Saya, Alexa dan Pagerank !



Bismillah Walhamdulillah.

La Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin.
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah Rabbal Baraya, Astaghfirullah Minal Khotoya.

Ya Allah, tambahkan kami ilmu yang bermanfaat, berikanlah kami amalan yang dimaqbulkan dan perkenankan taubat kami dengan taubat nasuha :)

Assalamualaikum semua :)

Emm, sebenarnya 2,3 hari ni saya hampir merajuk dengan blogging. Entahlah bukan merajuk berkaitan blog ataupun mana-mana blogger. Tidak sama sekali, saya sayangkan kalian. Apa yang berlaku, mungkin disebabkan peristiwa genting di Sabah ketika ini, saya jadi takde mood nak update apa-apa. huhu. # Teruskan doa kita.

Apa kisah saya, alexa dan pagerank ? Alkisahnya, daripada haritu lagi saya teringin nak letak alexa ranking tu, tapi tak reti, kemudian tangguh punya tangguh, langsung tak letak.

Tadi free-free, terus ke google page, dan taip cara letak alexa, dan google bawa saya ke blog emasputih. Alhamdulillah done for alexa, terima kasih Uzu *blogger famos amos* sebab buat tutorial :) Walaupun saya tak pandai nak main SEO bagai, tapi letak jelah sebab baca-baca, katanye baik untuk kesihatan blog :)


Tapi, yang lagi mengharu biru kan saya, selama ni saya pandang sepi je en.pagerank tuh. Yela, pernah la check, jawapan dia mesti 0/10. haha. Tapi, tadi gatal tangan check, pastu terkezut berukz mak, dia jadi camni :


Huhu, *nangisairmatahijau* terharuu, yela satu pun dah cukup memotivasikan blogger cebisan, picisan, perasan macam saya.. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Yang banyak berjasa tentulah kalian. Ye, awak yang tengah baca ni, awaklah yang kasi tambah jadi 1 tu haaa. Terima Kasih ye korang. Harap korang tak jemu singgah sini, insyaAllah saya akan perbaiki segala kekurangan. *sambil berfikir mahu memberi hadiah kepada yang sentiasa menyokong, insyaAllah andai ada rezeki ye :)

Ok lah, itu sahaja nak kongsi. Yang BIG-BIG berjasa nya adalah KALIAN SEMUA *Barakallahu Fikum ! 

JCB :
Setiap kejayaan pasti berkat beratus ribu orang yang berusaha menjayakannya.
Tapi mata kasar, mata zahir akan selalu menilai kerana seorang individu, 
lebih-lebih lagi yang Maha Memiliki kejayaan itu, sering manusia biasa lupakan. 
Tapi mata hati yang celik, manusia luar biasa akan selalu menilai kerana-Nya :)
Segala PUJI bagi Allah, yang Maha Menghendaki segala sesuatu ^^
La Ilaha Illallah ✿ Allahu Akbar ✿ jom cipta bahagia
2leep.com

ARTIKEL MENARIK GILA, BUSUK & PINGJE