8. Allahummasolliasaidinamuhammad~

    ReplyDelete
  9. Rasulullah contoh terbaik untuk kita semua..

    ReplyDelete
  10. Sweetnya Rasulullah....ingatan utk okje juga banyakkan berselawat.

    ReplyDelete
  11. Rasulullah contoh terbaik buat umat Islam...

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE