Isim Isyarat :D



الحمد لله إن شاء الله في هذاليوم المبارك سندرس عن الموضوع الإسم الإشارة 
هل عرفتم ما هو الإسم الإشارة ؟

 . لا بأس  الإسم الإشارة نستعمل إذا نريد أن نشار إلى شئ

Alhamdulillah, insyaAllah hari ni kita akan belajar tentang tajuk "Isim Isyarat"
Adakah kalian tahu apakah dia "Isim Isyarat"?

Tidak mengapa, "Isim Isyarat" kita gunakan apabila mahu menunjukkan kepada sesuatu :)

Dalam bahasa melayu, apakah kata nama isyarat yang kita gunakan ? Ya, pandaiii.. 

ITU INI, SINI SANA kan kan. Ke salah ? Ok takpe, jadi hari ni kita nak belajar kata nama isyarat dalam bahasa arab ! Okeyy. bolehh ? Bukak buku nota semuaaaa, salin :D




Penerangan

مذكر (muzakkar) untuk lelaki atau kalimah yang tiada ة 
مؤنث (muannas) untuk perempuan atau kalimah-kalimah yang menunjukkan kepada muannas

1, 2, 3 adalah menunjukkan pada bilangan yang kita nak tunjuk. 

1 - seorang atau satu
2 - dua lah :P
3 - 3 ke atas atau jama'

                          *******************************************************************
CONTOH 1 : INI 

Ini baju - هذا الثوب

Ini itik - هذه البطة

Ini dua orang pelajar lelaki - هذان الطالبان

Ini dua orang pelajar perempuan - هاتان الطالبتان

Mereka ini guru-guru lelaki - هؤلاء المعلمون

Mereka ini guru-guru perempuan - هؤلاء المعلمات


CONTOH 2 : ITU

Itu kerusi - ذلك الكرسي

Itu kereta - تلك السيارة

Itu dua buah meja - ذانك المكتبان

Itu dua orang jurutera wanita -  تانك المهندستان

Mereka itu lelaki-lelaki soleh - أولئك الصالحون

Mereka itu perempuan-perempuan solehah - أولئك الصالحات


Kriiiinggg. loceng dah berbunyi ! 
Selamat bercuti sekolah buat semua anak-anak murid :)
Kalau ada kesalahan yang ustazah tak perasan, sila lah tegur ye !
Jangan lupa buat homework :P

Psst jom beli baju ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

11 comments:

  1. baru tahu hari ni mar...thanks sebab jadi cikgu kita... done sunsilk sejibik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke farah !! tenkiuuu nnt mar kasik hadiahh lain :D

      Delete
  2. wah dah cuti sekolah ke ustazah...hihihi...kereta tu guna yg perempuan ye ustazah...? (buat2 tanya nak tarik perhatian ustazah...:P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha buat-buat tanya pun ustazah jawab jugak.. supaya pelajar lain boleh faham.. ye, kalimah sayyarah iaitu kereta, hujung die ada 'ta marbutoh' , jadi dia dipanggil kalimah muannas, atau dianggap perempuan hihi :D

      Delete
    2. ok nice info...hihi baru tau...makasih ustazah

      Delete
  3. Replies
    1. kak ieta.. mudah dan faham tak ? hehe kalau ade silap gtau ye :D

      Delete
  4. terima kasih ustazah....*dengangayabudakhabiskelasye*

    bagus cik mar ni. =)

    ReplyDelete
  5. Ohh..baru tahu. Terima kasih ustazah. Sayang ustazah. Semoga ustazah, sentiasa panjang umur dan dimurahkan rezeki. Boleh ajar kami lagi. ^___^

    ReplyDelete
  6. Syukran ya ustazah.. iha baru tau ni, sebab dulu tak berkesempatan nak belajar bahasa arab.. nanti ajar la byk2 lagi ye.. iha suka!

    #err ustazah ajar ni tak suruh kitorang bayar yuran kan? tu yg kite terlebih suke tu :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum!
Komen jangan tak komen ye :D
✿ Terima Kasih Taw ✿

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE